kawan-kawan..

Friday, September 11, 2009



ha..ni lah teman-teman cik sara sepanjang cik sara belajar kat UNiversiti TekNologI Malaysia ni.. jangan ingat kos yang cik sara dok buat ni tak dak laki pulak. ada. cuma kali ni, cik sara nak post gambar kawan-kawan pompuan cik Sara dulu. gambaq ni Kami amik 5 minit kot sebelum Kelas Prinsip KomuniKasi mula. kat tangga Fakulti Elektrik. kalau pi Fakulti Len, rasanya tak jumpa tangga besar macam ni. dah 2 tahun setengah kitorang dok kat UTM ni, baru la ni nak bergambar ngan tangga FAkulti. Sebelum ni tak teringin pun.. hahahah

nak tahu tak? 11 September, member-member cik Sara ajak g bersahur kat luar. kebetulan malam tu cik Sara dah nak balik umah, so tuk mencipta memori ngan diorang, kitorang uat kelainan sket. slalo orang uat berbuka ramai-ramai. tapi cik Sara and the gang uat aktiviti bersahur ramai-ramai kat Restoran Tembaga kat Sri Puteri. Disebabkan nama pun bersahur, kitorang semua sepakat makan nasi goreng kampung ja (bukanlah sepakat apa pun, t
api dah owner restoran tu cakap, untuk sahur minta satu menu ja. yelah kang banyak yang pelik-pelik, terlepas pula waktu imsak)

Kitorang g ngan dua kete plus moto. bera
pa buah tak pula cik Sara kira. tapi adalah lam separuh dari member satu kos cik Sara yang kuar pagi-pagi buta tu semata-mata nak bersahur ramai-ramai. very rare. cik Sara tak ada gambarnya, tapi kalau ada peluang, nanti cik Sara upload lain kali.


" Dak-dak Siswi tahun 3 KEjuruteraan Elektrik Elektronik Perubatan"

0 comments: