Syawal D-15

Thursday, August 22, 2013

Eh, baru 15 Syawal?
Eheh....

In the middle of this barokah months,
Saya nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua sahabat, teman, keluarga dan para pendidik.
Pendek kata, buat semua yang mengenali diri ini..
Tak kisahlah sama ada di dunia realiti mahupun dunia maya yang tiada penghujung ni..
Salam Aidilfitri!!!

(T_____T)
Dalam kita masih bergembira dan beriang-raya,
kita dikejutkan dengan kemalangan bas yang terburuk dalam sejarah Malaysia.
Bas terjunam masuk ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands.

Innalillah..
Takziah..
Benarlah kata para ilmuwan dan al-hafiz/ah..
Kematian itu tidak tertunda walau sesaat pun..

Ya Rabb..

Terbantut kejap hajat nak ke Genting Highlands.

Dah lama tak tengok TV. Huhuhu..
So, banyak update berita dari FB, Blog dan Instagram..
Bukan bererti kita terima bulat-bulat berita yang disampaikan, ok!
Dunia tanpa sempadan kan?
Maklumat semua di hujung jari..
Dengar dan pastikan. Double check! kata orang putih.
Tak salah pun..
Asalkan maklumat yang sampai, kita boleh pastikan kesahihannya..

 


Kepada keluarga mangsa kemalangan,
Salam Takziah dari saya.



0 comments: