Soalan Add Math 2011

Sunday, September 11, 2011

Kali ni nak share apa yang orang share dekat FB.. 
Berkenaan soalan Add Math bagi tahun 2011 ni.. Heee..Kreatif lagi inovatif.. Betul2x up to date..




Saya seorang pencinta matematik. Lagi jatuh cinta dengan soalan Matematik Tambahan.. Bertambah-tambah jatuh cinta bila setiap kali exam berada dalam kelompok sepuluh ke atas bagi subjek Matematik Tambahan. Sebab apa?

1. Muka hadapan kertas soalan akan dipenuhi dengan sticker smiley yang sangat comel.
Lagi tinggi markah, lagi banyak dan besar-besar sticker.. Siapa tak suka kan?
2. Kalau berada dalam kelompok sepuluh ke atas, akan dapat button.. Memula simple je. Makin tahun, makin cantik pula button tu. Bukan sebarang button ok..
Penuh satu jar button add math dan math moden yang saya kumpul.. 

Sebab tu saya kata saya pencinta Matematik..

Ok. Berbalik pada figure di atas. 
Semuanya angkara isu cukai 6% yang dikenakan terhadap pra bayar telefon. Fuhh..dah berkarat pengetahuan matematik saya ni.. 
Ate, yang nak ambil SPM tahun ni, ace terry jawab soalan di atas.. Nanti btau jawapannya ek..

Daa..

Sakit Mata juga..=D

Bila baca je entrie Cik Mimie yang INI, terus teringat kisah semalam. Lepas maghrib, saya ajak Siti g dinner. Rindu pula dengan nasi ayam penyet yang simple dan marvellous tu. Bersama-sama Hazrin, Restoran Pinang menjadi pilihan.. Seperti sebelum-sebelum ni.

Lepas diambil pesanan, kitorang pun sembang-sembanglah.. Gosip-gosip kosong yang tak ada hala tuju sambil melihat suasana sekeliling yang tak adalah beza sangat pun..

Tak sampai 15minit, nasi ayam penyet pun sampai depan mata. Apa lagi. Perut pun dah berdendang ala-ala Mirotic by DBSK. Baca doa makan, terus suap. Tengah dok suap nasi masuk mulut tetiba nampaklah seseorang ni sambil memakai tompang di tangan kanannya mendekati satu persatu meja pengunjung yang ada dekat Restoran tu. 

Dan sudahnya, meja kami turut menjadi sasaran. Tanpa ada segan mahupun silu, terus dia meminta duit. Aiseh, boleh pula mai minta sedekah kat meja makan cenggini. Advance sungguh. Selalu dok jumpa Jurujual je yang approached kita kat meja makan suh beli produk dia kan? Ini peminta sedekah pula yang approach minta sedekah.

Bila tengok-tengok. Pandang-pandang. Tak adalah OKU sangat pun. Cukup sifat. Kaki tangan pun cukup. Tak ada yang kurang. Senang cerita kalau g tolong cuci pinggan dekat belakang restoran tu pun boleh. Tapi..kenapa nak minta sedekah?

Siapa? Seorang Pak cik/Uncle. Tua ke? Rasanya macam tak tua sangat. Saya rasa tua lagi ayah Siti. Mungkin dalam 50-an? Tapi datang minta sedekah.. Straight ke meja kitorang dan pengunjung-pengunjung yang lain plak tu.. Aiseh...putus selera makan. 

Bila dia dah beredar, kitorang usha lagi.. Betul ke OKU? Tapi apsal pergerakkan kaki dia seolah-olah tak memerlukan tompang di sisi? Aish..manusia2x..Nak cari yang mudah je.. Kudrat masih ada.. Gunakan dengan cara yang betul.. Sedih tau tengok insan-insan sebegini ke hulur ke hilir meminta sedekah. Padahal masih punya kudrat dan cukup sifat.

Nak bersedekah pun jadi ragu-ragu. Peminta sedekah dengan pengemis sama ke? Pengemis tu macam bahasa kasar sangat lah pula..Urmmm...

What Future Hold For Me?

Saturday, September 10, 2011

Cemburu?

Urmmm..mungkin juga.

Pernah tak rasa nak mempersoalkan "What Future Hold For Me?".


Selalu..

Tak sabar?

Urmm..mungkin juga..

Ibaratnya, penantian itu suatu penyeksaan...

Nak pula kalau penantian itu sesuatu yang belum pasti.. Memang rasa terseksa.. Terus-terusan nak mempersoalkan "What Future Hold for Me?"

Kalau benar Time Machine itu wujud, pasti ramai yang dah menggunakannya itu melihat bagaimana situasi masa hadapan mereka. Ye tak? Mungkin juga tidak.

Kenapa?

Fitrah manusia itu berbeza. Aku, Kau dan Dia berbeza walaupun rambut sama hitam, jalan pikiran kita berbeza.

Kita selalu mengharapkan yang terbaik buat diri kita. Ye lah, siapa yang tak nak kan? Tapi, kadang-kadang untuk mendapatkan yang terbaik mungkin kita akan teruji terlebih dahulu. 

Dan bila teruji, kadang-kadang nak give up. Sampai kita lupa matlamat untuk mendapatkan yang terbaik. Memang. Kalau give up itu jalan penyelesaian yang mudah, pastinya yang terbaik itu bukan untuk kita..

(-_______-) Mungkin benar.. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku pada diri kita.. Mungkin penantian yang panjang itu menjanjikan hasil yang terbaik dan lumayan buat diri kita. Tinggal sahaja Doa..Berdoa..Dan berdoa..

Revise Add Math



Hidup ni macam soalan Add Math. 
Nak mudah sikit, anggaplah macam soalan math moden..
Jawapannya dah ada..
Tinggal nak cari je..
Penyelesaiannya tu sebenarnya mudah je..
Tapi fitrah manusia..
Suka kone-kone pi cari yang susah..
Ada highway, saja nak ikut jalan kampung juga..
Sudahnya..

7 hari 7 malam dok tenung soalan yang sama..
sampai rasa nak tembus kertas soalan tu..

Macam tu juga dengan hidup kita..

Kalau jawab add math, biasanya soalan mesti berkaitan..
Walaupun susah, 
tapi setiap kali berjaya, mesti gembira..
rasa nak melompat dan berguling-guling..

Macam tu juga dengan hidup kita.
Tak boleh lah nak harapkan hasil je..
Kenalah cerakinkan satu persatu.
Soalan math, kalau kita tak faham soalan, haru juga nak menjawabnya..
Ye tak?
Hidup pun macam tu juga..
Kalau kita tak cerakinkan masalah-masalah yang ada,
jadi macam nilah..
Stress..
Terus kena serang dengan flu..

Hahaha...Ada perkaitan ke semua ini??