Episode 64 : I'm Going Home

Thursday, August 21, 2014


Tick tock tick tock..
Sepuluh bulan sudah semakin menghampiri ke penghujungnya.


As much as I miss Malaysia, i know i'll miss Japan especially Yonezawa in future.

Tapi, untuk tempoh semasa. Untuk hari ini, izinkan saya mengekspresikan rasa rindu pada keluarga di Malaysia. Malaysia is my hometown. But Yonezawa has become my second hometown. 

Banyak perkara yang pasti akan membuat saya menggamit kerinduan..
Banyak insan yang akan membuat saya rindu-rinduan..
Dan banyak memori yang akan membuat saya gelak-senyum-ketawa mengingatkan..

Tapi, di Malaysia juga ramai yang menanti..
Di Malaysia juga ramai yang kerinduan..
Di Malaysia juga ramai yang menuntut kasih sayang..

Thanks ALLAH for this unforgettable moments. Thanks for everything that YOU give me.

Ramai yang tanya, balik Malaysia ni dah habis study ke?
Jawapannya belum. Saya datang Jepun untuk lab attachment je.
Ye..ye.. bulan sebelas ni genap tiga tahun saya 'terjun' menyambung pengajian. 
Tapi sebab tahun pertama bagaikan tercari-cari apa yang hendak dihasilkan sebagai 'produk' atau 'output' PhD selain daripada tiada pengalaman membuat master, saya bagi diri saya tambahan satu tahun untuk selesaikan apa yang telah saya temui setelah hampir setahun mencari-cari. Sedikit sebanyak, tempoh masa ini mematangkan saya dari segi pemikiran dan kajian yang sedang saya lakukan.

Maaf. Andai saya tak cukup FAST untuk berada dalam golongan FAST TRACK ini. Sungguh, Track kita mungkin berbeza. Tapi, teruslah menyokong saya agar tidak rebah di pertengahan track. Paut tangan dan bahu saya andai kalian nampak saya mula tersasar atau jatuh melutut ke bumi.

Dan.. doakan saya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan untuk menyiapkan dan menyelesaikan kajian ini dengan jayanya. Semoga ada manfaat untuk masyarakat. =D.

Pssssttt :: Kajian yang saya buat ni, impaknya pada masyarakat adalah pada kesan jangka panjang. Sebab banyak lagi benda kena buat which is beyond my study period. InsyaALLAH, selesaikan dulu dan khatamkan pengajian ini, kemudian teruskan kajian untuk hasilkan impak jangka panjang tersebut. Doakan. Doakan.

Terima kasih untuk doa dari kalian.

I'm going home.
May be next entrie bersiaran secara langsung dari rumah? hehehe..

COME BACK HOME!




3 comments:

Izyan Yazid said...

insyaAllah..i will be on your side..insyaAllah..i'm always be with you..

Izyan Yazid said...

insyaAllah..i will be on your side..insyaAllah..i'm always be with you..

Zairi Zaidi said...

Buat PhD tanpa master ya. How do you do that?