Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Episode 39: ドケルバン病

Wednesday, April 30, 2014

ドケルバン病

do-ke-ru-ba-n ya-ma-i

Bahasa inggeris mudah faham adalah "Dokeruban Disease"
Apa ke bendanya semua ini???

Ok..ok.. jom saya kongsi benda berilmiah sikit. Asyik merapu-merepek je kan? Ngeee...
Ada satu hari tu, sakit dekat pergelangan memang dah tak mampu dibendung lagi kesakitannya. Nak buat angkuh dan ignore rasa sakit pun dah tak mampu. End up, masa lunch hour g klinik ortho yang tak jauh dari gakko. Disebabkan ini lawatan kali kedua (yang pertama lepas tergolek atas ais musim sejuk yang lalu), rekod dah sedia ada dekat klinik tu.

So, ikut procedure kena x-ray tangan dulu. Lepas tu baru consultation dengan doktor. Well, the consultation session is the hardest part. Isha (medical doktor) boleh speak english light-light je. Saya pula macam kebengongan nak cerita dekat doktor apa yang sakit. Sebab tu jadi the hardest part. Mihmihmih..

 

Penerangan dalam website ni lebih kurang macam yang doktor ortho bagitahu. Siap dia bagi pamplet pasal penyakit ni lagi. Hiu..hiu..

 

Nak cerita detail pasal penyakit ni, memang saya pun tak reti sangat. Cuma yang saya faham, disebabkan penggunaan ibu jari secara berlebihan (dan mungkin disebabkan saya banyak menggunakan laptop) menjadi penyumbang terbesar kepada kesakitan yang saya rasai. Sedih r gini.. Habis je winter, macam-macam penyakit keluar.

Eh..eh..
Istiqfar sara. Penyakit tu kan satu ujian juga. Jangan mudah leka deh.
Oh! berbalik pada cerita penyakit tadi. Eheh..
Doktor perubatan bagitahu, kalau severe a.k.a teruk sangat sakitnya, biasanya diorang akan bagi sejenis anaestatic yang dicucuk pada pergelangan tangan. Fiu..fiu.. ngeri pula dengarnya.

Dan kalau tak sembuh juga, ultimate way adalah pembedahan pada pergelangan tangan. Gulp! Telan ayaq liuq terus time ni. Chek tak mau lah sampai kena bedah. Jauh kot dari mak ayah. Dah lah tangan kanan pula tu. Mahu take time nak pulih kan? Isy..isy..isy.. Allah, minta jauhkan dari musibah besar itu..


Doktor bagi painkiller dengan ubat apa ntah. Lepas tu siap bagi koyok lagi. Isy, malasnya lah nak makan ubat kan? ENd up, doktor suh makan sehari tiga kali saya makan sehari dua kali je. hehehe... Lepas dua hari terus tak makan ubat dah.. Hahahaha... Lepas tu, mengadu lagi sakit tak hilang. Bila terlupa yang tangan sakit, terus buat macam-macam kerja sampai lupa nak rehatkan tangan kanan. Ngeee.. my mistake too.

Bagitahu mak. Mak cakap tuam dengan tuala panas. Rendam dalam ayaq hangat, tak pun panaskan dengan seterika. Option yang pertama tu susah sket, sebab bila rendam dalam ayaq hangat, tuala pun jadi hangat susahlah nak pegang kan? Jadi, saya pun kemalasan untuk berubat. Saya biarkan aja. Sambil pakai koyop yang doktor prescribed tu. Tapi lepas tu, end up tangan sakit yang menjadi-jadi sampai tahap kebas tangan kanan. Ok. masa ni memang rasa nak nangis. terus teringat dekat mak. Ambil iron, panaskan. Lepas tu cari tuala kecil. Dan panaskan dekat iron tu, tuam dekat pergelangan tangan kanan. 

Masa letak tu memang sakit. Fiu..fiu.. Janganlah sakit melarat. Tak nak jumpa doktor dah. Tak nak makan ubat. Tak best. Perlahan-lahan tuam, ulang dua tiga kali. Sakit macam dah surut sket. Esoknya dan sampai hari ni ulang buat lagi. Tuam tangan. Maklumlah, banyak kerja nak buat dengan tangan kanan sebab saya dominan tangan kanan.

Nak makan, nak masak, nak menulis hatta nak menaip dan menganalisis data guna komputer. Semuanya perlukan kepantasan tangan kanan. Jadi, haruslah kena bagi sihat seperti sedia kala kan?

 

Sakit giler bila doktor suruh buat cenggini. Fiu..fiu..

Eh, oklah! Tangan baru nak ok g menaip banyak-banyak pula kan? Kang melarat lagi, sendiri yang susah.
Bye!

Oh ya! Salam 1 Rejab you alls..

"Ya ALLAH Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan"
H.R Baihaqi 
 
 
 
 

 



Episode 28 : Patchwork untuk kotak tisu

Monday, April 7, 2014

Aktiviti hujung minggu.

 

potong kain. jahit kain.
Kalau suruh buat baju kurung memang mengalah awal. Biarlah emak dengan kakak je yang gigih menjahit baju tu.
Saya?
Treasure and explore satu lagi cabang hobi yang mudah dan santai.
Quilted. Patchwork.

Kalau zaman tok nenek mak kita dulu, popular benda macam ni. Maklumlah, camtu je kain perca lebih-lebih tu, buat selimut. Tak pun buat alas tilam.
Tapi, untuk tempoh dua hari di hujung minggu, saya cuba rehatkan otak dengan mencuba ini:

 

Fungsi dia?
Sarung Kotak tisu.
Weee...

Ok. Malas nak story panjang. Banyak kerja tak siap-siap.
Bye! 
 
 



Sesekali....

Thursday, August 15, 2013


Sesekali berterima kasihlah..
Pada payah pengalaman
Kerana ia adalah kuliah kehidupan..
Dari kampus alam memberi ijazah berani...
Bagi mendewasakan diri..

Sesekali berterima kasihlah..
Pada luka kekecewaan
Kerana parut hitamnya telah mengenalkan erti kesakitan
Untuk membuatkan diri..
Lebih berwaspada di perjalanan..

Sesekali dalam hidup..
Kita perlu merenungi dan berterima kasih..
Pada sekian banyak perkara..
Yang menemukan kita pada hakikat..

Tak semua harapan itu akan menjadi nyata
Seperti juga tak semua yang nyata itu adalah harapan kita..

-Keris Mas-
Ditulis semula..
Dan diolah ke dalam bahasa Inggeris


Sometimes We Should be Thankful

Be grateful once in a while,
For the experience gained through the sweet and sour of life..
For the knowledge about life..
That give courage and  maturing oneself

Be grateful once in a while,
To the hurtful and upsetting wound to the dark scar it left..
That teaches the meaning of pain
to be wary through the long journey..

Once in a while,
Go through it and be thankful..
For the whole things occur
That met us with reality
not all hope will be real..
As not all the reality is what we hope for..

KMPP 06/07
f2p3



Sketsa malam すいようび

Thursday, March 28, 2013

"Kenapa ni?" Tanya boboy bila dilihatnya gugurl seolah-olah dalam kesakitan.

"Sakit perut." Jawapan selamat dari gugurl setiap kali boboy tanya.

"Pergilah tandas." Usulan boboy membuatkan gugurl hangin satu badan. Emo bertambah-tambah. 

"Bukannya sakit perut sebab nak uhuk.." Perlahan gugurl menjawab. Mata dah berkaca. Tunggu saat je nak mengalir..

"Dah tu?" Sekali lagi boboy bertanya. Susahnya nak faham perempuan. Kenapa tak berterus - terang je?

"Saya nak balik!" Tinggi suara gugurl menjawab. Biasalah.. bila "teman baik" datang mengunjung, memang emo satu badan. Tetiba rasa nak marah.. Tetiba rasa nak menangis.. Tetiba semua prarasa nak diekspresikan..

"Ok." Boboy tak memahami. Sebab bukan dia yang mengalami. Mungkin dia pernah mempelajari. Tapi praktikalnya tak sama macam teori!

Lepas dah kahwin..

"Awak sakit apa sebenarnya?" Boboy bertanya lagi. Muka gugurl dah merah menahan malu. Nak berselindung, boboy dah jadi suami. Bukan kawan-kawan macam dulu lagi.

"Boleh tolong saya?" Mahu atau tidak, dia dalam kecemasan. Kalau bukan si suami, pada siapa lagi hendak mengharapkan pertolongan fizikal yang satu ini?

"Tolong apa?" Soal Boboy. Soalan yang ditanya tak dijawab. Sebaliknya dibalas dengan soalan memohon pertolongan.

"Belikan saya roti kering.." Merah muka menahan malu. Cukup punya susah nak sampaikan maksud.

"Roti kering? Laa... awak lapar ke?" Balas boboy. Tak tahu pula gugurl lapar sampai mata dah berkaca tunggu saat je nak berderai..

"Bukanlah.. Tolong belikan saya pad.." Ujar Gugurl membetulkan salah faham boboy.. Kenapalah lelaki susah nak faham?

"Pad? Apa benda tu?" Soal Boboy sambil buat muka blur. First time dengar. 

"Ala..yang perempuan pakai bila datang bulan. Saya punya dah habis stok." Jawab Gugurl. Menebal rasa malu bila perlu berterus terang tentang itu. Boboy mengangguk. Mungkin tak berapa faham, tapi baik buat-buat faham.

Sampai di kedai..

"Banyaknya.. Kotex, Intimate bla..bla..bla.. Mana satu yang gugurl nak?" Terlalu banyak pilihan sampai susah nak buat keputusan. Ada banyak jenama, berjenis pilihan. Boboy mencapai dua tiga pilihan sebab sangat sukar membuat keputusan.

Sampai di rumah...

"Banyaknya.. Nak buat apa ni?" Soal Gugurl terkejut. 

"Hadiah dari boboy untuk gugurl." Boboy mula bercanda. Seharian ini Gugurl asyik Emo. Sindrom kedatangan "teman baik" katanya. Gugurl menahan malu..

"Tapi kenapa yang ini ada sayap?" Soal Boboy sebelum sempat Gugurl berlalu ke tandas. Gugurl terdiam. Muka merah menahan malu. Apa jawapan yang boleh gugurl beri?

Kenapa lelaki tak memahami? Perlu ke bertanya itu dan ini? Sedangkan ada soalan, gugurl sendiri tak tahu jawapan..

Kenapa perempuan tak berterus-terang? Sedangkan ada perkara bukan mudah itu ditebak dan difahami boboy tanpa penjelasan..


p/s : Ini namanya pengaruh novel melayu. Sebab hakikatnya, entah! Hanya yang pernah melalui situasi itu sahaja yang tahu kebenaran.

Kata gugurl : Untuk memahami, bukan hanya dengan menyusun 1001 persoalan. Sebab kadang-kadang, 501 persoalan itu gugurl tak ada jawapan..

Kata boboy : Kalau apa yang terkandung dalam hati boleh di-scan atau dix-ray, pasti mudah untuk boboy memahami apa yang terbuku.

Till then,
XoXo
  



Jenjalan dengan Train!

Friday, August 24, 2012

 

Lalalalalala...(^o,^).. I'm home!
Selepas hampir 9 jam di atas kereta api tanah melayu.. Ohsem! 
This is not my first time naik train. Yup! Dah pernah naik kecik-kecik dulu. And looks like nothing had change! The train. The bed coach. and even the station! Everything look same! Sama seperti yang saya pernah naik few years back!.

Bezanya, dulu naik train dengan mak, abah, kakak dengan adik. Sekarang, travel lone ranger.. Sensorang je.. 
Dari KL Sentral, pukul 9.05 pm dah mula masuk ke koc. Mencari-cari juga gerabak L8 nya. Jalan punya jalan..perghhhh..Gerabak terakhir menanti! Sabau je lah.. Hujungnya tempat tu. Masuk koc, cari bed pula. Saya ambil bed bawah. Senang! Niatnya, sebab nak tidoq all the way back to Aloq Staq! Ngee..

Rupa-rupanya, KTM kat mesia ni masih ada bunyi "pomnnnn..ponnmmmm.." sebelum keretapi bergerak meninggalkan stesen.. Perlahan..perlahan.. KL Sentral ditinggalkan..
Dan bermulalah perjalanan ke utara..

And the rest is history..
Sampai di Stesen KTM Alor Setar pukul 7.16am seperti yang dinyatakan dalam tiket train.
Yang pasti, keretapi ni berhenti dekat Bukit Mentajam. Lama jugalah. Time sahuq. Me? Sahuq dengan KFC yang beli dekat KL Sentral sebelum naik keretapi tadi.. Ngee... ohsemkan?? Menu bersahur yang paling mewah di bulan Ramadhan ini! Muahaha...

Syukur...
Ha! one more thing! Tandas keretapi tidak boleh digunakan ketika keretapi berhenti. Tapiiiii...disebabkan dah terbiasa naik bas, masuk tandas waktu bas berhenti, saya pun masuklah ke tandas keretapi. Selesai semua urusan, baru perasan ada nota "Jangan menggunakan tandas ketika keretapi berhenti!"
Muahahaha... Lambat jumpa note.. Selamattt..

^^<
 





Iftar Postgraduate MJIIT

Thursday, August 2, 2012


Salam Ramadahn semua.. Hai! Lama tak jumpa..eheh..Dah masuk minggu ke-2 kita berpuasa. Masih kuat untuk berpuasa di hari-hari seterusnya? Weee..Ganbatte ne~.. Ramadhan hanya sekali setahun. Haaa..hari ni nak share kisah beriftar beberapa hari yang lalu.. Alhamdulillah.. Segala-galanya berjalan seperti yang telah dirancangkan. Terima kasih ALLAH. Lebih kurang pukul 4.10, kami gerak dari UTM kampus KL. Nak pergi Shah Alam. To be honest, this is my first time..=D

So, jalan sesak ke tak sesak memang tak tahulah kan.. Dari UTM, kami masuk Duke dan terus ke Federal Highway. Tak hengatlah pula berapa kali bayar tol. Tapi, tersangkut juga dalam jammed habaq kat ang! Fuhhh.. mengantuk hambo dibuatnya.. Mujur jadi penumpang. Kalau jadi pemandu? Ado juga yang terlelap seketika.. Memang gua salute sama lu orang yang hari-hari redah jammed untuk sampai ke destinasi masing-masing..(^^,)
 

Ha! kenapa pergi jauh-jauh sampai ke Shah Alam? We all ada iftar (31hb Julai 2012). Dengan mereka-mereka ni. Iftar Postgraduate MJIIT. Berbuka di O-shima cafe. Restoran makanan jepun! Wee.. Buffet untuk Ramadhan cuma RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Berbaloilah.. Ada Japanese Rice (tapi tak ambil pun), ada ikan bakar (apa bahasa jepun dia ek?), ada juga miso sup (tapi tak berapa gemor), ada chicken fillet (entah apa ke nama jepunnya). Dan seharusnya adalah aneka sushi dan kicap yang sangat masin tu! Wee..

Haaa.. tak lupa juga.. Ada Udon dan Ramen.. Both, not badlah.. cumanya saya jadi kurang teruja bila dalam ramen tu ada tauge. Well, i dislike tauge! Hahahaha.. Dan, katanya ramen lagi pedas dari udon, tapi bila makan rasanya mee maggi kari kita lagi pedas dari ramen tu.. hehehehe.. Bianata.. SUmimasen.. Apa-apa pun, terbaik. Kenyang perut orang yang suka makan macam saya ni.. Nyum..Nyum..
 

Mungkin ada yang dah tahu. Tapi, bagi yang belum tahu..O-shima cafe ni letaknya di luar Plaza Alam Sentral Shah Alam. Jadi, sementara menunggu waktu berbuka, kami-kami pun berjalanlah sekitar situ. Masuk SACC Mall, jenjalan cuci mata dekat PKNS Shah Alam. Alang-alang dah dekat kan? Memang terbaiklah kalau nak shopping raya dekat area-area ni. Pilihan dan harganya berpatutan.. Fuhhhh.. Nak g lagi aci tak? ari tu tak sempat beli baju raya..weee...

Eh, malam ni nak berbuka apa pula ek? Urmmmmmm... Salam Ramadhan dan selamat berbuka kawan-kawan..~
 







7 Ramadhan

Friday, July 27, 2012

Asssalamualaikummmmmmmm.....

Salam Ramadhan.. hari yang ke-tujuh? kan? Lepas maghrib ni masuk hari ke-8. betul tak? Urmmm..dah lama tak bercerita pasal diri sendiri.. Sebab tak tahu nak story apa. Itu yang penuhkan blog dengan Love Letter, Sejarah Islam dan topup Iman. Sekurang-kurangnya mendatangkan manfaat buat diri sendiri dan juga orang yang singgah membaca. Ye tak? Hari ni buat cerita ala-ala, aku dan 7 ramadhan yang berlalu? Wohoooo....

Haaa... kenapa ada column Love Letter? Apa ke bendanya Love Letter tu? Ha! Memula dulu, saya pun konpius. Tengok alim, ulama. Pakai tudung labuh bagai tetiba dialog mereka, 
"Dik, dah baca love letter hari ni?" Dalam hati saya yang tak berapa nak solehah sangat ni dah pikir kot lain.. Ek eleh.. dok tak dok Love letter yang korang nak baca. Agak-agaklah.. Habis aku yang tak ada pakwe ni nak gapai love letter tang mana?? Hehehe.. giler kesian kan? Rupa-rupanya salah faham!

Love letter mereka lebih indah. Surat dari kekasih hati yang agung. Semua dari kita ada. Cuma tak pandai nak hargai je. Siap main campak-campak lagi love letter yang diberi. Masa tu mulalah datang kesedaran diri! Aku pun ada DIA. Ayat-ayat cinta dari DIA lebih bermakna. Lebih teratur setiap susun atur ayatnya. Kenapa aku tak nak hargai Love Letter dari DIA? Love Letter inilah yang buat hati aku sentiasa tenang saat jiwa resah. 

Ada tu, kita rasa kenal sangat dengan ayat tu. Tapi, tak pernah tahu maksud di sebalik ayat tu. Kita baca dalam solat. Kita baca dalam doa. Tapi sungguh! Kita tak tahu maksud ayat itu. Dan lebih sedih, kita tak berusaha untuk ambil tahu erti dan maksud di sebalik ayat-ayat itu. Jadi, Love Letter dalam blog saya ini adalah untuk saya write down every single word yang saya tahu ayatnya tapi saya baru tahu maksudnya. Untuk perkongsian kita bersama. Semoga memberi manfaat kepada kita..=D

Pendekatan yang boleh di ambil sekarang, sambil kita baca al-quran kita baca juga maksud di sebalik ayat-ayatnya. Sungguh! Bila kita ikhlas membaca, tanpa disangka ada air mata yang mengalir saat maksud ayatnya kita cuba fahami. (^o,^) 

Ok..dah nak berbuka kan? Selamat berbuka semua..
Salam Ramadhan...



I'm doing this!

Wednesday, July 11, 2012



Eheh...nampak ke?? halus je kan? pepandailah ek nak besarkan macam mana pun.. Nak pakai contact lens(?) ke, kanta pembesar ke, apa-apa jelah termampu...
Tapi, apa yang nak di khabarkan hari ini...saya tengah buat menatang ni!
Macam hebat je kan? Sedangkan toolbox je..ahahaha... yang gambor toolbox tu tak mau letak!

Live from AMDI, USM Pulau Pinang,
Bandar Putra Bertam, Kepala Batas...

Psssttt::// Semalam balik rumah sat! Tidoq kat rumah sendiri yang ala-ala home sweet home tu.. Lepas tu pagi tadi, vroooommmm to BERTAM.. Keretaku lari gagah berani.. Oooopppsss...salah statement! Kereta abahku lari gagah beraniii...hahahaha... Hari ni dengan esok buat macam kereta sendirilah kejap ek kereta abah tu..ahahaha...=D
 




"Mesra Wanita"

Monday, June 18, 2012

M.A.S.J.I.D

Ok.. topik kita pada malam ini adalah masjid. Lengkapkan slogan di bawah. Tiada patah perkataan untuk dikira...

"Saya prefer masjid yang......."

Wahhhhh...gitu.. Ok2x.. saya tahu jawapan yang paling famos amos mestilah masjid yang suka buat majlis-majlis ilmu, tak pernah lekang dari solat berjemaah, ada bacaan ayat al-quran terutamanya sebelum masuk waktu solat, ada qiamullai setiap minggu dan etc. Okkkk..itu jawapan dari sudut pengisian rohani kita.. Sekarang jawapan yang saya nak cari adalah dari segi kemudahan kepada kita. Contohnya, macam sayalah...

Saya lebih gemarkan masjid yang menyediakan kemudahan wudhu wanita dan ruang solat wanita dalam satu ruang lingkup. Errr... maksud saya, tempat wudhu wanita dan ruang solat tidak dipisahkan dengan kawasan jemaah lelaki. Errrr...faham tak?

Senang cerita, saya sukakan masjid atau surau yang bila nak pergi ambil wudhu' tu, tak perlu dah lalu dekat kawasan yang ada lelaki. Contohnya surau dekat kawasan RnR... Haaa... itu memang terbaiklah. Kenapa? Yelah... Kita ni perempuan. Bertudung pula tu. Jadinya, bila nak ambil wudhu' mestilah nak buka tudung, buka anak tudung, naikkan lengan baju dan lengan kaki(?). Betul tak? Lepas berwudhu' tu, konfem-konfemlah basahkan? Especially kawasan muka dan ubun-ubun. Jadinya, bila tempat wudhu tu terpisah dari tempat solat, pahtu kena pula lalu kawasan yang ada jemaah lelaki, agak rumitlah jadinya. Takkan muka basah-basah nak sarung tudung teruskan? Sememeh je ghupanya. Dah tu, takkan nak jalan selamba badak je tak tutup kepala pula kan??

Tapi... tak banyak masjid yang "mesra wanita" macam ni. Kebanyakkannya, ambil wudhu' hujung belah sana, pastu kena lap kering-kering air tu, baru pakai tudung lepah tu berjalan ke hujung sinin pula untuk ruang solat wanita. Memang take time sungguhlah dekat tempat ambil wudhu tu sebelum nak boleh pergi sembahyang. Tapi, ada juga beberapa buah masjid yang saya suka. Sebab mereka "mesra wanita". Contohnya masjid dekat KEM PGA tempat saya belajar dulu. Sampai je masjid, buka tudung dengan sarung kaki, letak tepi pahtu g ambil wudhu. Selesai ambil wudhu' terus angkut tudung n sarung kaki, blah naik tempat solat dekat tingkat atas . Tak payah risau-risau nak tutup kepala takut orang lelaki nampak dan basahkan tudung pada masa yang sama. Eheh.. Tapi dengan syarat, pintu tepi itu ditutup!..

Lagi? Haaa...masjid UTM! Pun best juga. Memang "mesra wanita". Tapi masjid UTM dekat Skudai tak berapa nak mesra wanita. Walaupun ruang wudhu' nya sudah privasi, tapi ruang solatnya ada CCTV dong! Untuk keselamatan katanya. Jadi, selesai ambil air sembahyang kering-keringkan dulu di tangga kemudian pakai kembali anak tudung n tudung sebelum melangkah masuk ke ruang solat itu! Dan lepas solat, tak boleh sewenang-wenangnya membuka tudung untuk bebaskan rambut supaya "bernafas" seketika. Susahkan? Tak mesra wanita!.. Ehehe

Honestly, kita yang bertudung ni bila masuk waktu untuk solat... itulah masanya kita nak bagi ruang dan peluang rambut untuk bernafaskan? Ye tak? Sebelum mahupun selepas solat. Sebab, waktu-waktu lain rambut kita sentiasa di dalam serkup dan tudung kepala. Jadi, bila kawasan wudhu' dan ruang solat wanita sangat jauh, tipislah peluang dan ruang itu.. 

Urmmmm... ini sekadar pendapat saya sahaja. Jangan pandang dari sudut pengisian rohani sebab hari ni saja nak tukar topik perbualan berkenaan masjid. Bolehkan? Kalau ada yang tahu mana-mana masjid yang "mesra wanita" ni, bolehlah kongsi-kongsikan. Sharing is about caringkan???? Tapi kalau nak kongsikan aktiviti-aktiviti rohani di masjid pun apa salahnya..

Guuuuuddddd niiitttteeee....!!!!!
 



Seindah Sakura malam ni last episod!!!

Thursday, June 14, 2012



Perghhhh... dasat laju yang fans chatbox tu.. sabaq ja chek. sampai pening kepala. Apa-apa pun, jom kita layan ending cerita ni.. Walaupun i tak lah follow sangat drama ni, tapi ending haruslah tengok! ahahaha... By the way, both Fasha and sharmilla do a good acting dalam drama ni..

Cuma satu jelah yang tak berkenan.. Kot ye pun ko tak suka  kat diorang sebab nampak diorang gedik ke apa ke, tak payahlah pergi menyemak dekat chatbox fans tu.. Dah jelas-jelas dia tulis situ Fans Chatbox. Ko nak keji-keji dia buat apalah.. Serabut juga saya tengok chatbox tu. Eheh.. Tak suka, kita diam je.. Kita bising-bising dekat situ tak pasal-pasal terbuat "dosa" nanti.. Hehehehe...Tambah pula benda tu live.. Alahai, siannya hambo tengok riak muka diorang bila orang kata yang buruk-buruk dekat diorang. Serius beb! Tetiba muka mereka berdua macam kelat sedikit. Public place, kita respect jelah person tu.. Eh, aku pun masuk mood bising-bising juga ke?? Tak..tak.. Just nak promote juga.. Malam ni kita layan episode akhir Seindah Sakura.. Tengok Fahrin Ahmad! hahaha..




Working Memory??

Wednesday, June 13, 2012




Hahaha...sama serabut macam orang tu.. 
Kertas journal bersepah!!
Isnin depan presentation!!!
1st evaluation for fast track..
 
"Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku dan urusan kawan-kawanku.."
 
Semoga semuanya berjalan dengan lancar..
Aja-aja fighting!!
 



Terima Kasih CIkgu!

Wednesday, May 16, 2012



Kalau 18 tahun yang lalu, terkedek-kedek turun dari motor dan berjalan masuk ke kelas. Ustazah sambut dengan senyuman. Seawal pagi, tudung putih atas kepala terletak indah. Baju putih kain hijau yang emak seterikakan, nampak cantik. Beberapa jam kemudian, tudung mula kelebeh sana sini, nak buka ustazah kata jangan. Baju dan kain mula berkedut-kedut. Dah sememeh orang tua-tua cakap. Tapi, tak apa. Yang penting alif ba ta pak aji mata buta dah berjaya khatamkan. Terima kasih Ustazah!

Kalau 17 tahun yang lalu, seronok pakai baju putih kain biru tua. Oh ya! tak lupa juga tudung sekolah warna putih. Pergi sekolah naik trak tentera. Berebut-rebut nak duduk seat yang paling luar sebab kena angin, sejuk. Belum mula waktu belajar lagi, tudung dah mula mengelebeh. Setiap kali cikgu masuk, kecut perut. Sebab pembaris panjang tak pernah lupa. Sifir tak hafal, tangan jadi mangsa. Grammar tak lepas purata, pun tangan jadi mangsa. Tapi, hari-hari pun nak pergi sekolah. Hari-hari pun nak buat origami. Biar cikgu cakap sorang-sorang. Nanti bila pop kuiz, konfem tak buleh jawab, aci tadah tangan jelah.. hahaha...

Kalau 12 tahun yang lalu, gembira riang raya sebab dapat keputusan UPSR yang diluar jangkaan. Kata orang putih, itulah turning point dalam hidup. Gembira sebab dapat Matematik A tapi sifir yang 12 tu sampai sekarang pun tak pernah berjaya hafal!. Cikgu gembira. Jumlah keseluruhan yang dapat A di luar expectation mereka. Cikgu peluk cium ucap tahniah. Saya masih terkebil-kebil sebab tak percaya. Kawan-kawan silih ganti ucap tahniah. Saya terkebil-kebil lagi. Cikgu memang terbaiklah. Cikgu didik saya sampai berjaya dapatkan A yang banyak tu. Oh ya! tak lupa juga untuk cikgu tusyen saya. 

Kalau 11 tahun yang lalu, terkedek-kedek bawa beg masuk asrama. Bila lambai tangan dekat mak abah, air mata mencurah-curah ke ladang gandum. Oh aku masuk asrama!. Minggu orientasi, kenal kawan. Kenal cikgu. Kenal warden. Daripada tak terror jawab soalan matematik, cikgu ajar sampai terror. Daripada tak pandai tulis karangan apatah lagi penanda wacana dan unsur kematangan, cikgu ajar sampai pandai. Bukan setakat pandai tulis karangan, sastera hikayat malim deman pun dah jadi hafalan. Eheh.. Dari tak reti langsung-langsung speaking mat saleh orang putih, cikgu ajar sampai kenal 1 Husband 5 Wife. Daripada tak tahu macam mana pokok hasilkan oksigen, cikgu tunjuk ajar macam mana proses fotosintesis berlaku. Celik mata, celik minda. Oh... berudu yang aku main-main dulu tu anak katak rupanya. Ingatkan spesis ikan yang boleh dimakan. Patutlah emak marah-marah bila nak bela berudu dulu.!

Kalau 8 tahun yang lalu, rasa kekok je nak belajar fizik, kimia, biologi, matematik tambahan. Dalam hati, apakah banyak sangat subjek? sains juga kan? Tapi, cikgu tak jemu tunjuk demo dalam lab walaupun hakikatnya pakat dok "SMS" atas meja makmal. Cikgu tak jemu cari dan himpunkan kertas soalan dari seluruh negara hanya sebab nak bagi murid-muridnya extra kerja. Cikgu tak jemu-jemu fikir design button comel-comel hanya sebab nak hargai kecemerlangan murid-muridnya. Cikgu tak pernah kisah masa dan wang untuk iring murid-muridnya pergi ke sana-ke sini. Dan cikgu tak pernah lokek memberi senyuman dan semangat saat hati merasa ke bawah(down). Hasilnya, murid-murid yang tuai. cikgu senyum selalu.

Kalau 6 tahun yang lalu, baju putih kain khaki tidak lagi termasuk dalam senarai beli belah barang sekolah. Tiada lagi buku sekolah yang nak dibeli. Habis sudah zaman sekolah. Tapi pembelajaran belum terhenti. Berjumpa lagi cikgu matrik. Cabaran cikgu saya sahut. Hasilnya, saya gembira cikgu ikut tersenyum. 

Saya melangkah pula ke universiti. Gembira. Tapi saya tahu cikgu-cikgu saya yang sebelum ini lebih gembira. Anak didik mereka melangkah ke menara gading. Pensyarah pun cikgu juga. Daripada terkebil-kebil melihat litar yang macam tak pernah jumpa tu, sampailah mampu mengenal transistor, resistor dan kapasitor. Hasil tunjuk ajar pensyarah. Daripada tak tahu pun apa itu kerjaya, pensyarah membuka ruang dan peluang. Belajar tanpa kenal erti jemu..

Dan sekarang, di sini saya. Siapa saya hari ini, merekalah yang banyak membantu mencorakkannya. Tanpa tunjuk ajar dan ilmu yang mereka berikan, siapalah saya tika ini. Mungkin saya tidak di sini. Mereka insan yang sentiasa ingin mencurahkan ilmu buat kita. Terima kasih cikgu! Terima kasih atas ilmu, didikan, dorongan dan kasih sayang yang engkau berikan selama kami bergelar pelajar.

Buat cikgu-cikgu seluruh Malaysia, terutamanya cikgu-cikgu yang pernah mendidik dan mengajar saya, Selamat Hari Guru saya ucapkan.(Special thanks to Cikgu-cikgu MRSM PDRM : Cikgu Roslaini, Cikgu Anuar, Cikgu Fauziah, Cikgu Wan, Cikgu Chempaka, Cikgu Azizan, Cikgu SHafiza, cikgu Suriani, Teacher Mardziah, Cikgu, cikgu, cikgu dan semua cikgu-cikgu yang tak tersebut namanya).Terima kasih cikgu!. Selamat hari guru juga buat pensyarah-pensyarah seluruh IPTA/IPTS terutamanya pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Anda juga seorang cikgu. Dan Selamat Hari Guru buat kawan-kawan yang sudah pun bergelar guru atau yang bakal bergelar guru. Teruslah menabur bakti, mencurah ilmu dalam membentuk generasi yang akan datang.

Terima Kasih Cikgu!




Seronok bila diajar..

Friday, April 20, 2012

Hajimemashite...

Assalamualaikum...

Seronok rasanya bila ada yang sudi mengajar walaupun perkara itu kita dah tahu lewat pembacaan-pembacaan yang dibuat. Seronoknya bila diajar one to one. Lebih dekat dan lebih faham. Meskipun agak sukar untuk difahami pada permulaannya dek ascent yang digunakan tapi bila cuba memahami... "Hait! Wakarimashite!"..


Selama ni memang belajar pasal neuroscience sendiri-sendiri. Maklumlah orang kata research ni kena banyak workout sendiri. Tapi since my background knowledge only about anatomical brain, it's quite difficult to really-really understand it!.  But then, today is difference. Saya bertemu seseorang yang sudi menerangkan dan mengajar apa yang saya tidak tahu selama ini. Mengajar apa yang saya tahu tapi tidak saya fahami. Jadi, hari ini sedikit sebanyak saya diajar untuk memahami apa yang telah saya baca dan dalami sebelum ini. Arigato ne~..

Ok.. mood cantik hari ni... Nak cari model otak ni sebiji. Boleh study secara 3D.. idaklah focus pada gambar 2D semata-mata.. eheh... Research oh research.. berdampinglah selalu denganku agar tak hilang di ingatan.. Tak luput dek minda.. Kekallah kamu-kamu sekalian di dalam memori jangka panjangku..

Konnichiwa minnasan~..



Semalam hujan lebatttt..

Wednesday, April 18, 2012


Assalamualaikum....

Dear bloggie.. 
You want to know something? Semalam, dan semalam dan semalam.. bumi KL sentiasa di basahi hujan di sebelah petang. Hujan bukan calang-calang hujan. Bak kata Nisa kawan saya tu, hujan pun tak nak kalah.. Nak turun lebat-lebat. Kalau minggu lepas boleh juga buat azam baru nak datang pukul 8.30pagi nak balik pukul 5.45pm sebab pukul 6pm terus pergi makan. Tapi minggu ni... ermmmm..kena balik awal dari biasa. Nak elak hujan..

Dear bloggie...
Semalam, masa keluar dari CAIRO langit dah kelam.. tapi belum hujan lagi. Elok je masuk dalam kereta dan menuju keluar dari UTM, hujan pun turun. Setitis. dua titis.. Dan bertitis-titis hujan turun membasahi bumi. Bukan hujan je.. Pakej dengan angin lebat.. Fuhhh... Petang semalam tak ambil jalan biasa.. tapi tak adalah guna jalan yang luar biasa pun. Ambil jalan dekat gurney height tu, tembus Datuk Keramat, lalulah kawasan simpang ke setiawangsa. Ala, depan kem tentera tu. Dan nak tahu apa yang berlaku?

Sama dengan lebatnya hujan dan petir, traffic light dekat simpang empat utama itu terpadam! Owh damn! Jalan dahlah sedia sesak kan? Semua pun tak nak mengalah. Paling menakutkan bila bas sekolah warna kuning yang besar gabak tu pun ikut mencelah. Tahulah dia besar kan? Kami yang dok dalam kereta pula risau bila tengok penunggang motorsikal mencelah-celah di antara kenderaan 4 roda ni.. Fuhhh...

Janganlah berlaku kemalangan depan mata kami.. Tolonglah.. Hati-hati! Mencelah dan mencelah, akhirnya berjaya juga keluar dari kesesakan kereta yang nak ke macam-macam arah tu.. Lega! Tapi.... Hujan pula semakin lebat. Angin juga kencang. Tak nampak jalan.. Fuhh..risau. Mujur bukan saya yang memandu. Heee.. tapi cuak jugalah.. Eheh..

Dear bloggie...
Semalam take away set dinner double cheeseburger with large coke. Ahah.. Large lah konon kan? Sampai dekat hostel dah tinggal separuh cawan je.. Dek hujan yang lebat tu, kami masuk ke carefour wangsa maju. Bukannya nak shopping apa pun, cuma nak cari makan je.. Sebab hujan lebat tak boleh nak mencari makanan dekat luar kolej tu.. Tempias dek hujan..

Dan semalam juga, rasa pelik bila tengok pintu belakang kolej tutup awal. Err.. sebelum ni masa budak degree cuti pun idaklah sampai bertutup pagar tu. But then, lepas hujan awal pula pagar belakang ditutup. Mula-mula, not a big deal. Dah masuk kolej pun. Tak kisahlah nak tutup ke apa kan?

But then, pagi tadi masa nak keluar ke kampus.. Once again, gate masih bertutup. Aigoo..what's going on right now??? Terpaksa tawaf kolej tu sebelum keluar ke pintu hadapan. Err.. tawaf dengan kereta. Tak lah rajin sangat nak berjalan tawaf kolej yang tak seberapa besar tu. Bila tanya dalam facebook kolej, rupa-rupanya ada kabel tnb yang jatuh dek angin kencang dan hujan lebat semalam... Aigooo.... Itulah al-kisahnya..

Dear bloggie....
Tangkap cintan sudah dengan cerita-cerita korea ni. Yang terbaru, tengah enjoy menonton Dong Yi sebab Jin Ji Hee berlakon.. Ahaks.. Tapi maca Jewel of the palace, cerita ni pun ada banyak episode.. Up to 60 episode!! Sigh!.. Mana buleh jadi ni... Tak bergerak research depan mata karang...

Dear bloggie...
Ok, back to focus.. Eh, salah.. Fokus semula pada writing process and reading as well...

Ya ALLAH, permudahkan urusan kami hari ini.. Aminn..



Tak mungkin....

Wednesday, April 11, 2012


Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti..
Kau telah jauh
Jauh dariku, tiada ruang di hati buatmu
Namun harus ku akui ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada, ada rindu yang datang tiba-tiba..
Tak mungkin kerana sayang..
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti..
Kau telah jauh…
Jauh dariku.. Tiada ruang di hati buatmu
Namun harus aku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali.
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti
Kau telah jauh
Jauh dariku.. Tiada ruang di hati buatmu
Namun harus ku akui ada ketika
Di minda kau menjelma kembali..
Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadang-kala aku terkenang..
 
Assalamualaikum...
Dan selamat pagi.. Ohayou Gozaimasu~..
Lagu ni... Tak delah feveret sangat-sangat.. Cuma bila dengar tu... ahaks.. seolah-olah sedang menceritakan tentang diri sendiri.. Tak maulah taching-taching di pagi hari.. Hujan dekat luar membuatkan hari ini begitu sejuk... Rasa macammmm.....
 
Haaa.. apa lagi??? Rasa macam nak tarik selimut, tidur lagilah.. Hahaha...
Apa? Anak dara pemalaih?? Aih! ceit! mana ada malas.. pagi kot dah bangun.. tapi tak ada apa yang nak dibuat selain daripada membaca, membaca, membaca dan akhirnya..... tertido! Yeay! suka..suka..suka...
 
Hik hik hik.. Semalam terlayan dek perasaan sampai tak buleh nak tido.. Dua malam lepas cik mimie nanes-nanes ingatkan kawan-kawan... Malam tadi, saya yang hampir menangis teringat dekat member-member! Adeh.. Wednesday bluess kah? Pujuklah diri sampai tertido.. Kalau dulu, buka pintu bilik sendiri nampak bilik Aimie dengan siti.. Sekarang? Buka pintu bilik, nampak koridor panjang yang seghupa berhantu pula! Hohohoho...
 
Saya rindukan kamu.. dan kamu.. dan kamu.. dan kamu juga...
 



Cepat-cepat..cepat!!!!

Saturday, April 7, 2012

Assalamualaikum...

Adab berkawan kenalah memberi salam dengan cara yang betul. Memberi salam yang ada maknanya.. Err.. yang lengkap maksudnya.. Bukannya sekadar "Asekommmm"..Langsung tak ada makna dan maksud tahu tak? 

Fuhh... ponat sungguh "bersilat" dekat dapur tadi.. Awai pulalah kan menjengah dapuq hari ni.. Heee... Masak cepat-cepat.. Makan cepat-cepat.. Lepas ni boleh start enjin kereta cepat-cepat untuk pergi beli tiket bas. Esok nak balik KL.. Huwaaaa.. cepatnya masa berlalu.. Tak boleh nak lanjut-lanjut cuti. Sebab nanti usia pun ikut lanjut. Err..ada kaitan? Ada!..

Lepas pergi beli tiket, dah rancang dengan mak nak pergi serbu Karnival Kahwin-Kahwin Kedah. Aih, siapa yang nak kahwin? Hahaha.. saja.. Rancang masa hadapan. Tak salah kan? Hidup kena merancang dan pandang ke depan. Jadi ke tidak, itu lain cerita. Sebab kita manusia boleh merancang je. Eh, dah lain pula bunyinya ni. Ok..ok.. Sat lagi nak singgah Stadium Sultan Abdul Halim sebab nak tengok pameran perkahwinan Di Raja Kedah dekat Karnival Kahwin-Kahwin tu. Diri sendiri nak kahwin bila? Doa-doakanlah supaya didekatkan jodoh tu. Ditimbulkan jodoh kalau jodoh tu tenggelam. Ye tak? Saling mendoakan. Itukan amalan yang mulia?

Ha! Kali ni balik rumah, sangatlah ohsem! Abah dah bagi greenlite pegang stereng kereta. Heee.. mungkin Encik abah dan sedar, beliau sangatlah sibuk sekarang dan tak mampu nak memenuhi kehendak anak gadis dan isteri beliau yang suka berjimba! Ahahaha... Makanya, dengan rela hati abah bagi bawa kereta ke mana jua nak pergi. Setelah hampir 2 tahun setengah memegang lesen! Ahahaha... Arigatou gozaimasu abah! Lepas gian sat nak pegang stereng kereta, tekan-tekan minyak.. Heee...

Oklah tu. Bukannya berjimba tak ketahuan alam.. Berjimba dengan mak sendiri jugak.. Hik hik hik.. Bukankah kita kena memuliakan orang tua kita selagi mereka masih hidup. Betul tak? Aih, berkarnival sungguh!..

Dekat Tesco Stargate tengah buat Karnival BEST!.. Itu dah berapa kali entah pergi. Al-maklumlah, bukan jauh pun.. Eh, oklah.. Nak bersiap.. Kan tadi dah kata nak keluar pergi cari tiket bas?? heee...



Nak Baucar Buku tu..

Thursday, January 5, 2012

Hujung tahun lepas iaitu sebulan yang lalu, ecehceh... 
Isu Baucar Buku 1 Malaysia sangat hangat diperkatakan.. Aih, kalau dah namanya student haruslah terkena tempiasnya juga kan? Walaupun tak tahu sebenarnya nak beli buku apa. Tapi, orang memberi, kita kenalah merasa.. Betul tak? Cumanya.. cumanya... Yang kita dapat cuma kupon buku dan kupon ni hanya valid di rangkaian kedai buku yang terpilih je.. 

Jom imbas balik kehidupan masa bergelar student UnderGraduate sejak 4 tahun yang lalu. 

Setiap sem, buku rujukan yang perlu dibeli adalah buku yang di"recommend" kan oleh Lecturer. Dan most of the books, we buy it from the lecturer since it's so difficult to get it from the bookstore. Tempat lain saya tak pasti. Ini pengalaman saya masa belajar degree dulu. Ada sesetengah buku tu hanya dijual di universiti sebab buku tu di"publish" oleh lecturer fakulti sendiri. As a part of academic curriculum lah. So, kalau tetiba nak cari dekat MPH, POPULAR apatah lagi di BADAN, memang konfem tak jumpalah.

Dari pengalaman saya yang suka sesangat pusing kedai buku ni....
Sangat susah untuk jumpa buku-buku rujukan yang berkaitan dengan engineering field especially Electronic Engineering. Dan kalau pun ada, buku ni lebih murah kalau dibeli melalui lecturer berbanding beli di kedai buku. Kenapa? Sebab atas budi bicara lecturer dengan supplier, student boleh dapat less. Kadang-kadang up to 50%. Dokat luar mana ado??..

Jadinya, kedai buku mana je yang sah untuk menggunakan kupon ini? Dan buku apa jo yang boleh dibeli ye? Kupon ni valid tak kalau nak beli stationary dan keperluan yang boleh didapati di Book Store tu? Contohnya macam dictionary, files, A4 Paper, paper tray, puncher, stapler, pens, Highlighter? Errr...ke memang kena beli buku semata-mata? Heee...

Ok..nak tuntut baucar buku... Untuk pelajar postgraduate nak tuntut dekat mana ek? urmmm... 



Make it Simple then~

Wednesday, January 4, 2012

Tentang hidup...
Randomnly.. It just the reality of your life...


Because You Naughty, Naughty Hey! Mr. Simple

Because You Naughty, Naughty Suju is going!


You can’t get mad that the world doesn’t go your way, you don’t have to
Mind your own business. Don’t be too attached to trivial things, it’s not good for your body

It’s just that my personality goes good then bad, so what! There must be times when my performance goes up then down too
It’s okay, it’s also good to rest then keep going, because everything has its time

If you’re a man, go meet your friends and sweep it off with a drink (Alright!) Alright
If you’re a woman, go meet your friends, have a chat and throw it away (Alright!) Alright, Alright

Look Mr. Simple, Simple You are you are cool just like that
Look Miss Simple, Simple You are pretty just like that (S J Call!)
Look Mr. Simple, Simple You are you are cool just like that
Look Miss Simple, Simple You are pretty just like that (S J Call!)

Let’s go, let’s go, let’s hurry and go, let’s go back when we are blocked. If it’s too troublesome you feel like dying, just for today let’s play first
Anyway when this harsh world runs like hell, I’m the only one that is worn out. Just wait, just save it, because your day will come soon

Blow Your Mind Go Mr. Simple
Blow Your Mind The time has come, don’t be afraid
Blow Your Mind Let’s go Mr. Simple
Blow Your Mind The time has come, you know you’re read

We are living in this world where annoying things aren’t just one or two, know that too
What is so hard about this? We just have to eat well, sleep well and do well too, that will do

If you’re mad, go meet your friend and release it by talking behind their backs (Alright!) Alright
If you’re distressed, sing a song, scream out loud and blow it away (Alright!) Alright, Alright

Look Mr. Simple, Simple You are you are cool just like that
Look Miss Simple, Simple You are pretty just like that (S J Call!)
Look Mr. Simple, Simple You are you are cool just like that
Look Miss Simple, Simple You are pretty just like that (S J Call!)

Dance Is there any big deal about that thing called freedom? Just Get It Get It
The joy of small deviations doong doong doong koong koong koong
Do you wanna feel yourself living? Just Grab It Grab It
Talk about the dreams that my heart is running to doong doong doong koong koong koong
(Because You Naughty, Naughty)

Don’t worry now, good days will come next. Leave serious stories behind
Smile brightly for today, with your bright smile, everyone will be lightened up

Look Mr. Simple, Simple You are you are cool just like that
Look Miss Simple, Simple You are pretty just like that (S J Call!)
Look Mr. Simple, Simple You are you are cool just like that
Look Miss Simple, Simple You are pretty just like that (S J Call!)

Let’s go, let’s go, let’s hurry and go, let’s go back when we are blocked. If it’s too troublesome you feel like dying, just for today let’s play first
Anyway when this harsh world runs like hell, I’m the only one that is worn out. Just wait, just save it, because your day will come soon

Blow Your Mind Go Mr. Simple
Blow Your Mind The time has come, don’t be afraid
Blow Your Mind Let’s go Mr. Simple

Blow Your Mind Go Mr. Simple 


Gotcha! You are right! The translation of SuJu single yang sedang hangat di pasaran ketika ini.. Liriknya? Not bad.. Awesome juga.. as for certain part.. For overall part, i do love their performance. The dancing part that make you feel to dance too! Their awesome performance during MAMA 2011 at Singapore few months ago.

Mr.Simple







Membelah awan biru~

Thursday, December 8, 2011

Daebak!

Website AirAsia mengalami kesesakan lalu lintas.. Ooopppss.. silap.. Dek kerana kemunculan Captain Amazing mulai tengah malam ini sehingga 11hb Disember ini, usaha saya untuk menakluki laman sesawang air asia untuk malam ini kelihatannya seperti tidak berjaya..

(-__-)"
Tambang serendah 10sen ke destinasi pilihan Air Asia.. Wee haa.. saya pun nak cuba nasib.. Dah alang-alang dok KL ni.. Nak juga usha tiket kapal terbang balik umah. Kalau tak dapat yang KL-Alor Setar, KL- Penang pun ok juga. Tak pun cari KL-Langkawi. Dari Langkawi boleh ambil feri sampai Kuala Kedah.. Hahaha..Daebak!.. Mampukah saya membelah awan biru lagi??


Owh Captain Amazing! DO help me.. Bukan nak pergi bercuti mana pun.. Nak cari tiket cuti awal ramadhan dengan cuti raya tahun depan je.. Wee..
Go go Internet!

Gateway Timeout!

Ok.. Gonna sleep first.. Ramai sangat berjaga dan book tiket malam ni.. Macam tak berhasil je nak menembusi pasaran.. Hahaha...
Teringin nak cuba dapatkan tiket kapal terbang murah ni..huhuhu..

Yo! Lupa plak.. Pagi nanti, saya balik Kedah... Weeehaaa...Holiday~.. Naik bas je.. Lupa nak cari tiket kapal terbang.. Huahuahua..

Psstt:: Hari ni 8hb Dec. Setahun yang lalu pada tarikh ini, saya dan kawan-kawan berjaga sampai ke subuh sebab pukul 5.45am bas nak gerak dari UTM ke LCCT sebab flight ke Seoul, Korea pada pukul 1.45pm..
Owh~ How's time flies to fast.. But the memory still there.. 
Dan sekarang, memory itu masih ada dan terus segar..
Tidur, mimpikan musim sejuk di Korea~Walla..
(^_____^)

Nunytte everyone... Yang berjaga untuk mem"book" tiket, selamat berjaya!


Note : Pernah baca dalam blog, ada seorang insan ni dia beli 20 tiket penerbangan untuk destinasi dalam Malaysia yang jumlah keseluruhannya tak sampai pun RM200. Dia beli masa promosi 10sen mcm nilah. Memanglah 10sen kan? Tambah itu ini, baru RM9.00++ untuk penerbangan sehala.. Tak ke murah tu??