Showing posts with label kehidupan n realiti. Show all posts
Showing posts with label kehidupan n realiti. Show all posts

Travelog Umrah 2018

Tuesday, June 26, 2018

Assalamualaikum w.b.t
.
It's been a while..Lamanya tak aktif berblog kan? 
Acah-acah sibuk sangat.. Sampai berhabuk, bersawang dan bermacam-macam lagi. Tabung Nuffnang pun semput-semput ja nak bertambah jumlahnya tu. =P
.
Ok. Let's start with Travelog Umrah 2018.
Bismillahirahmanirahimmmm.....
Mudah-mudahan sampai ke penghujung ayat. 
.

27hb Februari - 10hb Mac 2018
2 minggu di Madinah dan Mekah
Untuk umrah yang ini, abah ambil pakej dari JAFILA TRAVEL & TOURS Sdn. Bhd yang terletak di Jalan Stadium Alor Setar.
.
Memandangkan hanya kami berenam dari Alor Setar, pihak agensi memindahkan kami ke bawah kumpulan dari KRS Travel & Tours yang ibu pejabatnya terletak di Seremban, Negeri Sembilan.
.

This is our tentative. Secara Keseluruhannya. Sebenarnya kebanyakannya dah cerita dekat facebook (Jangan add facebook saya. Saya tak accept those with no mutual friends. I keep my facebook private). Tapi, tak bloggerlah kalau tak berkongsi di blog sendiri. Iye tak? =D
.
27hb Februari 2018
8:00 am Flight from Alor Setar to KLIA 2 (via AirAsia)
             Transfer from KLIA 2 to KLIA 
1:00 pm Flight from KLIA to Madinah International Airport (via MAS - Chartered for Umrah)
6:30 pm (local time)  Arrived at Madinah International Airport
                                Immigration Clearance (take longer time than expected!)
                                Collect Luggage
                                Welcoming session (Tamar, air zam-zam and roses petals - Awesome!)
11:00 pm(local time) Check-in Hotel Mawaddah Al-Safwah



28hb Februari 2018 (Madinah)
8:00 am Tour around Masjid Nabawi
             Saqifah Bani Saidah - Peristiwa pertama yang berlaku selepas kewafatan 
                                             Rasulullah
             Kubah Hijau (Makam Rasulullah)
             Jemaah lelaki masuk ke dalam untuk memberi salam pada rasulullah. Sementara 
             jemaah wanita dibawa ke ruangan luar kubah hijau yang menghadap rasulullah.
             Aktiviti Bebas
malam   Masuk Raudhah


 
 

1hb Mac 2018 (Madinah)
8:00 am   Ziarah Madinah
               Masjid Quba'a - Masjid pertama yang dibangunkan Rasulullah
               Ladang Kurma - Kurma dekat ladang ni mahai! 
               Aktiviti Bebas


This is awesome. Menunggu payung di dataran Masjid Nabawi terbuka. Beberapa minit sebelum subuh. Sejuk dan mendamaikan. 

2hb Mac 2018 (Madinah)
noon    Solat Jumaat di Masjid Nabawi
           Solat Sunat Ihram
           Bergerak menuju ke Mekah
           Niat ihram di Miqat Bir Ali

3hb Mac 2018 (Mekah)
12:30 am  Umrah Pertama - subhanallah. Rindu Baitullah.
                Aktiviti Bebas

 


4hb Mac 2018 (Mekah)
8:00 am    Ziarah Mekah
                Jabal Uhud + Bukit Pemanah + Makam Para Syuhada
                Jabal Rahmah - Bukit Rahmah. Doa minta jodoh! Eh!
                Sight seeing sekitar Mina, Padang Arafah dan sewaktu dengannya
                Miqat di Tanaim
2:30 pm    Umrah Kedua - Panas tapi mataaf sejuk jee... Subhanallah..
                Aktiviti Bebas 




5hb Mac 2018 (Mekah)
am      Ziarah Masjidil Haram
          Tahlil di hadapan Baitullah
          Aktiviti Bebas



6hb Mac 2018 (Mekah)
am      Ziarah Tempat Membuat Kiswah (Kelambu) Kaabah
           Miqat di Hudaibiyah
           Umrah Ketiga



7hb Mac 2018 (Mekah)
am      Ziarah Taif
           Masjid Kuk
           Miqat Qarn Al-Manazil (Alsail Al Kabir)
           Umrah Keempat



8hb Mac 2018 (Mekah)
Aktiviti Bebas

9hb Mac 2018 (Mekah)
Before subuh Prayer - Tawaf Wida' (Jangan habiskan tawaf. Buat dalam 4-5 pusingan. Lepas tu masuk saf, tunggu solat subuh berjemaah. Lepas solat subuh, sambung habiskan pusingan. Nak buat kesemuanya lepas solat subuh pun boleh. Tapi, biasanya lepas subuh prayer, mataaf penuh. Kebetulan hari terakhir kami di Mekah adalah hari Jumaat. Orang Arab Saudi pun memenuhkan masjidil haram tu.
Before Jumaah Prayer - Check-out. A little bit sad because we can't perform the Jumaah Prayer in Baitullah. 
pm    Take off From Jeddah Airport.



10hb Mac 2018 (Malaysia)
Arrive at KLIA
Since we used chartered flight, the connecting flight cannot be connected directly. Need to collect all the luggage first and check-in at the domestic counter.
2:45 pm   Safely arrived Alor Setaq.


2 hari lepas touch down Malaysia, saya pulang ke Gambang. 
beberapa hari lepas tu, suara hilang. Hampir 2 minggu juga tak ada suara. Tak demam. Tapi panas dalam. Jumpa medical doctor, ngadu suara hilang. Banyak nau-nau paracetamol dia bagi. Memang saya rasa tak demam. Tapi hakikatnya, dalam badan tengah panas. Sebab tu suara hilang. Nak bercakap rasa semput. Dah tahu, tetap nak bercakap kan?

Oklah.. finally..
Tak adalah panjang sangat pun. Banyak gambar dan screenshot ja. 
Sampai bertemu lagi di entry seterusnya..

Travel Agency : KRS Travel & Tours
Mutawwif : Ustaz Habib

Love,
Che Sara
Gambang, Pahang







                



Episode 73: Golden Week 2014 (7D6M)

Sunday, October 4, 2015


Dang!
Cerita dah lama. Tapi, nak update juga dalam blog. Supaya masuk dalam timeline. Bila dah tua nanti, senang nak masuk buat rujukan. Ngeeee...

Ohoi!
Sebelum ni pernah tulis entrie pasal Haru Yasumi kan? Atau pun bahasa orang putih, Spring Holiday. Haru mean spring, yasumi mean holiday. Cantumkan keduanya, jadilah Haru Yasumi. (>_________<)

So, this time nak kongsi cerita pasal Golden Week pula. Golden Week 2014 yang lalu, saya habiskan masa dekat Tokyo. Selain daripada Tokyo, saya pergi area Fuji dan Ibaraki juga. =D
Ok! Jom tengok summary kepada percutian saya ke Tokyo sempena Golden Week lalu.


Saya bertolak dari Yonezawa, sehari sebelum. Saya ambil Shinkansen. Atau popular dengan gelaran bullet train. Tanggal 2 May 2014 sekitar jam 06:30pm. Lepas office hourlah. Sebab pagi tu masuk lab lagi macam biasa. =D. Sampai je dekat Tokyo Station, saya guna Tokyo Metro untuk ke Shintomicho Eki. Kenapa? Sebab tumpang bilik kohai dari UTM yang sama-sama buat attachment dekat Jepun. So, untuk trip kali ni cost untuk accomodation tu memang jimat habis! 

 
1. Fuji San

Hari pertama kitorang plan pergi Fuji-san. Tak sabar-sabar nak tengok Gunung Fuji dengan mata sendiri.



 Maafkan tudung hamba yang dah sememeh tu. Ditiup angin sebab naik boat. Kihkihkih..
Kalau nak tahu cerita penuh, baca dekat link Gunung Fuji ni. Dah pernah story sebelum ni.


Dan ini route subway yang kitorang gunakan. Thanks Encik Google Map! 




2. K-pop Town
Seriously. Tak tahu pun wujud juga Korean Town dekat Jepun ni. Ahaks. So, untuk peminat k-pop bolehlah datang ke sini. Nak cari barang-barang korea. Memang terbaik. Dan secara tak sengaja, terbeli mask. Ahaks. memang tak sengaja.

 

Nama tempat ni, Shin-Okubo. Boleh google atau cari je dalam map subway tu. Kitorang datang cuci mata je dekat sini. 


3. Bunkyo Azalea Festival (Tsutsuji Matsuri)
Memandangkan bulan May sangat sinonim dengan bunga, al-maklumlah, the beginning of spring seasons. Jadinya, untuk hari kedua, i'm doing some flower hunting all around Tokyo! Ahaks.


Dan terjumpa pula festival Azalea ni.

Festival Azalea ini diadakan di Nezu Shrine, Bunkyou-ku. How to get here?

-Nezu Station (Chiyoda Subway Line), left out of Exit 1, walk 3 minutes, and turn left at the second traffic lights (Nezu-Jinja-Iriguchi intersection). Walk for two minutes and Nezu Shrine is on your right. Total: 5 minutes.

-Sendagi Station (Chiyoda Subway Line), right out of Exit 1, walk 7 minutes, and turn right at the third traffic lights (Nezu-Jinja-Iriguchi intersection). Walk for two minutes and Nezu Shrine is on your right. Total: 9 minutes. 

-Todaimae Station (Namboku Subway Line), left out of Exit 2, cross the pedestrian overpass across Hongo-dori Road, once on the other side of the road keep going 50 meters in the same direction as before, and take the alley on the right, at the bus stop. After two minutes, and a small right-then-left bend, the alley comes out onto a small road. Turn right out of the alley, take the second turn on your left, walk three minutes, and Nezu Shrine is on your left. Total: 6 minutes.

http://www.japanvisitor.com/japan-temples-shrines/nezu-shrine-tokyo


4. Wisteria Festival

Dari Nezu shrine, saya dan Leah pergi ke arah Kameido Tenjin pula. Nak tengok bunga wisteria. But, unfortunately, wisteria belum fully bloom! Tapi, festival tu dah bermula. Ada gerai-gerai makanan dalam shrine tu. Dan as usual, kalau dekat Jepun ni, nak tak nak mesti masuk Temple. Ate, dah festivalnya dibuat dalam Temple atau shrine. But don't worry. We still looking for the mosque. =D

 

So, how to get here?

By train:15-minute walk from the North Exit of Kameido Station on the Sobu Line, or 15-minute walk from the North Exit of Kinshicho Station on the Sobu Line or Tokyo Metro Hanzomon Line. 

By bus:Just pas the Kameido Tenjin-mae stop on the Tokyo Metropolitan Bus.

 Oh ya! Sebenarnya Kameidon Shrine ni tak jauh dengan Tokyo Skytree. Maksudnya, dari situ dah boleh nampak skytree. 

5. Diver City Tokyo Plaza, Odaiba

Then, dari Kameidon Tenjin Shrine, kitorang jenjalan menuju ke Odaiba. Lewat petang jugalah sampai Odaiba ni. 

 

Rasanya, ini antara tempat wajib datang kalau ke Tokyo. Maklumlah, Gundam kan trademark Jepun.

 
The view of Rainbow Bridge at night!



6. Hitachi Seaside Park, Ibaraki

Ok. On third day, kitorang keluar dari Tokyo sikit. Pergi Ibaraki. Berdasarkan sumber dari Encik Google, Ibaraki terletak dalam Kanto region tetapi lebih ke utara Tokyo. 

 

Keistimewaan Bukit ni, dia berubah ikut musim. Sempena Spring season dari April till mid May, bukit ni akan dipenuhi dengan bunga nemophilia yang berwarna biru. Masa musim panas, bukit ni warna kehijauan dan crimson. Dan peak autumn, the hills turn into autumn color! Amazing isn't it?

 

How to get here?


Lebih seharian jugalah kitorang tour hitachinaka ni. Sebabnya? Sangatttt besar. Detail story boleh click dekat link bawah.



7. Asakusa

Hari keempat lebih santai. Kitorang cuma tour area Tokyo je. And our destination would be ASAKUSA. Tempat yang sangat popular dikalangan pelancong sebab dekat sini boleh beli banyakkkk omiyage. Omiyage ni bahasa jepun untuk souvenir atau cenderahati. 

 

Nampak je tanglung besar ni, there you are. You already here at Asakusa. And now, it's time for shopping spree.

 

Ada banyak kedai di kiri kanan jalan dekat Asakusa ni. Dan sangat banyak omiyage yang boleh dibeli but quite pricey gak lah. Dang! Tapi, banyak-banyak tempat saya g around Tokyo, dekat sini baru jumpa keychain and etc. 
 
  
Selain daripada omiyage, dekat asakusa ni pun ada banyak jinrikisha atau known as rickshaw. Jinrikisha ni adalah sejenis beca yang bergerak dengan tenaga manusia. Maksudnya, banyaklah abam-abam handsome yang menanti berdekatan exit Asakusa Eki tu. But! Do remember. Onna no hito pun ada juga yang mencari rezeki dengan jinrikisha ni. 

Untuk tour sekeliling Asakusa selama 30min menggunakan jinrikisha ni, bayaran adalah sebanyak 9000Yen. So, kalau kongsi naik dua orang adalah dalam 4500Yen seorang. So, tanpa membuang masa kitorang pun grab the chance. Why not? Kalau pi Melaka boleh naik beca, takkan mai Asakusa tak leh naik jinrikisha?


8. Tokyo Camii & Turkish Culture Center
Then, dari Asakusa, kitorang menuju ke Masjid Jamek Tokyo. Antara Masjid yang besar, cantik dan popular among muslim yang datang melancong atau tinggal di bandar Tokyo ni.

 

Cantik kan? Sampai je masjid Camii ni, kitorang solat jamak zohor dan asar sesiap. Elok je lepas kitorang solat, tetiba ramai je nihonjin yang datang ke Masjid ni. Ala-ala lawatan tapak gitu. Rupa-rupanya, dekat sini macam ada satu aktiviti dakwah untuk non-muslim especially nihonjin untuk tour masjid dan lebih mengenali Islam. Sassuga..

 

Fiu.. mencabar jugalah kitorang nak cari Masjid ni. Ate, kitorang baca google map je beb. Dan google map punya jalan, masyaALLAH.. sampai semput kitorang dibuatnya. So, untuk mereka yang nak datang masjid Camii ni, do follow the google map too! Ahaks.. Bianata.. Cerita dah lama. Tak ingat saya jalan dia. 


9. Odaiba Park
And again. We come here again. Ok! Kali ni sempat tengok light show dekat bangunan Fuji TV. Awesome. Terhibur seketika. Sebab dia lain dari yang lain. 

 

Dalam Densha. Menuju ke Odaiba. Inside the Rainbow Bridge. Apa Rainbow Bridge tu? Tengok gambar atas tadi. Awesome kan? Kitorang duduk gerabak first pula tu. Ala, macam kau naik LRT dekat KL lah. bezanya, ini atas jambatan. Bukan dalam terowong. Sugoi!

 

Here we go! Inilah mercu tanda untuk sampai ke Odaiba. Sebelum ni, tak sempat ke sini sangat sebab dah malam dan hajat hati nak tengok the big gundam. 


10. Nippori Fabric Town
Hari kelima! Fiu~ It's shopping time!

 

Berdasarkan bacaan dari blog-blog sebelum ni, ramai yang recommend untuk datang sendiri ke Nippori Fabric Town ni. Al-maklumlah, syurga kain ala-ala Jalan TAR dekat Malaysia nun. Eheh. Dan dekat sini pun, boleh dapat kain Cotton Jepun semurah 100Y semeter. Maksudnya, kalau beli 4meter, baru 400Yen. Kalau convert g RM pada kadar RM3 untuk 100Yen, baru RM12. Murah kan? Itu harga yang paling murahlah.  


How to get here?
Tak susah pun. Naik je densha sampai Nippori Station. Then, dari Eki akan nampak signboard yang menghala ke Nippori Town ni. Just follow the signboard. Katanya ada map, tapi saya tak dapat pula map tu. Ahaks. So, kalau rasa nak tour satu bandar fabrik ni, dapatkanlah map tu. Kalau rasa nak shopping at designated store, study pasal kedai yang nak pergi tu and go ahead. Kitorang tak explore satu town pun. Lepas selesai "buang duit" yang kononnya tak terlalu banyak, we headed back to Eki. Pergi balik eki yang hampir dengan tempat tinggal kitorang, and leave all the fabric inside the coin locker. Sebab nak g jenjalan lagi! Ahaks.


11. Tokyo Tower

Selesai je kitorang simpan all the fabric inside the coin locker, we used the same densha to go to Tokyo Tower. Please remember. Tokyo Tower and Tokyo Skytree are two different attractions and different location.

 

Here we go! Inilah Tokyo Tower. Siapa pernah tengok movie 3 ninja kids? Ada tayang waktu school break. Kalau nak tahu, movie tu shoot masa Tokyo Tower masih lagi dalam proses pembinaan. Sasuga yo~

Tapi, unfortunately...memandangkan duit dah habis borong cotton Jepun dekat Nippori Town siang tadi, makanya disebelah petang hanya mampu melihat keindahan dan ketinggian Tokyo Tower dari bawah ajelah. (>_____<)* 

 

Dari Eki berdekatan nak menuju ke Tokyo Tower ni, agak jauh jugalah kalau menggunakan kudrat kaki. Tapi, memandangkan kami sudah berbulan-bulan duduk di Jepun dan terbiasa dengan aktiviti berjalan kaki, makanya kami hanya berjalan kaki dari stesen terdekat menuju ke Tokyo Tower dengan bantuan Google map.

Amaran! Pastikan anda tahu macam mana nak baca peta in case peta tu dah save untuk offline. 


12. Roppongi

 

Lepas dah puas menatap dan menilik Tokyo Tower, setup kamera sana sini, kitorang sambung lagi jalan kaki menuju ke Roppongi. Macam popular juga tempat ni. Tapi, tak tahu kenapa. Yang pasti, ada Hard Rock Cafe. Kebetulan kawan saya ni macam die hard fans jugalah dengan t-shirt Hard Rock Cafe. Jadi, gigihlah juga mencari. Sementara dia cari baju, saya lepak dekat area tu. Dan terpandang Signage Roppongi tu.

 

Naaa.. bukti yang Roppongi dengan Tokyo Tower tu tak jauh mana pun. Lebih kurang dari Masjid Zahir ke Menara Alor Setaq (Tapi, tak gigih pula nak berjalan dari masjid ke Menara tu. Eheh)


13. Tokyo Station

Dari Roppongi, kitorang terus ke Tokyo Station. Kenapa? Sebab Tokyo Station ni pun one of the famous attraction dekat Tokyo ni. Sebab reka bentuk bangunan yang sangat unik dan cantik! Amuse! Sugoi!

 

Sasugaaaa... Hahahaha
Tetiba macam mental kejap dengan word sasuga ni. Dang!


14. Tokyo Disneysea

Hari keenam. Perghhh.. lama giler sampai 6 hari kan? Ate, Golden Week kan memang cutinya panjang. Jadi, manfaatkan dong!. 


Hari keenam ni lebih santai dan leisure. Kitorang plan untuk ke Tokyo Disneysea untuk main,main dan main. Oklah. Tak mau citer banyak. Sebab dah banyak berceloteh dalam entrie sebelum ni.



15. Tokyo Skytree

Dan destinasi terakhir kitorang pada hari ketujuh adalah Tokyo Skytree. Ingat ye. Tokyo Skytree dengan Tokyo Tower itu tidak sama. Oh ya! Balik dari Disneysea, kitorang ambil beg dan barang dari rumah kohai yang kitorang tumpang dan pergi bermalam dekat hostel. Saja. Teringin nak try dok hostel dekat Jepun ni. So, dari Hostel nak ke Skytree tak jauh dah.

Before kitorang check out, kitorang minta tolong admin hostel panggilkan kuroneko sebab nak post barang. Kihkihkih.. Banyak sangat shopping. Tak larat nak angkut naik shinkan. =D

 

Temple ni dekat dengan hostel yang kitorang duduk. Memang tak dinafikan, sepanjang dekat Tokyo ni, banyak giler kitorang berjalan. Sampai rasa nak tercabut kaki ni. Hiuhiu~

 

Dekat Kuritsu Sumida Park. Actually, kitorang dah lalu area ni masa naik jinrikisha dari Asakusa. Tapi, decide untuk jejak by foot pula. Boleh setup kamera dan bergambar dekat sini. Hehehe.. Ini antara spot yang cantik untuk ambil gambar berlatar belakangkan Tokyo Skytree.


 

And here we are. Our final stop. Tokyo Skytree. Dekat sini ada Tokyo Banana. Dan I tell you, jurujual dia sangat ramah tamah. dengan nihongo yang tak seberapa tu kitorang minta tolong dia suggestkan omiyage yang tak ada meat, animal gelatin and apa-apa bahan yang tidak halal. And at the end, we bought a lot of food omiyage! Ahaks.

So, that's the end of our Golden Week tour. Kalau ditotalkan jumlah langkah selama di Jepun, boleh cover langkah selama dua tiga tahun di Malaysia kot. Miahahaha... 
  
  


  
  
 
  
  
  



Penang Trick Art, Malaysia

Sunday, September 6, 2015

Hey September!
I'm In Love~

After a while, i guess i make a comeback with a little sharing experience on my short trip to Penang, one day before Malaysia Independence Day.

In my previous Entrie, i've shared on I-city Trick Art Museum.

Oh! Is it still RM5 for the entrance fee?
I'm not sure.

Ok, for this time, let's travel to the north peninsular. (^_^)
At first, we went to Penang to see or to meet the Bumbblebee at Padang Kota Lama. On our way to meet bumbblebee, we found another Trick Art Museum. After a moment, we decided to give a try. 

 

Penang Trick Art Museum.
One of new tourist attraction in Penang.

Entrance Fee:
Student/Child = RM10
Adult = RM15

So, guys! Do remember to bring your matrix card. And of course, your IC to enjoy the special fee.

This trick art museum located on two-storey building. You will enter from basement, next to the ticket counter and exit at the second level.

The best thing about this Trick Art Museum?
The staff. The moment you enter the museum, they will approach you and offer to take the photo for a group photo. 

Well, you know we can't used our tripod here and it quite difficult to ask other people to take photo for us on each art. However, at Penang Trick Art Museum, group photo are possible. 

 

Overall?
Awesome!
The art. The tricks. They were totally different with the one at I-city Trick Art Museum.

Directions?
If you go to Penang by Car, please park your car at the parking beside Fort Cornwallis. 
RM1 per hour.
Then, from parking lot, cross the road using the zebra crossing (Oh ya! Push the button on the traffic light)
Walk about 100m to the right and you'll see the trick art museum.

Ok. That's all. Bye