Iftar Mahabbah FKE

Saturday, August 28, 2010

Assalamualaikum...

Mulakan setiap bicara dengan ucapan salam..Alhamdulillah..semalam yakni pada 27hb Ogos bersamaan dengan 17 Ramadhan, Iftar Mahabbah FKE berjaya dilaksanakan dengan jayanya.. Weehaa...

Dan semalam juga, bermula dari waktu pagi, aktiviti merewang telah dilakukan.. Umm..kalau kat johor ni, istilah gotong royong untuk kenduri dipanggil rewang.. Kat tempat lain? anda je yang tahu.. Rewang FKE kali ni bukanlah rewang besar seperti yang pernah saya libatkan diri sebelum-sebelum ini.. Ianya sekadar rewang untuk memasak seperiuk bubur lambuk.


Memandangkan semalam hari jumaat, makanya aktiviti memasak bubur secara giat dilakukan selepas solat jumaat.. Sewaktu solat jumaat, beberapa orang sahabat muslimat membantu menyediakan bahan seperti memotong daging dan memasak rempah.. Sekali tengok, taklah susah sangat nak masak bubur lambuk ni.. rahsianya terletak pada periuk kecik tu..
Apa-apa pun..saya mewakili seluruh warga TESLA FKE dan MPM Fakulti mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga FKE yang sudi melapangkan waktu anda untuk berbuka bersama kami.. Hidangan nasi beriyani and ayam masak merah serta daging memang best.. menyelerakan.. Lupa plak nak snap gambar...

For the end..thanks to all..

0 comments: