Journey to the East Malaysia ~

Tuesday, May 12, 2015

Family Trip

Another family trip on this long holiday.



Percutian tanpa perancangan. Langsung tak booking hotel mahupun homestay. Dalam erti kata lain, memang terjah ajelah. Trip ni mula dari Simpang Pulai, melalui Gua musang dan sampai ke Kuala Terengganu. Pesanan penaja, sila isi minyak penuh sebelum memulakan perjalanan ke Gua musang. Sebab sepanjang jalan tu memang tak jumpa hatta satu pun stesen minyak. Kebetulan pula masa kitorang naik ke Gua Musang hari tu, hujan sekejap-sekejap. So, memang sejuk ajelah sepanjang jalan. Tak pasang aircond pun tak pa. Paling menarik, boleh tengok pemandangan banjaran titiwangsa dan gunung tahan dekat sepanjang perjalanan menuju ke Gua Musang tu. Disebabkan kitorang sampai Gua Musang pun dah pukul 8malam, decision was made. Bermalam dekat Gua Musang. Maklumlah, dari Gua Musang nak sampai ke Tasik Kenyir pun dok ada 200km lagi. Kalau jalannya lurus macam lebuhraya utara selatan tu, gigih jugalah nak teruskan perjalanan. Tapi disebabkan jalan tu macam ulaq kena palu, itu yang berhenti bermalam dulu.

 

Keesokkan harinya, lepas breakfast kitorang gerak ke Tasik Kenyir melalui Gua Musang. Sempatlah berhenti snap gambaq sekeping dua dulu. Dari Gua Musang nak sampai ke Tasik Kenyir ni, masyaALLAH.... dasat sungguh jalannya. Macam ulaq kena palu sungguh-sungguh. Terutamanya jalan dekat Aring. Memang tak recommended untuk lalu waktu malam sebab lampu jalan pun tak ado. Masa masuk kawasan Felda Aring ni, memang boleh nampak kesan banjir dekat pokok-pokok kelapa sawit dekat kiri kanan jalan tu.

Dari Tasik Kenyir, kami meneruskan perjalanan menuju Kuala Terengganu. Memandangkan kami sampai di Kuala Terengganu pun dah hampir pukul 2petang, nak berjalan ambil gambar memang tidaklah. Tengah panas tak hengat! So, singgahlah kami ke Pantai Batu Burok untuk makan dan kudap-kudap.



Perghhhh.. Giler mahal makan dekat Pantai Batu Burok ni. Ini mesti angkara makanan yang bercucuk tu. aisyhhh.. Makanan bergoreng pun idaklah sedap mana pun. Inilah jadinya bila bercuti main terjah aja. Tak study duluan pasal tempat makan best. Dang! Dari Pantai Batu Burok, kami pergi ke Kampung Losong. Memborong keropok losonglah. Kalau datang Terengganu, macam tak sah aja kalau tak beli keropok losong kan?




Lepas borong keropok losong, pergi pasar payang pula. Tapi tak tahu nak beli apa. End up, mak borong kain batik Kuala Terengganu dengan baju kelawar yang sehelai RM10 tu. Apo-apo ajelah kan?.



And our next destination adalah Masjid Kristal yang terletak di dalam kawasan Taman Tamadun Islam. Tapi, on the way nak sampai ke Taman Tamadun Islam ni, tetiba nampak Muzium Negeri. Hahaha.. Apa lagi, memang masuk ajelah ke dalam. Muzium tu tutup pukul 5petang. Kitorang masuk beberapa minit ja sebelum pukul 5! hahaha..




Muzium Negeri Terengganu ni merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Disebabkan saiznya yang besar amat dan saya tak berapa berminat nak belajar sejarah di petang hari, i skipped the tour. Tengok dari luar pun memang hebat dan uniklah rekaan bangunan dia. Daebak!

Habis je tour sekitar Kuala Terengganu, we make a move. Nak beransur pergi ke Kelantan pula. Eh, tak! Kononnya nak cari homestay atau chalet sekitar Pantai Bukit Kluang, Besut. Since Besut tu dah dekat sempadan Terengganu-Kelantan, itu yang ingat nak bermalam dekat situ. Sekali, semua homestay dan chalet penuh daaa~.. Itulah. Terjah lagi masa public holidays. Itulah jadinya. Fiu~

Nak dijadikan tragedi pula, telefon masing-masing dah kehabisan bateri. Huwaaaaa.. Nak google pun tak boleh. Nak guna google map, lagilah tak boleh..

Oh ya! Sepanjang percutian kami ke Pantai Timur ni, abah yang drive. Saya tengok google map. Jadi navigator. Hahaha! Tengok map, dan decide which road should we take. Dang! Contohnya macam the day kitorang nak ke Kota Bharu dari Tok Bali. Kalau diikutkan, google map suggest route yang lain. But then, from the map i discovered another road which is near to the beach! Haaa.. apa lagi! I kan Navigator. Terus guide abah ikut jalan tepi pantai. Kihkihkihkih...

"Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps"

I really disagree with this statement!
Because...
I'm a woman..
And I can read maps!
Very well.

Oh ya! Nak dijadikan cerita, that night kitorang bermalam dekat Tok Bali. Kebetulan ada satu homestay dekat situ. Itu pun lepas puas tanya orang sana sini. Alhamdulillah. Allah bantu. Mungkin sebab kami dah flat sangat. Singgah kedai makan order makanan, sampai sejam tunggu, ayaq ja yang keluaq. Bila tanya pasal makanan, katanya tak masak lagi. Perghhhh.. berasap.. Malam tu, kitorang tertidur dek keletihan. Tak lalu dah nak makan-makan ni.

 

Alahai panjangnya cerita. 
Tapi, kalau tak cerita, memang tak bersambunganlah jawabnya.
Keesokkannya kitorang gerak ke Kota Bharu dari Tok Bali. Lunch dekat Nasi Ulam Kampung Kraftangan yang super duper famous amos tu. Layan giler makan nasi putih, budu + tempoyak, ikan keli goreng dengan aneka jenis ulaman especially ulam pucuk ubi!. Ngeee.. Yesza~.. I'm a Kampung Girl. And I really love kampung dishes!

Lepas makan, singgah ke Pasar Siti Khadijah. And since this is my personal second time to Kota Bharu, chek tak shopping sangat pun. Mak je yang beli beras nasi dagang. Itu ja! Hahaha.. Datang sampai ke Kelantan, itu aje yang dibeli? Oh ya! Budu tu wajib beli deh.



Dari Pasar Siti Khadijah, disebabkan cuaca panas yang amat membahang, we decided to visit our pak menakan yang duduk dekat Tendong. Abang sepupu mak. Lepak sat dekat rumah dia sambil tunggu cuaca redup sikit. Lepas beberapa jam dekat rumah pak menakan ni, abah ajak cari homestay terus. Nak rehat katanya. Maklumlah, abah yang drive sepanjang percutian. Tak mahu dia tukar turn dengan saya. Ailah~. Maklumlah, abah bawa hilux kalau atas lebuhraya memang laju ja dia pass dekat saya. Tapi, sebab jalan kampung dan jalan bandar, dia tak harap sangatlah. So, as decided. Kitorang cari homestay area Tendong tu dengan bantuan pak menakan ni. 

Malam tu, pak menakan bawa kami jenjalan dekat Wakaf Che Yeh. Al-maklumlah, dah dok gedik-gedik sangat nak tengok ghupa wakaf che yeh tu. What can i say, wakaf che yeh ni macam up town dekat Danau Kota dan Stadium Aloq Staq. Buka waktu malam, setiap hari. 

Eh, setakat tu ja kot cerita kami. Last day tu, kami tak ke mana pun. Pi jumpa kawan pencen abah dekat Machang, pastu singgah Bukit Bunga shopping sekupang dua lepas tu terus balik aloq staq lalu kot Gerik.




Sempat jugalah singgah cuci mata dekat Tasik Banding. And that's the end of our trip. Finally, we discover the whole penisular Malaysia even though not every inch of the country. Kihkihkih..

Sekian~
Selamat bercuti You allssss..