Showing posts with label Pangkor. Show all posts
Showing posts with label Pangkor. Show all posts

Pi Pangkor III

Friday, September 21, 2012



Hari terakhir.. Tak mau story panjang-panjang.. Layan jelah gambaq yang tak seberapa tu ek.. ^____^ Oh ye! Nak tahu apa story sebelum ni? Jomlah usha sini.. Jangan malas-malas.. Cepat klik! Hehehe.... Cuma nak bagitahu satu je. Pagi hari terkahir di Pulau Pangkor, hujan selebat-lebatnya.. Terbatal hasrat untuk island hoping. Sedih! Huhuhu.. Tengah hari sikit barulah hujan stop and we all start our journey to going back home lah!..

The Big Families..

Goodbye Pangkor!



Shopping time!!!... ^^,




Pi Pangkor II

Sunday, September 16, 2012

Sambungan dari entrie sebelumnya.

Hari kedua di Pulau Pangkor. Beria beb turun pantai lepas subuh konon-kononnya nak tengok sunrise. Tapi...dukacitanya, tak nampak sunrise macam yang saya tengok dekat Tanjung Leman few years back. Sedih. Yang nampak cuma langit yang kelam bertukar kebiru-biruan. Matahari lambat sikit tonjolkan diri. Terlindung dek awan yang tebal kot. Muahaha.. Apa-apa jelah kamu ni Sara!
 

Hari kedua, lepas breakfast ada senam cergas.. Inilah senam cergas yang agak caca merba yang saya pernah join! Muahaha.. maklumlah, ahli-ahli keluarga staf juga yang conduct. Belasah ikut dan ja.Tak habis stretching kaki kanan, sambung kiri lepas tu patah balik kanan. Memang bikin saya ketawa jalah sepanjang senam cergas tu! Agenda Family day bermula selepas senam cergas. Ada beberapa jenis sukaneka dianjurkan. Penglibatan adalah dari semua ahli keluarga tak kira umur! Hohoho... memang berubah teruslah jadi macam budak-budakkan? ngeee..

Haaa.. sebelum tu, malam sebelumnya dah bahagikan kumpulan ikut kepala keluarga a.k.a ayah masing-masing. Kumpulan family saya pula banyak budak besaq! Bila budak besaq lawan dengan budak kecik, memang sonanglah nak menangkan? eheh.. Saya main juga. Dah tak ada budak kecik nak tolak pergi main kan?. Dan game yang tak boleh dilupakan adalah BOM apantahnamanya. Yang kena ikat belon dekat kaki, jaga belon kita tapi pecahkan belon orang lain! Muahahah.. Dah macam highlight pula game tu. Sabaq jalah. Hasilnya? Sakit dari pinggang sampai ke bawah sebab dipaksa "bergomol" dengan budak sekolah menengah rendah yang super besar tenaga dia! Eh, jangan salah faham.. Game ni pisah laki dengan perempuan. Haruslah jaga batas-batas pergaulan. ye tak?


Selesai je sukaneka, apa lagi? mandi pantailah! Tapi disebabkan macam tak ada orang je mandi laut time-time tu, terus sambung mandi dalam pool hotel tu. Muahaha... berendam lama jugalah. Ha! hari kedua dekat Pangkor adalah hari Jumaat. Jadi, haruslah pergi makan tengah hari awal. Sebab lepas tu, yang lelaki nak pergi sembahyang Jumaat. Pukul 3 petang, ada island tour pula. Maksudnya, naik van teksi warna pink tu, keliling pulau pangkor. Singgahlah dekat tempat-tempat yang menarik. Antaranya Kilang Sotong yang terletak di perkampungan nelayan. Oh ya! Pulau Pangkor ni majoriti masyarakat Cina kalau saya tak salah.

Dari perkampungan nelayan tu, kami dibawa pula ke Galeri Pangkor yang terletak tidak jauh dari Jeti Pangkor. It is a small house yang menempatkan a lot of historical things yang berkaitan dengan Pangkor. Termasuk perjanjian Pangkor. Ada belajar dalam buku sejarah kan? Selepas tu, kami dibawa pula ke Kota Belanda. Weee.. Honestly, tak bergambar sangat pun dekat situ.. Eheh.. Dari jalan nampak ada 1 runtuhan bangunan belanda lama. Eh! Sebelum tu pergi Chinese Temple. Adoi! Tepuk dahi. Ingatkan nak bawa tunjuk masjid kan? eheh.. Dekat temple ni boleh tengok arca tembok China tu. Ada arowana besarrrr punya..


Pada petangnya pula.....mandi time!!! Turun pantailah der.. Kan dah teringin-ingin sangat nak mandi pantai ni.. Hehehe... Ombak agak tinggi. Berapa gallon airlah yang dah tertelan hari tu tak tahulah. huhuhu.. Penat mandi pantai, sambung mandi dalam pool pula. Muahaha... Petang tu kira aci berendam jelah. Bertudung bukan halangan untuk mandi pantai dan pool ye.. Yang penting, pakai t-shirt hitam dan tudung.=D

Malam pula, BBQ time!! Enjoy.. Antara banyak seafood, ketamlah yang menjadi pilihan hati. Maklumlah..jarang nak jumpa ketam ni. Eh, ada spageti lagi u olls. Plus a lot of different salads! Nyum..nyum.. And the memorable things happened. Malam BBQ tu adalah 7hb September 2012. The next day adalah 8hb September, which is my birthday.. and this is what i get in advance!..

 


Thanks Mak, Abah, Along, K.Lang, Dik Man, Fiza and everyone yang get involve in making this birthday suprise for me! Weee... sambut birthday di pulau pangkor! Happy! Sangat! And i cried! Menangis sebab overexcited! Something i wish before.. and i get it.. Alhamdulillah.. ^^,



Pi Pangkor I

Pi pangkor! Yeay! Alhamdulillah... berjaya juga menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor. Fiu... debor-debor you all. Percutian ke Pulau Pangkor ni adalah pada 6hb September 2012. Ok. I know.. another backdated story right? huhuhhu... Dalam entrie sebelum ni ada bagitahu nak pi pangkor untuk Family Day. Here we come. Dah nama pun Family Day, haruslah pergi bersama-sama dengan yang lain. Naik bas company abah. Huhuhu...Dari Aloq Staq menuju ke Jeti Lumut. Dari pagi, hujan membasahi bumi Aloq Staq ni, jadinya terdelaylah sedikit perjalanan. Rancang lain, gerak jam lain. Tapi, itulah.. Kita manusia ni hanya mampu merancang je. Allah juga perancang yang terbaik.. ^^,.

Around 12.02pm jugalah we start our journey. 1.50pm berhenti rehat di RnR Bukit Merah. For lunch and solat. Disebabkan we all pergi dengan bas company dan yang pergi adalah staf-staf company, masa memang sangat flexible. Muahahaha... Dalam pukul 2.50pm kami mulakan perjalanan menuju ke Lumut. Keluar dekat Tol Changkat Jering untuk terus ke Lumut. Fuhhhh... Jalan nak ke lumut dah ghupa ulaq kena katoq! Nasib baik saya ni dah imune sangat naik bas.. Heheheh..Jauh jugalah dari Exit Changkat Jering tu nak sampai ke Terminal Lumut Waterfront tu.  Sekitar pukul 4.50pm sampai dekat Terminal Lumut.


Haaa... tak sempat pun nak posing-posing. sebab dah terlewat dari perancangan awal. Makanya, terus ke jeti untuk naik boat yang dah pun menunggu. Tepat jam 5.15pm, bot bergerak meninggalkan jeti Lumut. Best naik boat putih ni. Boleh dok luaq. Berangin je sepanjang perjalanan menuju ke Pangkor. Dapat cuci mata juga! Eheh.. Subhanallah.. Indah ciptaan ALLAH. Tak putus-putus pujian pada setiap ciptaan ALLAH yang kelihatan indah di mata. Sebab tu, duduk lepak dekat luar boat walaupun ada tempat duduk dekat dalam. Mabuk laut? Entah! Hehehe... Saya suka tengok laut, tengok langit, tengok bukit, tengok pulau and everything. Jadi, tak sempat nak fikir mabuk laut ke tidak.. muahahaha...


Lebih kurang 30-40 minit juga perjalanan dengan boat menuju ke Jeti Pangkor ni. Ha! Dapat tengok perkampungan nelayan dan banyak lagi pemandangan indah yang lain. Lebih kurang pukul 5.50pm kami sampai di Jeti Pulau Pangkor ni. Aih, pun tak sempat nak posing-posing ambil gambar sangat sebab teksi van yang dibooking dah menunggu. Semuanya laju-laju.. Sabaq ja chek! Dekat Pangkor guna van teksi warna pink kuning ni.. Eh, van teksi ke, teksi van ek? Apa-apa jelah.. hehehe...
 

Tanpa membuang-buang masa yang berharga tu, kami semua terus gerak menuju ke hotel penginapan. Hotel yang menjadi pilihan urusetia Family Day company abah tu adalah Puteri Bayu Beach Resort. Bolehlah.. Dapat pergi bercuti Free pun dah besar rahmat kan? Takkan nak memilih-milih pula. Ye tak? Sampai hotel, sementara nak tunggu dapat kunci bilik, ternampaklah map ini. Ha! nampak tak We are Here!? Ha.. kat situlah hotel kitorang. Dari beach hotel nampak pulau yang banyak bay tu. Dalam erti kata lain, kitorang menginap di pulau yang tak menghadap semenanjung. Tapi menghadap ke Selat Melaka? Muahaha... Dah lama tak belajar geografi.
 

Berapa harga bilik? Fiu... dah nama pun pergi free. Tak tergerak pula nak g tanya rate bilik berapa.. Muahaha.. Dah sampai pun pukul 6 lebih kan? Lepas check in, ingat nak mandi pantai.. (saya suka mandi pantai!). urmmm.. saya turun mandi pantai ke tak ek hari pertama tu? konfius sudah.. Haaa... turun main dekat persisir pantai je kalau tak salah. Lepas tu naik bilik, singgah bilik mak abah untuk makan homemade bihun goreng yang bawa dari rumah tu... hehehe...

Hari pertama di Pulau Pangkor, tak buat apa-apa pun. Sampai pun dah lambat kan? Takkan nak turun laut malam-malam pula? So, rehat ajelah.. Sabaq ja tak dapat turun mandi laut lagi.. Esok! Ye, esok i turun.. Dah jumpa pantai, tapi tak mandi ayaq laut memang tak sahlah kan?? Ok.. Esoknya buat apa? Tunggu next entrie ok!