Selamat hari ulang tahun kelahiran mak!

Friday, February 1, 2013

Keluarga adalah terapi yang paling baik untuk merawat hati selain sujud pada ILAHI. (^_-)"

Hari ni cuti Wilayah! Heppi! Gembira!..
Kebetulan pula abah dengan mak masih di Rawang atas urusan kerja.
Jadi, tunggu apa lagi?
Itulah fungsinya kereta yang dibeli. Ye tak?


Jarak, minyak, tol, kesesakan lalu lintas.. Semua tu bukannya halangan untuk bertemu mak dan abah. Demi insan-insan tersayang, apalah sangat nilai wang ringgit itu.
Hari ni jumpa kawan abah. Merangkap penyelia yang akan mengawal selia keseluruhan operasi kawalan keselamatan di kawasan yang baru diperolehi tendernya itu. Pesan pak cik ni:

Perempuan walaupun dia dah kahwin, emak dan ayah tetap menjadi tanggungjawab dia. Sebagai seorang anak perempuan, kenalah ada self-consent (?). Tanggungjawab seorang ayah pada anak perempuan memanglah dah habis saat mewalikan anaknya. Tapi tanggungjawab seorang anak pada ibu bapanya tidak akan dan tidak pernah putus.
Agree!


Bila ada pendidikan, maksudnya pada masa hadapan kita akan ada kerjaya yang kukuh. Rezeki yang kita peroleh dari kerjaya yang kukuh ini tetap milik kita walaupun sudah bergelar isteri. Seorang suami tidak mempunyai hak ke atas duit gaji yang kita peroleh. Jadi, kalau selama ini ibu dan ayah boleh bersusah payah cari duit untuk berikan yang terbaik pada kita, apa salahnya saat kita mendapat rezeki lebih itu kita hulurkan pula pada mereka. Ibu dan bapa mungkin tidak meminta jauh sekali mengharap, tapi sebagai seorang anak seharusnya wujud kesedaran diri tentang tanggungjawab yang satu ini.


Jadinya.. dah belajar tinggi-tinggi ni, janganlah selalu mendongak langit. Kadang-kadang kena berpijak di bumi yang nyata. Jangan sampai lupakan asal dan keluarga hanya kerana menikmati kesenangan. Setinggi mana kedudukan yang dicapai suatu masa nanti, jangan lupa membalas budi. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Siapa kita hari ini adalah kerana mereka yang bergelar ibu dan bapa. (^___^)*



p/s: 1hb Februari 2013
Selamat hari lahir mak! Semoga panjang umur. Dimurahkan rezeki dan bahagia selalu.  Doakan angah berjaya dunia akhirat. Sayang mak dan abah sampai syurga!

Ikhlas dari anakmu,
Angah.



2 comments:

Dylla Abas said...

entri ni buat sy teringat kat mak ayah sy la :(

p/s : happy birthday makcik!!

mama ct said...

salam, ini mama dari my muslim family, kite dah tukar alamt blog ye, normalmuslimmama.blogspot. ;-)