Road to Air Hitam, Johor

Thursday, September 2, 2010

Assalamualaikum...

Hai there... Hari ni saya temankan kawan pergi hantar barang-barang ke rumah kawan yang lagi satu.. Rumah kawan saya ni dekat Simpang Renggam.. Tak berapa nak jauh dah dengan Air Hitam.. Pas je antar barang ke rumah dia, lajak g Air Hitam untuk mencari barang.. Nak cakap apa ye?? tapi barang kat sini memang murah giler.. 

Boleh dapat lagi murah kalau pandai tawar-menawar.. Layanlah gambar-gambar yang sempat saya snap masa pergi Air Hitam ari tu.. 


Memang besar gabaklah dia punya papan tanda kedai.. Eh, betul ke tu?? apa-apa je. tapi kalau nak tahu ke tak dah sampai Air Hitam, inilah trademarknye.. Plus gerai-gerai kat depan yang sangat banyak.. Berjalanlah sampai putus urat kaki, kering dompet.. InsyaALLAh rasa berbaloi jer keluarkan duit tu.. hehehe..


See?? Kerepek pun ada... Kuih muih...Kekacang..Buah-buahan... Apa jenis makanan pun ada di jual kat sini.. Tinggal nak datang dan pilih je..


Bagi yang suka mencari pasu-pasu bunga pelbagai rupa dan bentuk, kat Air Hitam ni banyak pilihannya.. sampai rambang mata i melihat.. Rasa nak cekup semuanya bawa balik.. hahaha..


Dah beli pasu tinggi-tinggi, mesti nak cari bunganya kan? Pun ada jugak.. Bunga plastik, bunga apa ntah, sumenya ada.. Pendek kata, lengkap lah nak hias rumah...Nak pula nak dekat raya ni.. memang sesuai sangat..



Perabot dan barang untuk English Style pun ada wei.. Rasanya jauh lebih murah berbanding beli dekat kedai-kedai perabot tengah-tengah kota tu.. Tikar, perhiasan meja, tudung saji pun ada...



Kat sini pula banyak teddy bear.. Murah-murah lak tu.. Yang besar, lembut,comel..dalam RM30-RM50 dah bleh dapat.. Benda yang cecah ratus-ratus kat luar sana nun, leh dapat murah je kat sini.. Apa lagi?? Konvo dah dekat, nak cari hadiah untuk member leh ler datang kat sini..


Comel tak? Nak beli..Tapi scholars tak masuk lagi.. Terbantut segala perbelanjaan.. Semurah mana pun menatang ni.. huhuh..Really cute.. ada yang nak bagi hadiah??


Yang ini pun comel.. yang penting, pinkish.. Eh, sejak bila gila warna pink ni? ahaks.. Tapi..sangat cute..


Teddy yang ini pun sangat-sangat menarik retina mata saya untuk terus memandang.. Mr. Squirrel.. Betul tak?? Encik Tupai.. Ekor besar dan panjang.. Buat peluk pun sedap ni.. hahaha.. 


Haa..inilah signboardnya.. tepi tu je kedai-kedai barangan murah kat Air Hitam ni.. INi kali kedua saya ke sini.. Sangat seronok walaupun agak sedih sebab tak dapat nak beli pape since datang dalam keadaan poket kosong..

How to get here??
Urmm..Nak mudahkan cara, since kitorang nak ke SImpang Renggam dulu, kitorang keluar exit Simpang Renggam.. Dari Skudai  ke Simpang Renggam adalah dalam RM6.20. Dari Tol simpang Renggam tu, dekat 1st traffic light belok kanan.. Pastu terus je sampai jumpa simpang tiga.. Yang ini, belok ke kiri.. Terus lagi sampailah jumpa traffic light simpang tiga.. Amik kiri gak.. Then straight je jangan belok-belok.. Ada selekoh, ikutlah jalan selekoh.. Kang kalau straight je, terbabas pulak kan?? hehehe.. Straight sampai jumpa signboard kat atas tu.. tak susah pun nak ke situ.. Selamat Membeli belah..(^___^)

2 comments:

angahfarah said...

salam sara.
rambang mata kan ke air hitam... kampung akk pun dekat dgn situ..dlm 15 minit da leh sampai..biasa sesak hari ahad n cuti umum..
wah..shopping utk raya ker..?

Cik Sara said...

Kak Farah..
hehehe..memang rambang mata.. tapi tak berapa nak rambang sangat pun sebab pergi time poket kosong.. hehe..
Teman akmal belikan hadiah untuk kawan dia yang nak konvo.. Shopping raya kat pekan rabu j kot.. tak pun ajak ayah g Padang Besar.. huhuhu