Jom Aktifkan MyKad

Sunday, January 11, 2015

Akemashite Omedetou Gozaimasu!
Hai!
Selamat Tahun Baru!
Harapnya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru!
Apa Resolusi atau azam anda untuk tahun ni?

Walau apapun resolusi yang anda nak buat, pastikan utamakan perkara yang lebih utama!

Fiu~~
Lama sangat tak update blog kan?
Dan untuk entrie permulaan tahun 2015 ni, saya nak ajak awak-awak semua aktifkan MyKad.
Eh? Dah kenapa?

 
(google)
 
Tahukah kamu-kamu semua, MyKad yang kita miliki ni ada 50 aplikasi berguna yang boleh dimanfaatkan dalam 1 kad.
Ha? 50?

Yes! Dan aplikasi yang pertama dan anda semua dah pun sedia maklum iaitu Identity. Haaaa.. ramai yang ingat JPN yang buat MyKad kan?

Oh ya!
Dan aplikasi yang ke-50 MyKad adalah Affiliate Marketing.

Eh? Mende apa pula Affiliate Marketing ni?
Yang penting, Affiliate Marketing ni bukannya program MLM ntah apa-apa tu. Dan yang paling penting, Affiliate Marketing ni diiktiraf sendiri oleh MDeC dibawah MSC sebagai aplikasi MyKad yang ke-50.


"One of our greatest achievements in this area is the implementation and delivery of the MULTIPURPOSE SMART CARD APPLICATION on the MyKad" - Datuk Badlisham Ghazali, Chief Executive Officer, Multimedia Development Corporation (MDeC)

Oh ye! Kembali kepada tajuk.

Pernah baca surat khabar? Pernah dengar tentang program MyKad Smart Shopper Program (MSSP)?
 Berbelanja menggunakan MyKad dan nikmati diskaun dan kumpul mata point dari kedai-kedai yang terlibat.


Ini benefit sebagai pengguna atau end user. Sebagai merchandise atau perniaga pun ada juga benefit dia. Tapi, memandangkan rakan blogger saya ramai yang jadi pengguna, jadi saya nak kongsikan kelebihan yang dapat sebagai pengguna.

Tapi, sebelum tu.. Jom Aktifkan MyKad. Kalau MyKad tak aktifkan ke dalam sistem MSSP, ceritalah 10 kelebihan, 1 pun takkan dapat. ngeeee.. Dalam kata lain, sekarang atau nanti-nanti, awak tetap kena aktifkan myKad juga. Kalau tidak, melepaslah.

1st of all, pendaftaran mykad adalah percuma. Tiada yuran tahunan. Sebab once in a lifetime. 



 Siapa yang boleh daftar? Semua yang ada MyKad. Daftarkan aja dalam link di bawah ni. Atau klik je mana-mana perkataan JOM AKTIFKAN MYKAD


2nd, Berbelanja di kedai-kedai yang telah menyertai program ini.
Oh! Macam mana nak tahu kedai apa yang dah join program ni?
Nak mudah, pergi dekat Google Playstore, search MSSP dan muat turun ke dalam telefon pintar anda. 
 
Saya percaya, zaman sekarang ni semua orang pun ada telefon pintar. Jadi, bolehlah muat turun aplikasi MSSP ni dan mula berbelanja.

Dan yang terakhir, Discount and Priviledges.

Ye..ye.. saya akui. Tak banyak lagi kedai yang masuk ke dalam sistem. Tapi, pihak Affiliate sedang dalam usaha untuk memasukkan lebih banyak kedai dan perkhidmatan ke dalam sistem agar pengguna dapat menikmati cash rebate di lebih banyak tempat. Dan semakin banyak kedai yang ikut serta ke dalam sistem. Apa-apa pun, Jom Aktifkan MyKad dengan segera dan dapatkan info penting dari masa ke semasa.

Berbelanja ! Berjimat ! dan kumpul mata! 



0 comments: