Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Day 2 : Wild Flower

Thursday, September 8, 2016

Sorry. Skip yesterday photo challenge.
Got something to do the whole day.
So, we continue today. On Day 2 with Wild Flower Theme.



Introducing.....
Bird of Paradise

One of the beautiful exotic flowers found at Cameron Highland.
"The unusually beautiful shape and brilliant colors of Birds of Paradise have made these flowers not just a designer's favorite, but also a popular symbol of paradise"



Puncak Gunung Jerai

Friday, December 25, 2015

Discover Kedah 2016


11km dari kaki gunung menuju ke puncak merupakan perjalanan yang cukup mencabar. Terdapat beberapa selekoh tajam yang memerlukan pemandu kenderaan membunyikan hon bagi memaklumkan kehadiran mereka di situ.

Namun, keindahan yang dapat disaksikan dari puncak gunung ini merupakan sesuatu yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata. 



Inilah Gunung Jerai. Salah satu daya tarikan dan kebanggaan rakyat negeri Kedah. Puncak Gunung Jerai ini terletak kira-kira 45km dari pusat bandar Alor Setar. Dari kaki gunung menuju ke puncak, mengambil masa kira-kira 30minit pemanduan. 


Kedah merupakan Negeri Jelapang Padi. Jadi, tak hairanlah kalau panorama yang anda lihat dipenuhi dengan sawah padi.

Cumanya, kalau boleh diusulkan cadangan, chek nak cadangkan agar dibuat satu platform khas yang membolehkan pelawat dan pelancong mengambil gambar dengan berlatar belakangkan jelapan padi kedah itu. 

Errrr....
may be something like this?
An open observatory deck.
Here at Gunung Jerai.


or this one


A floating garden.
For you to enjoy the view till the max! =D

I wish..
and I hope~








Shopping at Lazada.com.my

Wednesday, March 4, 2015

As been mentioned in the title.

Yes! Have you try shopping with Lazada?
Sebelum ni, memang tak berapa yakin nak shopping online ni. Maklumlah, takut duit dah bayar tapi barang belum sampai.

Berbeza masa duduk Jepun dulu. Hatta, daging dengan ayam pun kena beli melalui online. Which is Baticrom. And sometime shopping barang macam DSLR dan lense protector dekat Amazon.jp. 

Cumanya, masa dekat Jepun, shopping dekat Amazon.jp boleh COD maksudnya Cash on Deliveries. They do need to enter the Credit card numbers but if we choose to COD, the payment will not be deducted from our account. So, masa dekat Jepun dulu memang selalulah pinjam credit card adik-adik kat jepun tu. Al-maklumlah, debit card I tak boleh digunakan. 

http://www.amazon.co.jp/


Ok. back to Malaysia. Which is Lazada.com.my
First time shopping.
Beli multifunctional Wardrobe dekat mak. Mula-mula beli tiga. Lepas tu, repeat order untuk mak sedara pula. Beli another two. Murah oiiii. Hahaha..

https://www.lazada.com.my/


Cuma, Lazada.com.my tak praktikkan lagi COD. Atau, should i say dekat Malaysia ni sendiri belum sampai tahap kepercayaan untuk buat COD. Jadi, nak tak nak terpaksalah bayar online either by using our credit card or online banking.

Nota tambahan! 
Untuk pengguna CIMB bank, akan dapat diskaun another 10 % on payment! Hahaha.. giler happy! 

Ceritanya begini.
Sejak i olls adik beradik bagi smartphone dekat our mom and register one facebook account for her, she was so excited seeing all those "selling item"on facebook! Hahaha.. Jangan tak tahu u olls. 



On of the selling items adalah multifunctional wardrobe. And guess what? She interested to buy it! But unfortunately, she doesn't know how to use the facebook thing to inquire the information. So, as a good daughter (i wish) i help her PM the seller and ask about the price. Online price for 1 wardrobe almost RM120! She wants it. So, we buy it.

Few weeks after, i figure out that Lazada is selling the same thing at more cheaper price with up to 50% discount! So, the same multifunctional wardrobe was only RM59! And add up another 10% discount as i'm using CIMB clicks! Guess what?

With RM120, i got 2 multifunctional wardrobe instead of one!
That's the best reason why i repeat the order at Lazada. The service are quick! Today you place your order, another 3-5 days you'll received your items!

Satisfied!

First order, we place three items. And the items were delivered separately. After five days, we are still not receiving one of the items. So, i decided to call the customer services and ask them about the order tracking. Guess what?
The next two days, we received the item successfully!

Sebab tu boleh repeat order lagi dekat Lazada.com.my.
Berbaloi-baloi kata orang tua. Boleh berjimat banyak. Free Postage!
Quality pun bagus. Sebagai pengguna, rasa puas hati. Jadi, tak mustahil akan repeat order lagi dan lagi lepas ni!.

Oh! i'm i love shopping online!  

 



Ta-Q-Bin : Perkhidmatan Pos ala Jepun

Saturday, February 28, 2015

Fuiyooooo...
Tajuk macam tak boleh blah kan?

Ok!
Let me introduce you to Ta-Q-Bin Services. 

http://my.ta-q-bin.com/rates.html

First time nama logo Yamato Transport ni masa dekat Jepun. Antara perkhidmatan postage yang terbaik. Also known as Kuroneko.

Oh ye! Kuroneko ada perkhidmatan pos sejuk. Maksudnya, kalau nak hantar apa-apa yang perlukan penyejuk bekuan bolehlah menggunakan perkhidmatan Ta-Q-Bin ni. 

Eh, bolehlah luaskan lagi bisnes jual kek kan? hehe.. not me..

Nak tahu detail, boleh klik dekat gambar tu. Tak pun link dekat bawah ni:



No wonderlah kadang-kadang boleh terserempak dengan lori kuroneko ni sejak balik dari Jepun. Sampai chek pun konpius, chek dok tang mana. 

Oh ya! Boleh check coverage area diorang. Tapi untuk negeri Kedah, dukacita dimaklumkan baru area Sg.Petani je yang Ta-Q-Bin ni cover. Lain-lain, belum lagi.



Episode 68: Kyoto City Bus

Sunday, November 2, 2014

Assalamualaikum!!

Salam hujung minggu. Bersiaran dari Aloq Staq Kedah. Tetiba mood nak update blog mencanak-canak naik. Mungkin sebab dalam mood short escape, jauh dari data analysis dan buat-buat pejam mata tulis thesis. (Oh! Bila nak habis penulisan thesis ekau Sara?!)

Ini entry sambungan untuk episode sebelumnya.

Episode 67 : Percutian Bajet ke Kyoto dan Osaka

Klik pada link untuk baca kisah episode sebelumnya. =D

Dan sebelum saya pergi jauhhhhhh ke tempat-tempat menarik yang saya lawati di Kyoto, saya nak kongsikan dulu Nadi Pengangkutan utama di Kyoto. Kyoto City Bus!




Dalam entry sebelum ni puas saya dok membebel pasal 1-Day City Bus Pass kan? Macam mana berbaloinya untuk beli bus pass ni untuk menikmati keindahan bandar Kyoto. Harga untuk 1-Day City Bus Pass ni adalah 500Yen. Dan boleh digunakan sepanjang hari. Unlimited bus ride.

Dekat mana nak beli?
Bus Pass ni boleh didapati di stesen subway, convenient malah di hostel yang ada diami! Macam saya hari tu, saya beli dekat subway stesen terus. Dan dia bagi map laluan bas untuk kita. Nasihat saya kalau pergi melancong ramai-ramai, at least adalah seorang yang tahu baca peta! Kalau tidak, sosat ajelah tak tahu nak turun dan naik di mana. Sungguh!

Tak pun, boleh je klik dekat link atas tu untuk tengok map laluan Kyoto City Bus ni. Macam yang saya bagitahu sebelum ni, tak semua tempat dalam laluan 1-Day City Bus Pass ni. Dalam erti kata lain, bila keluar je dari laluan yang sah kenalah tambah coin sket sebelum turun tu. Contohnya kalau nak ke Higashiyama Bamboo Grooves. Next time saya cerita ok!


Macam mana nak naik bas dekat Jepun?
Urmmm.. kalau dekat Malaysia, biasanya kita naik dari depan. Ye tak? Ke macam mana? Dah lama tak naik bas. Ngeee...

Dekat Jepun, naik bas dari belakang. Dan ada dua jenis bas. Non-flat rate dengan flat rate route. Untuk flat rate route, biasanya 220Yen sekali naik tak kisahlah berhenti dekat mana pun. Dan untuk flat rate route nilah 1-Day City Bus Pass sah untuk digunakan.

Seriously, map kitorang hancur lebur masa hari last dekat kyoto. Bersungguhnya kami berdua bergantung pada Map laluan bas ni. Bas dekat Jepun sangat punctual. Tak tahu waktu bas? Jangan risau, Kyoto City Bus ni kekerapan dia sangat tinggi kalau nak dibandingkan dengan bas dekat Yonezawa tempat saya tinggal tu. (^_^)

So, just terjah dan tunggu je bas dekat hentian bas yang sepatutnya. Hah? Apa? Tak tahu kanji Jepun? Tak ada hal beb. Bas dekat Jepun ni dah tulis romanji untuk maklumkan penumpang destinasi berikutnya.

Oklah.. cukup setakat tu. 
Enjoy your weekend beb!

Selamat merancang percutian anda!     



Episode 67 : Percutian Bajet ke Kyoto dan Osaka

Saturday, November 1, 2014

Assalamualaikum..

Salam dari bumi Malaysia.
Punyalah lama perap cerita. Hari ni baru tergerak nak berkongsi cerita dan mungkin sedikit perbelanjaan sepanjang 7 hari 5 malam di Kyoto dan Osaka.

Sebelum tu, jom tengok tempat-tempat yang saya sempat pergi sepanjang di sana.


http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/2014/04/episode-30-haru-yasumi-trip-2014.html

Nak mudah, klik je pada gambar di atas.
Cerita dan bajet saya ni adalah tidak termasuk Tiket Kapal Terbang dari Malaysia sebab saya memang sudah di Jepun. Saya ambil tiket kapal terbang dari Sendai Airport ke Osaka je. 12000Yen return ticket (Lebih kurang RM385). Kebetulan Peach buat sale sempena end of winter. Gitu..

Ok. Saya mudahkan itinerary percutian saya. Mungkin boleh bagi Idea dekat kamu-kamu semua.

8th March 2014 
Flight petang dari Sendai ke Kansai Airport. Untuk jimatkan kos penginapan, tidur di airport. =D

9th March 2014
Gerak ke JHoppers Kyoto (Hostel) untuk tinggal bagasi. Dari Kansai Airport ke Kyoto Station boleh naik bas. 2500Yen per trip (Lebih kurang RM80). Perjalanan dari Kansai Airport ke Kyoto Eki lebih kurang 85minit. Bolehlah sambung tidur lagi. Kenapa ke Kyoto dulu? Sebab flight return ticket. Jadi, better berjalan di Kyoto dulu.

Untuk maklumat lanjut tentang jadual bas dari Kansai Airport ke Kyoto Eki boleh refer sini:
www.kate.co.jp/pc/e_time_table/e_kyoto_tt.html#from

 Nak naik train pun boleh. Tapi mahal beberatus yen lah. Eh, tadi kata nak yang bajet kan?

Ok. sampai je Kyoto Eki, saya ambil subway untuk ke JHoppers. Sepatutnya jalan kaki pun boleh sampai. Dalam 9 minit gitu. Tapi masa tu macam blurr je tak tahu bas berhenti dekat timur-barat-utara atau selatan. Jadi, yang terbaik naik subway ajelah. Dalam 220Yen (RM7).

http://kyoto.j-hoppers.com/


Sampai dekat JHoppers, isi form dan tinggal bagasi sambil tunggu kawan saya dari Nagoya. Meet up dekat Hostel. Mudah sket. Oh ya! Satu malam dekat JHoppers kyoto ni dalam 3000Yen (RM100) untuk twin room share bathroom. Sengaja ambil twin room sebab mudah nak solat tak ganggu orang. =D Kalau datang bertiga boleh ambil triple room. 

Tips : Elak waktu peak holiday. Sebab macam dekat malaysia jugalah. Masa peak time, rate jadi tinggi. Sila rujuk website.

 
Sumber: Google

Out of 10, 6 je aktiviti yang saya buat.

Dari JHoppers, saya dan kawan terus ambil 1-Day City Bus Pass (Only 500Yen). Dekat Kyoto lagi best dan lagi mudah naik bas berbanding subway. Jadi, 1-Day City Bus Pass adalah pilihan yang terbaik. Peta laluan bas turut diberikan. Jadi, bolehlah rancang perjalanan anda nak naik bas dari mana dan nak turun di mana.

First day ni singgah Toji Temple, which is beberapa stop dari JHoppers. Maksudnya, sangat dekat dengan tempat penginapan kami. Dah kata guna 1-Day City Bus Pass kan? Makanya, naik turun bas berapa kali untuk sehari tu pun tak ada masalah.

Nak masuk Toji Temple kena bayar ye adik-adik tuan-puan sekalian. Sebetulnya, area ni sangat luas. Ada kawasan yang tak perlu pun bayar. Masuk dan ambillah seberapa banyak gambar pun. Tapi, kalau nak menghampiri pagoda tinggi ni, kenalah bayar sikit.

 

Oh ya! Toji Temple ni merupakan salah satu kawasan di Kyoto yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak bersejarah. Kau rasa nak datang tak? Ngeeee.. Ticket masuk adalah 500Yen (RM16)

Dari Toji Temple, kami berdua laju-laju ke tempat sewa kimono. Dua minggu sebelum turun kyoto, saya dah buat pre-book online sesiap. Bukannya apa, ramai sangat umat yang nak pergi pakai kimono ni. Dan kebiasaannya untuk satu-satu sesi, jumlah pelanggannya sangatlah terhad. Yang bestnya, pakai kimono sambil berjalan-jalan ke Kiyomizudera. Yo!


Dekat mana kami menyewa kimono ni?
Here we are:

Yumeyakata

http://www.yumeyakata.com/english/kimono-rental.html
 

Klik gambar untuk ke website berkenaan. 
Sewa Kimono dengan harga 2,500 Yen (RM80) dan boleh pakai sampai pukul 7:30 malam. Maksudnya, pakai dan pergilah ke mana-mana jua yang anda ingin pergi.

Kami berdua memilih untuk berjalan di Kiyomizudera. Terkedek-kedeklah pakai geta tu.

 

Hiu~Pengalaman tu memang sangat berharga.
Siap ditegur oleh sekumpulan pelancong dari Malaysia dan Indonesia. Katanya
"Inilah ikon kimono muslimah. Berhijab tapi masih boleh menggayakan kimono"

Senyum. Hehehe.. Kalau korang rajin dan kreatif, bolehlah lilit cantik-cantik dan letak bunga-bunga sket. Tapi, saya ni suka yang simple. Malas nak melilit bagai. Ngeee...

Sepetang juga kitorang dekat Kiyomizudera tu sambil menikmati matahari terbenam. Weee.. Sempat juga ditegur beberapa pelancong asing. Mungkin tertarik dengan penampilan kami yang bertudung dan berkimono. Yo lah. Ini Jepun. Bukan Malaysia. Nak nampak yang bertudung pun 1 dalam 100. Ini kan pula berkimono. ye tak?

Oh! Saya ambil pakej photography juga. 1,500 Yen (RM48). Hiu~Kalau dekat Malaysia ni, memang tak ambil dah! Hahahaha...

Balik dari Kiyomizudera, kitorang jalan-jalan cari makan. Sambil memikirkan untuk aktiviti keesokkan harinya. 

Eh, lupa! Dari Yumeyakata nak ke Kiyomizudera, kitorang naik teksi. Ate, puas tunggu bas tapi bas tak muncul. Heran! Another thing, nak ke kiyomizudera ni laluan bas adalah di luar 1Day-Buss Pass tu. Next time saya cerita. 

Cuma nak bagitahu, dari Yumeyakata nak ke Kiyomizudera, naik teksi sekitar 800Yen per trip. Pergi balik dalam 1600 Yen (RM51)

Jadi, perbelanjaan sehari kami di Kyoto adalah:
1.  Bas (Kansai Airport ke Kyoto Eki) = 2,500Yen
2. Subway = 220Yen
3. JHoppers = 3000Yen (semalam)
4. 1-Day Bus Pass = 500Yen
5. Toji Temple = 500Yen
6. Kimono Rental = 2,500Yen 
7. Photography = 1,500Yen
8. Teksi = 800 yen (share half each)

Total = 11,520Yen! RM368.70

Gulp!
Sekian dulu. Lain-lain, next entry pula. Bye! 





Episode 57 : Sotong goreng Tepung

Thursday, July 3, 2014

Assalamualaikummmmmm...
Dah masuk Ramadhan D-5. Semoga masih kuat untuk terus berpuasa. Hari ni nak kongsikan resepi Sotong Goreng Tepung yang ranggup dan tidak meletup-letup ketika digoreng. Manalah tahu.....
 Kot-kot ada yang nak buat untuk juadah berbuka petang ni kan? 
Dengan tema : Azam Ramadhan Sara, jom kita tengok bahan-bahannya:

+ Sotong secukupnya. Potong bulat-bulat.
+ Sebiji telur (atau lebih)
+ Tepung Gandum secukupnya
+ Sedikit Garam dan perasa
+ Minyak secukupnya


Ok. sebelum nak masak, pastikan sotong dibasuh bersih dan dipotong bulat-bulat. Sotong dekat Jepun ni, besar-besar jugalah. Dan disebabkan saya memang sukaaaa makan sotong goreng tepung, saya buat lebih sikit. Boleh ratah-ratah sambil buat kerja waktu malam kan.. hehehe..

Lepas dah potong dan basuh, lap sikit dengan kitchen napkin. Nak bagi kering sket. Lepas tu,gaul sotong dengan garam dan sedikit perasa. Biarkan beberapa minit dan kemudiannya masukkan tepung gandum. Gaul rata. Dalam satu bekas lain, pukul telur. Celup sotong ni ke dalam telur. 

Dan celup dalam telur, golekkan dalam tepung gandum sampai hampir keseluruhannya bersalut. Bila minyak dah panas, masukkan sotong yang dah dicelup tu satu persatu. Dan digoreng sehingga masak.

Daaaa... siap untuk di makan. Tapi, lotihlah nak buat. hehehe... Diharapkan anda rajin untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati. =D

Selamat berpuasa dan selamat berbuka nantiiiiii...




Episode 52 : Ichigo Gari

Friday, June 20, 2014

Atau dalam bahasa melayunya, 
"Mari memetik Strawberry"

Eh?


Lama dah pergi Ichigo gari ni. Bulan 5 hari tu. 24hb May kalau tak salah. Pergi Ichigo Gari dekat Sagae-shi. 

Tak banyak pun nak story maklumlah, nak ichigo gari dalam Malaysia pun boleh kan? Pergi Cameron nun. Tapi, dua tahun lepas g Cameron abah tak bagi daaaa ichigo gari.. Sebab dah tak banyak buah. Mahal. Makanya, beli je yang dah siap dipetik.

Ichigo kat sini manis. Oishii sangat. Banyak giler saya petik dan makan. Rasanya dalam seminit tu entah berapa biji dah masuk mulut sambil tangan sibuk memetik. Samalah dengan budak kecik dekat atas tu. =D

 



Episode 45 : Seafood Fettucini Carbonara

Wednesday, May 21, 2014

Atau Fettucini Seafood Carbonara?

What-so-ever lah namanya kan. Dan kalau nak tahu, Fettucini ni adik beradik spagetti. Tetiba rasa nak makan carbonara, google resepi mostly guna fettucini. Dan dengan gigihnya mencari fettucini di supa-supa berhampiran. Ngeeee....


Menu ni memang sesuai untuk orang yang tengah distress dan tak kisah pasal kalori. Hahaha.. Sayalah tu. Tengah-tengah stress, lapar. Jam dah pukul 10:30pm. Tapi, lapar punya pasal, terjah juga dapur tu. Ada aku kesah??

Hahaha...
Ok. Resepi, macam biasalah. Cari dalam google. Pun dah tak ingat ambil dari blog mana. Tapi, kalau tak salah, hasil campuran resepi dari dua blog. Muahahaha...
Kalau tengok entrie resepi dalam blog saya, memang biasanya akan mengundang amarah orang. Sebab....

pertama : Tak accurate resepinya. Bahan bagi anggaran kasar je. Gomen ne. sebab saya sendiri tak sukat. Macam mana nak bagi resepi yang siap dengan sukatan? ye tak? Contohnya, nak letak kepingan keju. Memula letak dua keping. Rasa tak pekat, saya tambah lagi dua keping. Ada kesah? Nak makan, diri sendiri. Tak gitu?

 

Dan bahan-bahan yang saya gunakan adalah:

Fettucini (Direbus dalam air rebusan yang telah dicampur olive oil)

Untuk kuah carbonara versi saya:
Sedikit minyak untuk menumis
Bawang putih dan bawang merah yang dicincang halus
Susu minum (yang pasti bukan versi rendah lemak dan bukan juga susu sejat)
Aneka jenis seafood (Udang, hotate)
Carrot yang didadukan
Asparagus yang dipotong 
Cendawan comel. Nak guna shiitake mushroom pun boleh. Tak ada masalah. Cendawan butang pun boleh. Make your own recipe. 
Slices cheese
Grated cheese
serbuk lada hitam
Herba kering seperti oregano, rosemary, thyme dan apa sahaja herba yang anda suka.

 

Kekdahnya...

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 
Tumis bawang putih dan bawang merah yang dah dicincang halus.
Masukkan susu. Kuantiti susu ni, ikutlah nak masak untuk berapa orang makan. Saya rasa, saya letak dua cawan kot. Sebab boleh makan 4 kali. Hahaha.. heaven.. Tak payah nak masak berulang kali.
Kacau dan masak sampai susu tu masak. Dah berubah warna sikitlah.
Lepas tu masukkan udang dan hotate serta seafood lain.
Biarkan seketika.
Bila dah mendidih, masukkan carrot, asparagus dan cendawan tadi ke dalam kuah. Letak serbuk lada hitam.
Agak-agak sayur-sayuran tu dah masak sket, masukkan fettucini, gaul rata.
Sebagai penutup, letakkan kepingan keju di atas dan perlahankan api. Biar sampai keju tu cayaq dan kuah semakin pekat.
Dan siap untuk dimakan.

Cedok boh dalam mangkuk atau piring atau apa sahaja yang seangkatan dengannya. Taburkan herba-herba kesukaan anda dan grated cheese.
Lantas, bolehlah di makan pada pukul 11:30malam. Ngeee...

Sekali lagi,
maafkanlah....
Nak kongsi resepi tapi sungguh tak ingat sukatan dia. Secara kasarnya cenggitu jelah bahan yang saya guna. 

Ok. bye! 
 
 
 



Episode 44 : Congratulations! You've Graduated

Saturday, May 17, 2014

Amboi...
Panjang bebenor tajuknya kan..
Entry hari ni just to wish my liltle sister,
Congratulations on your Graduation!
Sorry for not being there.

 

Sebetulnya, dah lama adik saya ni tamatkan pengajian Diploma dia. Cumanya majlis graduasi baru diadakan hari ni. Eh, ke esok? Hahaha.. Sengal punya kakak kan? Hehehe..

Sekarang, dia dok sambung Ijazah Sarjana Muda pula dekat UITM Universiti Tenaga Nasionalkampus Muadzam Shah.
Ralat. Sebab tak dapat hadir majlis konvokesyen dia. Dan tak dapat bergambar beramai-ramai satu keluarga.

Well..
Apa-apa pun,
Angah doakan yang terbaik untuk ang. Semoga berjaya. Bukan sahaja di dunia, tapi juga di akhirat.

Best of Luck! 



Episode 43 : Selamat Hari Guru!

Friday, May 16, 2014


 

May,16
Istimewa buatmu Guru.

Walaupun jarak memisahkan kita..
Walaupun bicara tak sering terucap..
Ketahuilah, di satu sudut hati ini terpahat ingatan kukuh buat kalian..
Di satu ruang memori dalam minda, terlukis setiap momen, bakti dan jasa kalian..
Dan setiap saat untuk mengingati, kalian sentiasa ada di dalam sisipan fail mindaku berjilid memori jangka panjang.

Terima kasih Allah sebab KAU hadirkan mereka sebagai pendidikku. Juga sebagai ibu bapa keduaku saat aku berjauhan dari emak abah kandungku.
Terima kasih Allah sebab KAU titipkan kasih sayang dari mereka untukku.
Sesungguhnya ENGKAUlah sebaik-baik pemberi rahmat.
Jasa mereka, bakti mereka, pengorbanan mereka, masa dan kasih sayang mereka..
Limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMU buat mereka.

Saya sayang cikgu-cikgu saya. Terutamanya guru-guru di mrsmpdrm. 5tahun yang mungkin tak dapat dilupakan.
Me, love you all to the moon and till jannah.
SELAMAT HARI GURU.
 


psssss:: Taip dekat handphone guna tangan kiri, pastu publish dekat facebook. Buka blog, copy and paste dari facebook. Sekian. Minimakan penggunaan tangan kanan untuk kesejahteraan ummah. Hehehe...




Episode 41 : Hujung Dunia

Tuesday, May 13, 2014


 

Fikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut
Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti
Hingga ke hujung dunia ini pasti adanya suka dan duka kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini pasti akan menangis dan ketawa bersama-sama
Hingga ke hujung dunia
Aku dan kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya...
Tiada apa yang sempurna..
menyanyi biar dari hati
berjanji ditepati
hingga ke hujung dunia ini pasti adanya suka dan duka kamu dan aku
hingga ke hujung dunia ini pasti akan menangis ketawa bersama-sama
Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
segalanya yang pernah kita lalui
menjadikan kita yang hari ini
Hingga ke hujung dunia ini pasti adanya suka dan duka kamu dan aku
hingga ke hujung dunia ini pasti akan menangis ketawa bersama-sama






Episode 37: Ganbarimashou

Monday, April 28, 2014


 

InsyaALLAH..





Episode 34 : Nihon no Tabemono

Tuesday, April 22, 2014

Assalamualaikum..
Eheh..bersiaran kita di hari bekerja kerana saya tak ada mood nak buat kerja. Dang!
Ada seorang kawan minta saya senaraikan makanan yang WAJIB di makan ketika datang ke Jepun.
Dan setelah berdiskusi pendek dengan kohaitachi saya tentang makanan yang WAJIB di makan ketika datang ke Jepun, adalah beberapa makanan yang patut anda cuba kalau datang ke Jepun. Saya tak hierakikan makanan ni. Sebab saya sendiri tak pasti mana nombor satu, dan mana nombor last. Asalkan jumpa, makan jelah. (^_^)
Dan dah alang-alang tu, saya tulis teruslah dalam blog ye. Selamat membaca!

Nihon no Tabemono. maksudnya Makanan Jepun. ^_-

1. Taiyaki
First time saya makan Taiyaki masa dekat Sendai. Kohaitachi belanja. Sekali pandang macam kuih bahulu yang diletak inti dan dibentuk menjadi seekor ikan. Eh? Tapi, bila rasa macam waffle berinti. Lebih kuranglah. Bentuk dia begini:
 

Errr.. ada gambar sampulnya sahaja. Tapi bentuk dia macam ikan emas dalam gambar tulah. Kalau tak percaya, ce google. Taiyaki ni murah. 100Yen je. Dan tak ingat pula ada tax 8% ke tidak. kalau ada, jadi 108Yen. Kedainya begini:

 

Macam saya bagitahu tadi, ada macam-macam jenis pilihan inti. yang paling standard, red bean lah. 
 
2. Dango
Next... Dango.
Dekat supa pun boleh dapat Dango ni. first time saya makan, beli dekat coop gakko je. (^___^). Rasanya macam... urmmm..kuih melayu apa yang buat dari tepung pulut ek? sebab dango ni dibuat daripada mochi (tepung pulut). Tak ado gambarlah nak share. Korang google lah ek.


3. Takoyaki
 Sebelum ni memang ambil takoyaki dengan sos. Tapi, lately dapat tahu sos takoyaki ada mirin. Maksudnya tak boleh makan. Makanya, ambil takoyaki plain cenggini je lah. Dan mulai hari ini saya akan lebih berhati-hati membeli takoyaki. Dan mengelakkan dari mengambil sos. Fiu~


Satu sampan ni ada lebih kurang 8 biji tako. Harganya sekitar 550Yen. Kalau pejam mata, tak convert g RM memang berbaloi-baloilah. Hehehe..

4. Okonomiyaki
 Okonomiyaki. Lebih kurang macam takoyakilah. Tapi.. urmmm..urmmm.. entah. Go and taste it by yourself. Saya tak tahu sangat kedai okonomiyaki yang ada. Tapi recommendedlah DOHTONBURI ni. Untuk lunch set sangat murah. Tips nak makan dekat Jepun ni, mudah je. Pilih seafood dan vege. Elakkan daging tak kiralah ayam atau beef. Urmm.. elakkan kimchi juga. sebab biasanya kimchi diorang ada pork.



Macam takoyaki, okonomiyaki ni pun sama. Kalau boleh, elakkan sos dia. Walaupun, sos tulah yang sedap pun! Hahaha.. Kalau nak juga, bawa sesiap sos okonomiyaki yang dijamin halal. Manalah tahu ada jual dekat cold storage ke. eheh. End up, kitorang makan dengan mayonis je. Mayonis jepun ni sedap katanya. Dan saya take it as sedap! =D
Kalau pegi dohtoburi ni, konsep dia masak sendiri atas hot plate. Nyum..nyum.. orang kata, kalau datang Jepun WAJIB cuba "masak" sendiri okonomiyaki ni.

5. Sushi
Sushi. Tak yah cerita panjanglah kan? Dah well-known sangat. Tips kalau g makan sushi, bawa kicap sendiri! Sebab soy sauce diorang ada mirin. Well, ada je yang tak ada mirin dan boleh makan tapi tak tahu nak bagitahu yang mana satu. Unless, korang boleh bertanya terus pada pemilik kedai. Tapi, untuk lebih menyakinkan, bawa kicap sendirilah. Tak pun makan gitu je. 

Oh! ramai yang kata sushi dekat Jepun tak leh makan sebab dibuat dari arak. Kan? kan?
Well.. Tak semua. and boleh dikatakan, mostly guna cuka buah je. Sebab arak tu harganya mahal. Jadi, high cost nak buat sushi guna arak. Unless kalau korang memang berhajat pergi kedai sushi high class tu. Untuk orang pertengahan macam saya ni, pergi KAPPA Sushi atau kedai sushi biasa je.


Ada sesetengah kedai, dia jual dengan harga flat price. 100Yen per plate. Ada kedai pula, harga ikut plate. Paling mahal pun 200Yen lebih kurang. Tapi, kedai yang harga berbeza ikut pinggan ni sodap. Dan mengenyangkan. Kalau korang tak boleh baca hiragana/katakana, just make sure korang ambil sushi yang seafood dan tamago (telur) ni je lah. Macam kedai sushi 100Yen tu ada possibilities ada daging dan ayam. 

6. Soba
 Ramai sungguh yang like gambar soba ni dekat facebook. Kalau datang Yamagata, memang recommendedlah soba ni. Dah lah banyak. Sedap pula tu. Tapi kalau datang bercuti tempat lain, kenalah cari sendiri. Tak boleh nak suggest tempat. Sebab saya pun tak tahu. Oh! Dekat mana Yamagata ni? Jauh juga dari Tokyo. Kalau drive, macam pergi Kuala Lumpur dari Aloq Staq. Kalau naik shinkansen sekitar 10,000Yen. Which is sangat tak berbaloi walaupun masanya hanya 2 jam ++ naik shinkansen.

 

Tapi... kalau cari tak jumpa-jumpa, saya cadangkan cubalah soba segera ni. Sedap gak! Marvellous. Boleh jumpa dekat kombini dan supa. Agak-agak nak pack bawa balik Malaysia pun boleh. ngeee...

Nak makan ni, mudah je. Macam kita makan maggi segera. Tapi, take note ye soba ni je yang boleh makan. tempura soba. Yang lain, tak boleh. dame. 



7. Udon
Udon ni katanya wajib dicuba juga kalau datang Jepun. Tapi, secara jujurnya dah hampir 5 bulan dekat sini saya belum cuba lagi Udon! Hahahaha.. So, macam tak de gambar yang nak dikongsikan. Tak best pula kalau ambil dekat en.google. Kalau ado masa, cubalah ye!
8. Salmon aburi
 Haaa... yang ini recommended kalau g Kyoto. Tak tahulah memang recommended atau tak. Tapi, bising sungguh kohaitachi saya suruh g rasa ni kalau g Kyoto. So, i take it as recommended. Hahahaha...

Celah mana Kyoto tu? Urmmm... urmmmm.. jap..
Letaknya dekat Kawaramachi Dori. Ha! Kalau korang buka map kyoto bus tu, boleh tengok dekat mana Kawaramachi Dori ni. Dia macam dalam lorong sket. Dan kawasan kawaramachi Dori-Sanjo Dori ni macam Bintang Walks. Eh? Ye ke? Tapi memang ramai giler orang. 


Nama menu ni, samon aburi don. Kalau datang Kyoto, jemputlah mencari. Kedai dia tak besar sangat. Kecil je.
 

Inilah ghopenya kedai tu. Selamat mencari ye!

9. Dorayaki
 Naaaa... Dorayaki. favourite Doraemon. Kalau tanya beli dekat mana, saya jawab tak tahu. Sebab ni pun orang bagi. Kihkihkih. Tapi, kalau ada peluang cubalah cari. DOn't worry. Dorayaki ni boleh makan. Jangan risau.


 Lesson learn. 
Dari seorang kawan, rupa-rupanya ada dorayaki yang ada kandungan mirin daa...
Gomen ne.. I'm so sorry. Please check the ingredient before you eat. Kalau tak tahu kanji macam saya, boleh guna apps JED. Taip je apa yang korang nak in english, dan bandingkan kanji yang keluar. 

Moga membantu.
Maaf atas kekhilafan sebelum ni.
 
10. Lain-lain.
Haaa.. lain-lain ni maksudnya makanan dekat restoran jepun yang asasnya seafood. Antaranya...

 
Tak ingat nama dia. Tapi sejenis ikan yang disalut tepung dan digoreng. peace! Ini menu dekat Marumatsu

 
Unagi set. Sedap! Marvellous. Yang ini saya makan dekat kedai dekat dekat station Yamagata.

Yang ini makan dekat sebuah restoran jepun yang berkonsepkan shokudo a.k.a kantin. 

 
saba in the house.

Itu je kot. As long as korang tengok benda tu seafood dan yakin tiada penggunaan mirin mahupun alcohol, just go for it. As i said before, kalau ragu-ragu. don't take it. Leave it. Sebab kalau ragu, dah jatuh shubhah kan? Kalau shubhah, haram juga makanan tu walaupun hakikatnya tak ada benda terlarang di dalamnya.

Urmmmm... Kalau ada apa-apa nak tanya, silakan ye. InsyaALLAH, kalau boleh jawab saya tolong jawabkan. =D

Tips: Sebelum datang jepun, cubalah take note sket kanji dan katakana untuk beef, pork, chicken, alcohol, bir and etc. Kalau boleh, cuba familiarkan dengan kanji semua ni. Bukannya apa, mudah kita nak tolak ke tepi bila pilih menu. Sebab dekat negara yang bukan negara Islam ni, yang haram tu lagi banyak dari yang boleh makan. Jadi, kalau dah pasti makanan tu ada unsur tersebut, bolehlah reject sesiap. Kecilkan pencarian. Hehehe.. Gitulah kekdahnya.

Minyak masak? Ohhh.. Jangan risau, dekat jepun ni semuanya minyak canola atau minyak sayuran (sepanjang yang saya tengoklah). hehehe.. Jadi, insyaALLAH.. walaupun tak ada tanda halal, tapi halal untuk di makan. 

Bro, Sis. Kalau nak tengok setempek logo halal baru nak makan, dinasihatkan duduk je lah dekat Malaysia ye. Tak pun bawa roti gardenia banyak-banyak dari Malaysia. =D

Hehe.. ok! bye~