KEMPEN : Kami TAK Sambut Hari Valentine~

Friday, February 11, 2011

Assalamualaikum...
Hai..hai..hai..Sihat tak semua? Dah BW ke? Maaflah.. Saya tak sempat nak BW ke mana-mana blog rakan-rakan blogger. Wifi macam nak mogok je sejak dua menjak ni. Kadang-kadang macam bagi harapan je. Dan dah terasa nak menggunakan DiGi Broadband semula je.. hehehe..

Makanya..entrie kali ini adalah sebagai tanda sokongan saya kepada Kak Sakura Sunah .Sebagai tanda sokongan saya kepada kakak saya yang seorang ni, makanya, haruslah saya ikut serta dalam kempen ni. Kempen : Kami TAK Sambut Hari Valentine~


Ye.. Saya memang TAK SAMBUT. Pasal Valentine pun macam dah luput dari ingatan. Kalau tak buka internet, tak tengok TV, tak baca paper (urrr..dah macam dok dalam hutan pula..ngee) konfem sampai hujung tahun ni pun saya tak ingat valentine ni bila. Hahaha..teruk tak? Tapi, itu lebih baikkan? Daripada menyemakkan kepala otak mengingati tarikh yang tak penting ni. 

Hari Valentine ni, hukum menyambutnya adalah HARAM.. Anda tahu apa itu HARAM?? Saya tak keluarkan fatwa sendiri ok.. Ini apa yang saya dengar dalam HALAQAH. Hukum meraikan Hari Valentine itu adalah HARAM.. HARAM bagi kita yang mengaku diri adalah umat nabi Muhammad S.A.W. Buat apa nak buang-buang duit beli coklat, beli bunga dozen-dozen bagi kat kekasih tu?? Membazir namanya. Kalau dah rasa harta bertimbun banyak sangat, meh sedekah kat saya sikit.. hehehe..Silap. Pergilah Infakkan sedikit harta yang ada tu ke rumah anak-anak yatim ke, rumah orang-orang tua ke dan kepada mana-mana badan yang boleh memanfaatkan manusia lain. Dapat ganjaran pahala melimpah ruah. Tak Nak ke?

Saya tak mau ceritalah pasal Asal usul Valentine tu. Kalau saya tulis kat sini pun, dah macam copy cat blog orang je. Tapi, kalau insist nak baca pasal Valentine ni, jemputlah bertandang ke Sunah Suka Sakura dot com. Panjang lebar penerangannya. Memang tak rugilah kalau jenguk.

Nak cakap pasal Valentine lagi? Bila ek tarikhnya? Saya pun dah lupa. Memang tak berminat untuk mengingat dan tak de orang nak ingatkan pun.. ngee.. Tapi yang saya ingat 15hb Februari ni bersamaan dengan 12 Rabiul Awal adalah Maulidur Rasul. Jom pakat tolak Valentine ramai-ramai, kita pakat ingat dekat Rasulullah.. Nabi junjungan kita.

Tarbiyah yang berterusan perlu supaya meter keimanan kita tak jatuh ke paras negatif. Saya dah kata saya TAK Sambut Hari Valentine.. Korang-korang di luar sana macam mana pula?? Jom join kempen ni..

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Monday, February 7, 2011

Assalamualaikum..
Fuh, penat sungguh nak tunggu loading satu web. GPRS je. Tak lah laju mana pun. Sabar ajalah. Dah lama tak berblogwalking. Tak sempat. Penat nak tunggu loading satu-satu blog. Dan kadang-kadang tak penuh pun blog yang dipaparkan. Tapi, tadi tengok dekat blog i'm following, ramai rakan-rakan blogger yang dah join segmen En.Ben ni. Jadi, memandangkan masa masih ada, saya pun nak join jugalah..

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG! ANDA BAGAIMANA ??




Crawling In the Dark

Friday, February 4, 2011

I will dedicated and sacrifice my everything
for just a second worth of how my story ending
I wish i could know if the directions that i take
And all the choices that i make won't
end up all for nothing

Show me what it's for
Make me understand it,
I've been crawling in the dark
Looking for the answer
is there something more
That what i've been handed?
I've been crawling in the dark
Looking for the answer

Help me carry on
assure me it's ok to use my heart and not my eyes
To navigate the darkness
will the ending be ever coming suddenly?
Will i ever get to see the ending to my story?

So when and how will i know?
How much further do i have to go?
How much longer until i finally know?
Cause i am looking and just can't see
what's in front of me
in front of me...

Tak de pape pun.

Assalamualaikum..
Entrie pertama bagi bulan Februari 2011. Sebelum berceloteh lebih panjang..

Happy Chinese New Year !!!
To all my Chinese Friends and to those who celebrate CNY.. Happy CNY.. Semoga tahun arnab ini membawa rezeki yang berlimpah ruah untuk kalian semua.

Takziah kepada masyarakat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di Pantai Timur yang ditenggelami air akibat banjir yang melanda.

Kepada seluruh mahasiswa Malaysia yang terkandas di tengah pergolakkan politik di Cairo, keselamatan anda sentiasa dalam doa kami. Seluruh Malaysia mendoakan kepulangan kalian ke tanah air dengan selamat. Kepada pihak kerajaan, tahniah atas tindakan yang segera.

Ok.. Back to the topic. GPRS DiGi. Itu je yang termampu dapat di kawasan perumahan saya ni. Sedih kan? Satu Alor Setar saya pusing dengan mak dan abah semata-mata untuk mendapatkan prepaid broadband. Sebab nak siapkan assignment. Tak best pula kalau kena cari bahan kat Cyber Cafe. Tapi, bila dah jumpa, dapat GPRS je. Speed slow je. Tak dapat nak mengonline dengan jayanya. Tunggu saya balik UTM, nanti saya balas semula semua kunjungan anda.

So, enough for today. Matlamat beli broadband untuk menyiapkan assignment. Nanti kalau ada rezeki lebih, pujuk abah pasang streamyx kat rumah pula..ngee.. Bubbye.. Jumpa lagi minggu depan..