Sambungan dari entrie sebelumnya.
Hari kedua di Pulau Pangkor. Beria beb turun pantai lepas subuh konon-kononnya nak tengok sunrise. Tapi...dukacitanya, tak nampak sunrise macam yang saya tengok dekat Tanjung Leman few years back. Sedih. Yang nampak cuma langit yang kelam bertukar kebiru-biruan. Matahari lambat sikit tonjolkan diri. Terlindung dek awan yang tebal kot. Muahaha.. Apa-apa jelah kamu ni Sara!
Hari kedua di Pulau Pangkor. Beria beb turun pantai lepas subuh konon-kononnya nak tengok sunrise. Tapi...dukacitanya, tak nampak sunrise macam yang saya tengok dekat Tanjung Leman few years back. Sedih. Yang nampak cuma langit yang kelam bertukar kebiru-biruan. Matahari lambat sikit tonjolkan diri. Terlindung dek awan yang tebal kot. Muahaha.. Apa-apa jelah kamu ni Sara!
Hari kedua, lepas breakfast ada senam cergas.. Inilah senam cergas yang agak caca merba yang saya pernah join! Muahaha.. maklumlah, ahli-ahli keluarga staf juga yang conduct. Belasah ikut dan ja.Tak habis stretching kaki kanan, sambung kiri lepas tu patah balik kanan. Memang bikin saya ketawa jalah sepanjang senam cergas tu! Agenda Family day bermula selepas senam cergas. Ada beberapa jenis sukaneka dianjurkan. Penglibatan adalah dari semua ahli keluarga tak kira umur! Hohoho... memang berubah teruslah jadi macam budak-budakkan? ngeee..
Haaa.. sebelum tu, malam sebelumnya dah bahagikan kumpulan ikut kepala keluarga a.k.a ayah masing-masing. Kumpulan family saya pula banyak budak besaq! Bila budak besaq lawan dengan budak kecik, memang sonanglah nak menangkan? eheh.. Saya main juga. Dah tak ada budak kecik nak tolak pergi main kan?. Dan game yang tak boleh dilupakan adalah BOM apantahnamanya. Yang kena ikat belon dekat kaki, jaga belon kita tapi pecahkan belon orang lain! Muahahah.. Dah macam highlight pula game tu. Sabaq jalah. Hasilnya? Sakit dari pinggang sampai ke bawah sebab dipaksa "bergomol" dengan budak sekolah menengah rendah yang super besar tenaga dia! Eh, jangan salah faham.. Game ni pisah laki dengan perempuan. Haruslah jaga batas-batas pergaulan. ye tak?
Selesai je sukaneka, apa lagi? mandi pantailah! Tapi disebabkan macam tak ada orang je mandi laut time-time tu, terus sambung mandi dalam pool hotel tu. Muahaha... berendam lama jugalah. Ha! hari kedua dekat Pangkor adalah hari Jumaat. Jadi, haruslah pergi makan tengah hari awal. Sebab lepas tu, yang lelaki nak pergi sembahyang Jumaat. Pukul 3 petang, ada island tour pula. Maksudnya, naik van teksi warna pink tu, keliling pulau pangkor. Singgahlah dekat tempat-tempat yang menarik. Antaranya Kilang Sotong yang terletak di perkampungan nelayan. Oh ya! Pulau Pangkor ni majoriti masyarakat Cina kalau saya tak salah.
Dari perkampungan nelayan tu, kami dibawa pula ke Galeri Pangkor yang terletak tidak jauh dari Jeti Pangkor. It is a small house yang menempatkan a lot of historical things yang berkaitan dengan Pangkor. Termasuk perjanjian Pangkor. Ada belajar dalam buku sejarah kan? Selepas tu, kami dibawa pula ke Kota Belanda. Weee.. Honestly, tak bergambar sangat pun dekat situ.. Eheh.. Dari jalan nampak ada 1 runtuhan bangunan belanda lama. Eh! Sebelum tu pergi Chinese Temple. Adoi! Tepuk dahi. Ingatkan nak bawa tunjuk masjid kan? eheh.. Dekat temple ni boleh tengok arca tembok China tu. Ada arowana besarrrr punya..
Pada petangnya pula.....mandi time!!! Turun pantailah der.. Kan dah teringin-ingin sangat nak mandi pantai ni.. Hehehe... Ombak agak tinggi. Berapa gallon airlah yang dah tertelan hari tu tak tahulah. huhuhu.. Penat mandi pantai, sambung mandi dalam pool pula. Muahaha... Petang tu kira aci berendam jelah. Bertudung bukan halangan untuk mandi pantai dan pool ye.. Yang penting, pakai t-shirt hitam dan tudung.=D
Malam pula, BBQ time!! Enjoy.. Antara banyak seafood, ketamlah yang menjadi pilihan hati. Maklumlah..jarang nak jumpa ketam ni. Eh, ada spageti lagi u olls. Plus a lot of different salads! Nyum..nyum.. And the memorable things happened. Malam BBQ tu adalah 7hb September 2012. The next day adalah 8hb September, which is my birthday.. and this is what i get in advance!..
Thanks Mak, Abah, Along, K.Lang, Dik Man, Fiza and everyone yang get involve in making this birthday suprise for me! Weee... sambut birthday di pulau pangkor! Happy! Sangat! And i cried! Menangis sebab overexcited! Something i wish before.. and i get it.. Alhamdulillah.. ^^,
0 comments:
Post a Comment