Showing posts with label Sendai. Show all posts
Showing posts with label Sendai. Show all posts

Episode 60: MSAJ Futsal

Thursday, July 3, 2014

たいかい bacaannya tai-kai.
Maksudnya tournament. Sehari sebelum Ramadhan hari tu, budak-budak Malaysia dekat Jepun ni atau spesifiknya dekat Tohoku Region ni adakan taikai futsal. Dan lokasinya adalah Sendai. Maka, mengembaralah kami sejauh lebih 100km menuju ke Sendai. Fiu~


Geng Onna cuma ada dua team je. Team Sendai lawan Team Yamagata+Iwate. Team Otoko ada empat kot. Kalau tak salahlah.. sebab nampak table 4x4 dekat tepi padang tu. (^___^)

 

Nampak dah macam sama budak je dengan budak-budak ni. Sedangkan saya dengan kak Ami tu geng tahun 80-an. Bebudak ni semua tahun 90-an. Beza juga umurnya.. Tapi, macam sebaya kan? hikhikhik...

Cerita pasal futsal?
Onna Yamagata dapat bronze. Otoko pula dapat silver. Oklah tu.. Tak pulang dengan tangan kosong. =D

Ohhhh.. saya tak main futsal tu.. sebabnya, saya "trauma" dengan game rebut-rebut bola ni. Kalau suka-suka, bolehlah main. Main pun suka-suka. Tapi kalau game dan taikai macam ni, memang taklah. Ganas masing-masing main. Hehehe... scary saya tengok. Sebelum tragedi lalu berulang, adalah lebih baik saya duduk diam di luar pagar. Bak kata mak, tak ada penyakit janganlah pergi cari penyakit. 
 



Episode 9 : Sendai Pageant of Starlight

Tuesday, December 10, 2013

It's December!
Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sangat je jejak bumi Nihon. Tapi rupanya sudah lebih sebulan di sini. Subhanallah, Indahnya perancangan Allah..
Semoga saya lebih istiqamah menyiapkan research. Amin..amin ya Rabb..

Oh ya! Hujung minggu yang lepas, sekali lagi saya ke Sendai.
Ngeee... Within this one month, dah TIGA kali ke SENDAI!
Gayanya macam dekatkan?
Tapi hakikatnya, YONEZAWA-SENDAI adalah sejauh 106km!

Ok.. Kali ni pergi Sendai bukan untuk Shopping ye kawan-kawan. Tapi sesaja nak join Program anjuran Malaysian Student's Association In Japan (MSAJ). Geng Onna anjurkan Program Masterchef and Charity Events.

Errr.. yang itu kita story kemudian ok! Tapi, nak kongsi ini:


Ok...habis je program ni, singgah rumah Kak Nik (Orang Malaysia dekat Sendai) untuk solat maghrib-isya'. Oh ya! Saya ke Sendai kali ini dengan Ami, Aki dan Khayra-Channnn.. Masa on the way nak ke rumah Kak Nik ternampak Illumination. Errr.. Light of Illumination. Serius! Memang cantik. Lagi besarrrr dari I-city Shah Alam! Kihkihkih..

Dannnnn...
Aki and Ami nak singgah situ. Katanya, dah alang-alang sampai!!
Yehaaa... I'm a happy girl!. Lalalala..
Tapi...al-maklumlah..orang tak ado dslr ni snap gambor guna handphone je.. Mohler layan sa dua gambaq yang sempat snap.





Love and Peace


ho.wa.i.to.pe-ji.e.n.to

Betul tak tau..
Yang pasti, dibuka mulai 6hb Disember sehingga 31hb Disember 2013.
Masuk adalah percuma. 

 

Oh yea! Nak poie lagiiiii..
Kali ni nak kena setting kamera betul-betul bagi dapat gambor cantik sket! Hehehe..
Kiranya, ini macam introlah...
Katanya banyak lagi yang belum dibuka.. Waiting for that!
Sendai! I'll come again!!
Ngeeee...