Langkawi... Ending~

Thursday, November 8, 2012

Untuk hari terakhir di Langkawi. Chek akan cuba jadikan satu post ja.. Let's cut the crap. Straight to Jalan lurus ja lah noooo.. Tak payah kona-kona dah.. Hari kedua dekat Langkawi, memang cuba plan sebaik mungkinlah.. Nak gunakan masa seoptimum yang mungkin! Seawal 7.30pagi kitorang dah check out dari hotel! Hahaha... Memang masuk hotel untuk tidoq ja.. 


Dari hotel, kami cari jalan untuk ke Oriental Village. Lebih tepatnya, ke Gunung Mat Chincang. Puncak tertinggi dekat Pulau Langkawi tu. Jalannya tak lah susah sangat. Peta yang dibekalkan pun sangat-sangat membantu. Lebih kurang setengah jam nak sampai ke sana. Disebabkan kami semua sampai terlalu "awal", lepak dekat parking dulu sambil makan-makan nasi lemak Pantai Cenang.. (^o,^)

Seronok jalan dalam Oriental Village pagi-pagi ni.. Orang tak ramai. Nak ambil gambar pun lebih privacy! Hahaha.. Nak tau dak, cable car tu boleh masuk pukul 10.00am!!! Perghhhh... lambat lagi tu.. Kalau public holidays, ye buka pukul 9.30pagi. Disebabkan masih terlalu awal dan dah puas ambil gambar dekat Oriental Village tu, kami sepakat nak pi Ayaq Terjun Telaga Tujuh. Seven Walls Wells..


Sampai dekat Telaga Tujuh tu, tengok-tengok kena panjat-memanjat kalau nak tengok ayaq terjun telaga tujuh tu.. aigooooo..chek ni, bab panjat memanjat bukit apatah lagi gunung, memang fail! Tak sangguplah.. Tanya adik-adik pun, pakat-pakat tak mau dah. Tak mau panjat. Ngeee.... Konklusinya? Kita tengok SEVEN WALL WELLS tu dari atas cable car je lah. Setuju tak?? 

Pukul 9.50 pagi, pakat dah beratur depan kaunter. Nak beli tiket cable car. Oh ye! Jangan lupa sediakan kad pengenalan ye! Tak ado kad pengenalan tak dapatlah harga 1Malaysia. Beza RM10 kot! Dengan kad pengenalan, harga cable car cuma RM15 seorang. Jadi, kenapa pilih yang mahal kan? Selesai beli tiket, masa untuk naik cable car!! Yuhuuuu... I like! Cable Car ni ada 2 stesen. Stesen yang pertama tu, nak turun boleh, tak mau pun tak pa. Boleh teruskan perjalanan ke puncak..


Menuju puncak impian yang nyata~ ^^,. Sampai je dekat Puncak Gunung Mat Chincang tu... subhanallah! Indahnya!! Tak payah penat-penat nak panjat bukit/gunung tu.. Dapat juga menikmati keindahan bumi ciptaan Allah.. Gunung-ganang, pulau-pulau, pantai dan laut yang biru... Speechless! Terlalu mengkagumi ciptaan ALLAH. yang cukup sempurna. tiada cacat celanya. Tapi.... unfortunately.. Sky Bridge di tutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.. Huhuhu... Nak lalu dekat Sky Bridge tu!!! Uarggggghhhhh... Lain kali nak g lagilah.. Mana-mana yang tau Skybridge  tu dah buka, btau ek! Nak pergi lagi!..


Dari Cable Car, lanjut pergi cari Pantai Pasir Hitam pula. Nak pegi Pantai Tengkorak tapi macam tak sempat nak kejar masalah pula kan? Jadi, terus ke Pantai Pasir Hitam.. Ku sangkakan pantainya panjang macam Pantai Cenang tu, sekali yang dijadikan tumpuan tu, secoet je kata orang.. Penat mencari! Huh!.. Malaslah nak story pasal Pantai Pasir Hitam ni. Banyak sangat kisah dongengannya. Nak tahu, g baca sendiri! Eheh. Lepas tu, terus ikut signboard ke Padang matsirat. Sibuk dari semalam nak tengok Padang Beras Terbakaq kan? Ngeee...


Hasinya? bak kata adik-adik.. "Kak Ngah, bukan beras terbakaq.. Tapi duit kami yang terbakaq ni!" Hahaha... mahunya tidak.. kiri kanan orang berjual. Dari keychain, batik, t-shirt, fridge magnet sampailah ke Gamat! Semuanya ado. Tinggal nak keluaq duit, bayaq ja. Itu yang dengan duit-duit ikut terbakaq tu.. Eheh.. Saya tak syorkan anda ke sini unless anda betul-betul nak bakaq duit! Hahaha.. Maap ye!

Masa on da way nak balik, terjumpa kedai makan. Apa lagi? Singgah jalah. Jom Ikan Bakar. Masa baca-baca dalam blog, ramai yang rekomen restoran ni. Murah dan berbaloi-baloi. Jadi, alang-alang dah jumpa, kita stop makan dululah kan? Total untuk 5 orang makan baru RM39.00.. Murahlah kan? Ikan bakaq dua jenis, sambal udang semangkuk, sup daging semangkuk, kangkung goreng semangkuk, ayaq dengan nasi. Berbaloi-baloi..

Lepas tu, pergi Pekan Kuah. Cari coklat lah der.. nak buat apa lagi?? Yang lebih penting, nak pulangkan kereta pukul 3 juga. Kalau tak, nanti duit deposit burn lagi! Tak mau!! Kena jimat!!! Hahaha... Pilih punya pilih.. Borong punya borang, habis dekat RM70 juga untuk coklat! Dasat aih... Boleh pengsan macam ni! Hahaha...

Tunggu apa lagi? Buang duit beli coklat sudah, pi hantaq keretalah pula. Selesai urusan memulangkan kereta, abang sewa kereta tu hantaq kami pi Dataran Lang. Upon Request. Sebab sampai ja Langkawi pagi semalam, dah beli tiket balik K.Kedah sesiap. Ambil tiket last kot. Tiket pukul 7.15pm. Amek kau!! Betapa dekat Dataran Lang tu seawal pukul 3.30petang. Dengan matahari membahang di atas kepala!! Hahaha.. Sudahnya, dengan selamba duduk dekat mana-mana yang teduh. Nak lepas lelah sattt.. Dalam pukul 4.30petang macam tu, ke awal lagi ntah.. Kami berjalan pi Taman Lagenda. Best!



Dari Taman Lagenda tu, lanjut pi dekat Dataran Lang. Bergambarlah..sambil lepak-lepak tunggu boat terakhir tu..


Dannnnnnnnnn...berakhirlah sudah percutian bajet di Pulau Langkawi selama dua hari satu malam...

 
Yeay! Akhirnya... tamat juga kisah Langkawi ni.. Nak cerita pasal KDH pula lah.. eheh.. Nantilah bebila dah tak sibuk.. ^^, Selamat malam semua.. Nak tidoq! Mata dah berat dah ni.. Cerita setakat itu sahaja.. Nak lagi, sila tanya..dan saya akan jawab! Hahaha...

Eh, kalau buat giveaways macam best juga kan? Terlebih beli fridge magnet dengan keychain!! Hahahaha... Gara-gara beras terbakaqlah ni!

Untuk imbas semula, jom baca:



6 comments:

Kaca Lensa said...

okeh.. upeny xda bras terbakr.. kui2.. eh, sara, sewa kete sehari 50 ke xpon ikt jam?
p/s: tringin nk g.... =(

Cik Sara said...

Hehehe...bukanlah x ada langsung beras terbakarnya.. Adalah sepinggan ye bubuh dalam bekas kaca dkt pintu masuk tu... Tapi cam x berbaloi ja.. Ngeee

Kalau kat langkawi, better sewa by hari. Lagi murah. Sebab kalau by jam, sejam dah rm10. Kalau nak g 2-3hari, sewa kereta by hari.. By hari ni dia kira 24jam. Weekdays lagi murah dari weekend dengan public holiday. Boleh dapat lagi rendah harga sewa kereta tu bergantung pada saiz kereta yang nak disewa tu..

Hehehe...pegilah ye...

PILOT LOVER said...

seronok nyer pergi langkawi..arituh dah plan cuti mid sem ni nak gi tapi memandangkan cuti sekolah so terus cancel sebab nanti tempat semua mesti penuh...huhu

DALILA ADNAN said...

Salam Sara, saya pun plan nak Langkawi juga. Nak tanya, kalau booking guna internet (booking.com) tu dijamin selamat ke? Hee ;)

Cik Sara said...

A'a... Klu g langkawi time public holiday, mmg penuh.. Harga pun naik...

Cik Sara said...

W'salam.. Heee..insyaALLAH dijamin selamat. Saya buat cancellation booking dan bila check akaun, duit mmg x dipotong..sy guna debit card. Plus, petang kejadiab, pihak hotel msg ingatkan pasal booking yang kita buat tu sebab dekat2x pukul 6 juga baru saya cancel.

Tapi, ada hotel berbeza kot.. Baca dalam review, ada yang kata booking.com x link dgn hotel kdg2x.. So, boleh direct call hotel tu untuk kepastian..