Kahwin Muda

Friday, November 23, 2012

Urmmmm.... Kahwin muda tu tak salah. Saaaangat bagus. Saaangat digalakkan. Tapi yang tak bagusnya asbab, atau penyebab, atau punca kepada wujudnya perkahwinan tu. Maaplah nak kata, tapi dari sudut pandangan saya, saya ulang. Dari sudut pasangan saya, anak muda remaja zaman sekarang ni tak sematang zaman mak,ayah,tok, nenek kita dulu. Sangat. Tak matang. Noktah. Jadi, kahwin muda di kala belajaq pun dah tak mau bukanlah sesuatu yang bagus. Iya. Sudut pandangan saya tak bagus!..

Barakallahumma! Saya doakan perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat. Membawa ke syurga Ilahi. Tapi, satu yang saya kesalkan bila perkahwinan itu terjadi kerana mengikut kata si anak yang tak mahu balik ke rumah sendiri dan nak duduk rumah pak we. Aih, kalau zaman saya sebaya dengan diorang dulu, umoq baru setahun jagung dah pandai buat perangai lagut tu memang nak dapat "hadiah" rotan dan tali pinggang tentera tu lah jawapnya. Makan pakai mak ayah yang dok bagi, kalut nak duduk rumah pak we tak mau balik kalau tak dapat kahwin. Adoi! Stress hambo baca... Oooopppss.. tapi, cooll bebeh! kawan-kawan saya pun banyak juga kahwin muda. Habis je degree pakat kahwin. Kahwin muda juga tu. Tapi dah matang sketlah akai pikirnya..

=___=". Siyes beb! Tapi, itulah kan? Budak zaman sekarang ni, berani! Advance! Tak bagi kahwin karang, dia pun buat onar sampai kembung perut buang sana sini pula. Ok. masuk isu lain pula. Penulisan saya memang selalu lari tajuk, jadi tak payahlah nak kerut-kerut dahi ek. Ha! Wahai anak-anak remaja! Anak-anak muda! (saya pun!). Sudah-sudahlah tu bergaul bebas sana sini. Sudah-sudahlah berpeluk macam belangkas. Sudah-sudahlah. Penat tahu tak? Jeles? Errrr..tolonglah..tak kuasa eden.. Bukan jeles, tapi jelek. Paham dak? Jelek.

Tak kan dah terlanjur nanti baru nak insaf? Maaf kalau ada yang terasa. Tapi realiti hari ini, anak muda remaja ni macam dah terlalu sebati dengan pepatah "Belum cuba mana tahu.." Haaaa..dah cuba apa perasaannya? Sebab dah cubalah, ramai yang jatuh terduduk. Menangis menginsafi keterlanjuran masa lalu. Sebelum cuba, tak rasa. Cukup-cukuplah tu dengan prinsip "cuba dulu baru tahu..". Dah banyak sangat fakta kes untuk semua itu. Tak cukupkah bukti yang terbentang? Tak cukup lagikah pengalaman yang dilalui mereka yang terlebih dulu tersasar tu? Tak cukup? Tak cukup sampai kena test drive touch and go body sendiri?

Tak cukup lagi ke berita bayi dibuang? Pelajar ditangkap khalwat? Pelajar lahirkan baby dalam tandas. Tak cukup lagi ke berita-berita ini yang sentiasa memenuhi dada akhbar dan televisyen? Tak cukup lagikah peningkatan angka-angka bayi dibuang, bayi luar nikah yang bukan semakin kurang adik-adik, kawan-kawan.. tapi semakin bertambah. Saya ulang. semakin bertambah. Tak cukup lagikah realiti yang terhidang di depan kita ini? Saya bukan bicarakan berita luar negara. Tapi berita dalam negara saya sendiri. Sesak dada. sebak. Bila melihat anak-anak luar nikah ini. Apa nasib mereka bila dewasa nanti? Menangis saya bila melihat dan membaca berita bayi dibuang, bayi dibaling dari tingkat tujuh, bayi dibunuh, bayi ditinggalkan. Astaqfirullah.. Semakin tipis nilai kemanusiaan manusia zaman sekarang. Tidak perlu sampai bicarakan soal keimanan kalau nilai kemanusiaan pun sudah tidak wujud lagi.

Jump. Masuk isu lain pula. Maaf. Saya bukan pro-kerajaan. Anti-kerajaan pun bukan. Tapi, rasa sesak jiwa tengok sesama rakyat berbalah. Seolah-olah tak tahu nak menghargai keamanan yang kita miliki. Sedangkan di dunia luar, mereka bersatu untuk menegakkan hak milik mereka yang tinggal. Di saat saudara seagama kita di Palestin berjihad mempertahankan negara mereka yang dicuri Israel sedikit demi sedikit itu, Kita di Malaysia sibuk berbalah antara parti politik sehingga lupa duduk persamaan kita iaitu agama yang kita miliki. Kalau tadi saya jelek, kini saya jelak. Jelak dengan sikap pemimpin parti-parti yang ada. Jelak juga dengan sikap pengikut-pengikutnya yang semakin hari terlalu obses dengan pemimpinnya. Seolah-olah sudah hilang nilai-nilai murni yang sepatutnya dicontohi, diteladani dan dipraktiskan. Kerana terlalu obses pada pemimpin yang memimpin, sana sini pakat mengeji, mengutuk, memburukkan dan menegatifkan satu sama lain. Inikah budaya kita? Di facebook, twitter bagaikan medan mengeji sesama bangsa. Media sosial ini ibarat pentas memburukkan satu sama lain. Pentas untuk mengaibkan sesama mereka. Medium untuk menjatuhkan kedua-dua pihak.

Awas! Jaga lidahmu. Jaga tutur bicaramu. Jaga perilakumu. Jaga tingkah bicaramu. Awas! Jangan terlalu taksub dengan pemimpin yang memimpin. Jangan terlalu alpa dengan kesenangan yang kamu miliki. Awas! Jangan sampai melihatkan segala aibmu. Jangan sampai lidahmu begitu lantang bersuara tanpa kamu mengetahui batasnya. Awas! Jaga pergaulanmu. Jaga tatapemakaianmu. Jangan sampai ada mata yang memandang apa yang tidak sepatutnya. Jangan sampai ada tangan yang pantas mengambil sesuatu yang bukan hak mereka. Jangan sampai kamu kehilangan segalanya. Jangan sampai kamu menjadi pendatang di negaramu sendiri.

Awas! Jangan sampai ketaksubanmu pada si pemimpin menjeratmu ke lubang dosa. Jangan terlalu mengikutkan keseronokan kerana keseronokan itu hanya seketika, sakitnya kelak bakal berpanjangan. Awas! Awas! Ayuh kita saling ingatkan. Ayuh kita saling perbetulkan. Ayuh kita saling bersatu padu. Ayuh! Bangun! Bangkit! Sedarlah! Jangan lelap begitu lama. Jangan terlena dengan keseronokan.

Sudah chek habaq. Penulisan memang tak selalunya selari dengan isu yang dikeluarkan. Ibaratnya, melepaskan apa yang terkarang di minda dalam bentuk sebuah penulisan di dalam blog milik sendiri.. Muahaha... Sekian terima kasih. Maaf, anda bicara ini mengguris mana-mana pihak. Sungguh penat rasanya tulis berlapik-lapik. Kadang-kadang kalau "tembak" tepat pada sasarannya, ada juga hasilnya. ^^, 



0 comments: