kawan-kawan..

Friday, September 11, 2009



ha..ni lah teman-teman cik sara sepanjang cik sara belajar kat UNiversiti TekNologI Malaysia ni.. jangan ingat kos yang cik sara dok buat ni tak dak laki pulak. ada. cuma kali ni, cik sara nak post gambar kawan-kawan pompuan cik Sara dulu. gambaq ni Kami amik 5 minit kot sebelum Kelas Prinsip KomuniKasi mula. kat tangga Fakulti Elektrik. kalau pi Fakulti Len, rasanya tak jumpa tangga besar macam ni. dah 2 tahun setengah kitorang dok kat UTM ni, baru la ni nak bergambar ngan tangga FAkulti. Sebelum ni tak teringin pun.. hahahah

nak tahu tak? 11 September, member-member cik Sara ajak g bersahur kat luar. kebetulan malam tu cik Sara dah nak balik umah, so tuk mencipta memori ngan diorang, kitorang uat kelainan sket. slalo orang uat berbuka ramai-ramai. tapi cik Sara and the gang uat aktiviti bersahur ramai-ramai kat Restoran Tembaga kat Sri Puteri. Disebabkan nama pun bersahur, kitorang semua sepakat makan nasi goreng kampung ja (bukanlah sepakat apa pun, t
api dah owner restoran tu cakap, untuk sahur minta satu menu ja. yelah kang banyak yang pelik-pelik, terlepas pula waktu imsak)

Kitorang g ngan dua kete plus moto. bera
pa buah tak pula cik Sara kira. tapi adalah lam separuh dari member satu kos cik Sara yang kuar pagi-pagi buta tu semata-mata nak bersahur ramai-ramai. very rare. cik Sara tak ada gambarnya, tapi kalau ada peluang, nanti cik Sara upload lain kali.


" Dak-dak Siswi tahun 3 KEjuruteraan Elektrik Elektronik Perubatan"

Selamat Bercuti..Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Ho ho ho..
kali ni chek nak post blog hat sempoi-sempoi je. masuk je mood balik kampung, chek pun nak guna loghat kampung chek. kot ada yang tersilap tu, orang-orang kampung tok sah dok marah pulak. chek ni bukannya cekap sangat nak cakap utagha. tapi sekali sekala dengaq best jugak.

Buat temn-teman chek, selamat berjuang no.. Chek balik umah dulu. bukan apa, tiket abih. mau tak mau chek kena balik jugak ari ni. kalau tak, beghaya kat johor lah chek nanti..aih, dah gaya pi oversea ja kalau jadi lagut tu..

Dalam chek sonok nak balik kampung ni.maknanya tak yah dok study lah tuk test Engineering Statistic, tiba-tiba member chek mintak tolong carikan maklumat latest pasal Palestin tuk dia. tak taulah dia nak buat apa. tapi sebagai member, chek tolong ja lah. lagipun chek bukan nak kalut pi study ka apa ka. member chek ni suruh chek buka website imemc.org. banyak betoi maklumat pasai Palestin. Bunuh sana, bunuh sini. pukui sana pukui sini. aih, kejam ngat aih. tak da hati betui. ikut suka hati depa ja orang-orang ISrael tu nak buat manusia cam haiwan. apa depa tak kesah ka kalau one day, oghang uat depa lagut tu???

chek jadi muhasabah la kejap. (kejap ja..hehehe)
Kat Malaysia ni, orang-oghang sebaya macam chek leh dok puasa aman tenteram je. pagi p kelas. balik mai petang kalau penat, tidoq. agak-agak full energy lagi, p lah men kat padang ka apa ka. hat yang warak sket, dok buka al-Quran terjemahan. nak grab keberkatan ramadhan ni. tapi nun kawan-kawan kita kat PAlestin nun, dok dengaq bunyiu bulldozerlah. ntah menatang apa lagi yang keje dok bunuh orang. depa puasa ngan suasana perang yang macam tak da kesudahan. orang-orang cam israel ni tak reti ka nak hargai nyawa agaknya..

aih, chek nak komen banyak-banyak pun susah. tapi chek sedih dengaq citer (silap!! baca cerita) depa kat tanah arab nun.

dengaq macam dah berterabur je bahasa yang chek nak guna ni. tapi apa-apa pun, d kesempatan ni, chek nak ucapkan selamat Hari Rya Aidilfitri buat sume teman-teman yang kenal chek. tak kesahlah dok ceruk mana pun kat dunia ni. ampun dan maaf chek minta walaupun puasa ada lagi seminggu. untuk teman-teman yang akan amik test statistik n kuiz mikroP, chek doakan hang pa semua dipermudahkan urusan. All da Best!!! dan Slemat bercuti...

Lantera Persahabatan

Tuesday, September 8, 2009

Dah lama tak menulis di dalam blog..Assalamualaikum buat semua...

ingin saya kongsikan sebuah cerita. tafsirannya terpulang kepada anda yang membaca. hari ni, genap umur saya 21 tahun. pelbagai cerita suka duka sepanjang hidup ini. tapi, hadiah yang paling bermakna dan membuatkan hari-hari saya kembali ceria adalah hadiah dari dia yang kuanggap teman...

mesti pelikkan????
sedih sebenarnya bila nak diingatkan tambah-tambah lak di Bulan Puasa ni...
sebenarnya..dah lama kitorang tak berbual. tetiba masuk silent mode. tak tahulah kenapa. saya sendiri jadi pelik. bile orang tanya, kitorang kenapa, saya pun jadi pelik..pelik sangat. seolah-olah ada salah besar yang saya buat kat dia dan dia tak dapat maafkan. tapi probnya, saya sendiri tak tahu apa salah saya. hari ni dah nak 18 Ramadhan. maknanya dah lebih dari 18 hari kitorang tak hangout sama-sama cam dulu.. sedih..sedih yang amat..

saya rasa alone..sunyi..sebab dia teman yang paling rapat ngan saya dekat sini. sampaikan nak join apa-apa program yang melibatkan saya dan dia pun, saya jadi tawar hati. tak sanggup nak berdepan kalau terus-terusan hati teguris. tak tahulah pada sapa nak diluahkan. tapi buat teman saya ni, andai sahaja dia tahu luahan hati saya, Thanks for the beautiful card. i'll really appreciate it..and yang penting, i'm forgive you..because i luv you dear. saya tak nak kehilangan awak. mungkin mulut saya pernah kata tak kisah dengan apa yang terjadi antara kita. tapi hati saya tak pandai berdusta. awaklah kawan yang paling dekat dengan saya. kenapa mesti ada sengketa antara kita?




" Sorry sensangat andai diri ini tak pandai nak menelah hati ko.tapi hati ini tatap terasa suatu kehilangan bila kita dekat tapi jauh. ko tetap kawan terbaik yang pernah kami ada sebab ko lah satu-satunya orang yang boleh buat kami tak kesah dengan barang-barang kami dan menjadikan kami seorang yang ikhlas dalam berkongsi. jangan rapuhkan persahabatan kita. i'll always luv you..today..tomorrow..and forever...may our frendship be bless""

nak taip braille kat sini mungkin susah. tapi kami faham apa yang ko sampaikan di belakang kertas tu..