Salam Maulidur Rasul 1433H

Saturday, February 4, 2012

Maghrib menyusul,
bermulanya tarikh 12 Rabiulawal...

Kalau diingat kembali sirah Rasulullah..
Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah..

Salam Maulidur Rasul 1433H...
Memandangkan Maulid Nabi jatuh pada hari Ahad, makanya Hari Isnin dikira sebagai cuti ganti...
Dan Selasa pula hari Thaipusam...
Kata mereka, KL bercuti..

Wallawehh...
Ini bermakna, panjangnya cuti ini. Bermula sabtu sehingga selasa..
4 hari keseluruhannya..
4 hari yang entah apa nak diisinya..


4 hari yang bakal dipenuhi dengan makan, tidur, membaca, menonton, makan dan tidur kembali.. Ahaks..
cuti 4 hari yang sangat tidak produktif! Oho..
Kenapalah Tahun 2012 banyak sangat cuti??
Kalau duit pun sama banyak dengan cuti, mesti seronok boleh pergi bercuti kan???
Hik hik...

Pantasnya masa berlalu...
Cepatnya masa meninggalkan kita..
sehingga kadang-kadang buat kita terfikir...
Apa yang telah kita lakukan..

Haih, kalau ikutkan hati..
memang selamat dah balik Kedah..
Tapi, kalau dah balik kedah kang, malas pula nak mai KL semula..
Agaga...

(^_____________^) 



450ml...

Friday, February 3, 2012

Selamat hari Jumaat...
Ohayou Minnasan~~~....


Hehehe.. dalam entrie sebelum ni ada bagitahu nak pergi Pusat Darah Negara (PDN) dekat Jalan Tun Razak tu kan? Hehe.. Daebak! Setelah mengharungi sesaknya jalan di kota, akhirnya sampai juga ke PDN tu selepas azan asar.. Dek kerana ker"terujaan" nak menderma darah, terlupa nak g solat dulu. Kaki pun melangkah laju je masuk ke kaunter untuk menderma tu.. Hehehe... Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah menderma darah. Hahaha.. Tak caya? G tanya Q. Berapa kali dia pujuk dan ajak, semuanya berjaya saya tepis.. Agaga..

Tapi.. Kali ni.. dalam nak tak hendak, 450ml darah sudah pun sampai ke Tabung Pusat Darah Negara. Gulp! Tapi, pengalamannya....wallaweh..malu plak nak cheghita..=(

Sampai je dekat PDN tu, diberi borang untuk diisi. Antaranya personal details kitalah. Lepas tu ada few question tentang keadaan diri kita. Korang pun mestilah sedia maklumkan kalau ibu mengandung, tak pun wanita yang didatangi haid amatlah tidak digalakkan untuk menderma. Jadinya, kalau tidak terjatuh dalam kedua-dua kategori tu, bolehlah menderma..!

Siap isi borang, g timbang berat. Tak cukup berat pun, tak boleh gak! Lepas timbang berat, ye check darah dulu. Terasa sakit lagi jari tengah tangan kiri ni.. Ngee.. Saya berdarah O. Lepas tu, pak cik tu masukkan darah ke dalam satu cecair ni. Lebih kurang begini dialog mereka berdua:

Pak Cik A : Tenggelam ke timbul?
Pak Cik B : Tenggelam. Boleh derma.

Kitorang : Apa yang tenggelam, apa yang timbul? Kalau timbul kenapa??

Hahaha.. Rupa-rupanya, kalau timbul ada something wrong pada darah dan tak bleh menderma. Urmm.. tak tahulah apanya. Lepas tu, isi buku merah. Buat julung kalinya! (^_______^) Takut, berdebar-debar. Semuanya cukup lengkap. Maklumlah, tak pernah menderma darah. Tengok jarum cucuk ke badan pun dah takut!. Jumpa Doktor dulu. Semartlah doktor tu.. seorang doktor cina yang fasih berbahasa melayu! Teringat dekat teman-teman kampus! Ahaha..lari topik!

Few minutes after that, barulah pergi ke ruangan menderma. Berteman! Hahaha.. nama pun first time. Takut. Nurse suruh duduk dekat kerusi yang disediakan tu. Lepas sapu local anaestetic, proses mencucuk di tangan kanan pun bermula. Err..pejam mata masa tu. Bila darah meluncur laju keluar ke tiub dan pek yang disediakan, jadi teruja plak! Hahaha.. Laju juga darah keluar nooo... 

5 minit. Ok lagi.. 10 minit..ok lagi.. Dalam hati, bila pek darah ni nak penuh? Macam dah kembong je. Dan untuk minit-minit yang terakhir, dunia terasa kelam. Telinga bagaikan tidak lagi mendengar apa-apa. Pap! Pengsan! Hahaha.. malunya.. malu..malu.. Pengsan tak lama pun. paksa juga buka mata. Dalam kabur-kabur tu, nampak kiri kanan ada nurse. Dalam otak, aku pengsan ke? Nak angkat tangan, tapi macam tak larat. sudahnya biar je diri terbaring. Dalam tempat berair-cond tu, badan boleh berpeluh-peluh! Pin tudung dah pun nurse tu longgarkan. Kata kengkawan yang ada kat situ, muka pucat sangat! Oho..

Perlahan-lahan buka mata, dan tengok sekeliling. Then, tak berapa lama lepas tu, Doktor yang semart tadi datang. Check tekanan darah. "Tekanan darah rendah ni." ujar doktor yang semart tu lepas dia telek alat tu. Ala.. tak ingat namanya. Yang guna untuk check tekanan darah secara manual tu. Isy!..


Ok! Tekanan darah yang tadinya normal. Lepas derma darah, terus jadi tekanan rendah! Doktor suruh minum air 100 plus dan rehat. Fine. Tengok jam dah 6.15pm. Err.. solat belum lagi. Air 100 plus dah habis setin. Diri? Ok dah kot. Brapa lama lagi nak rehat? Setelah yakin dengan diri sendiri, kami bertiga pun bergerak ke "kantin" untuk menjamu selera.. Hahaha.. Makan makanan yang disediakan kat situlah. Selesai makan, terus cari surau.

Selesai ambil air sembahyang, berdirilah nak betulkan anak tudung. Dan sekali lagi. Duniaku terasa begitu kelam. Telinga pun macam dah tak dengar apa yang kawan dok cakap-cakap tu. Sebelum rebah, cepat-cepat sandar ke dinding. Adui! Nak pengsan lagi!!! Mujurlah Izyan dan Nisa cepat bertindak. Hehehe.. kalau tak, memang rebah ke bumi dah. Badan terasa seperti sedang melayang-layang.. 

Rasa nak pengsan kali kedua lagi teruk dari yang pertama tadi. Bila dah stabil sikit, tengok jam dah pukul 6.52pm. Ala.. what to do! Nak berdiri pun terasa denyut-denyut di kepala. Dalam erti kata lain, salah tingkah bebila boleh rebah semula. End up, bangun dan jalan perlahan-lahan menuju ke kereta Izyan. Dan pulang ke kolej. 

What a nightmare! Hahaha... sampai ke bilik, pengsan tak hengat! Bukan derma darah je ni. Rasa macam dah derma sekali semua tenaga yang ada dalam badan ni! Parah betul!. Orang lain relax je menderma. Saya juga yang nak collapse! Aih.. Pengalaman baru di Pusat Darah Negara.. Ahaha... Lagi 3 bulan? Mungkin boleh cuba lagi. Orang kata 1st experience memang macam tu.. Dah 2nd, 3rd nanti, relaxlah.. Lagipun darah O kan penderma universal.. (^________^)

Kerana 450ml....



Sudu & Garfu : Laksa Lemak Sarawak (Juadah Hujung Minggu)


Konnichiwa… Halloooyaa!! Let’s rock and roll!! (^o,^)

Segmen sudu & Garfu kali ni saya nak share satu resepi.. Diterbangkan khas dari Sarawak.. Ohooo..Tapi tak delah sampai kena tempah tiket Air Asia segala bagaikan? Percutian selama lebih kurang 10 hari di utara tanah air membuatkan saya seorang tukang masak! Ahaks.. Terubat rindu nak pegang senduk, periuk, kuali segala bagai beb.. Puas! Kembali ke Kuala Lumpur dengan semangat yang baru.. Aja-aja fighting!.

Ok.. Tak payah nak mengarut sangat-sangat. Jomler hambo kongsikan resepi Laksa Lemak Sarawak. Hambo dah buat.. Terbaik.. Thumb up!! Arigato ne SajiOnline.com… Adik cari resepi dalam internet untuk mak, akak dia ni yang tolong masakkan..=D Check this out guys!

Bahan-bahan:
1 kg kelapa parut – ambil santan pekat secukupnya
500gm bihun
120gm tauge
300gm udang bersaiz sederhana
60gm sambal laksa
Garam dan serbuk perasa secukupnya
350gm timun
500gm ayam
2 biji telur
1.5 liter stok ayam
15gm daun ketumbar

Rempah Laksa(Dikisar halus):
2 ulas bawang putih
50gm bawang merah
2 ulas bawang besar
60gm belacan
10 hiris lengkuas
6 biji buah keras
30gm cili kering
2 batang serai
30gm kacang (Goreng tanpa minyak dan kisar)

80ml minyak masak
5gm asam jawa- ambil airnya.


Cara penyediannya saya buat ikut style saya ajelah ye.. Malas nak ikut resepi sangat. And by the way, memasak ni tak semestinya kena timbang betui macam dalam resepi. It’s all about your instinct. Kalau nak timbang-timbang ni, silap hari bulan sampai ke malam pun tak boleh makan lagi..=D

1.    Basuh ayam bagi bersih-bersih. Lepas tu rebus ayam sampai masak. Air rebusan ayam atau kita panggil stok ayam tu biaq je dalam periuk. Angkat isi ayam tu bawa keluaq. Ayaq tak payah buh banyak-banyak. Agak-agaklah.. Tinggalkan dalam ¼ daripada periuk tu untuk ditambah rempah laksa dan santan sat lagi.

2.    Dah dapat stok ayam kan? Campuq dengan sambal laksa. Dalam 1 pek ada 3 bungkus. Saya guna sebungkus je. Ala, sambal laksa yang instant tu. Instant Sambal Laksa Sarawak. Masukkan santan pekat dan jangan sampai bahan-bahan ni menggelegak macam lava gunung berapi tu. JANGAN!. Lepas tu, perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Paling mudah guna je Pasti Sedap!. (‘o,’)

3.    Perlahankan api. Jom kita buat rempah laksa pula. Inilah yang istimewanya..=D

4.    Kisar sehingga halus semua bahan-bahan rempah tu. Oooppss.. saya terlupa nak masukkan belacan! Ahaks.. Tapi sodap je.. Lepas dah kisar, panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar tadi dan goreng sehingga garing.. Err..sehingga pecah minyak. Selesai, masukkan rempah laksa ni ke dalam kuah laksa tadi. Panaskan kuah dan kacau supaya kuah laksa tidak pecah minyak.

5.    Kuah sudah pun selesai untuk di makan. Celuq bihun dalam ayaq panaih. Celuq juga tauge. Ha! Rebus udang. Lepas tu kopek kulit udang sebelum dihidangkan.

6.    Rebus juga teluq!(Err..actually goreng dadar dan hiris halus-halus). Kupas kulitnya sebelum dihidangkan. Ayam yang diasingkan tadi tu, ambil isinya dan carit-carit. Err..tak faham? Siat isi ayam tu macam nak buat serunding tu.. Kasaq-kasaq pun tak pa.

7.    Daun ketumbar dan timus dihiris halus.

8.    Siap untuk dimakan! Selamat mencuba..

Sedap.. Selain laksa penang, laksa sarawak is one of my favourite. Selamat mencuba semua!..





Cool February

Thursday, February 2, 2012

Wallaweh...
Happy February..
Selamat hari Wilayah...
Ooopppsss...
Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke------- buat emak yang tersayang..
Walaupun jauh di mata (nun di utara), tapi sentiasa dekat di hati..
Besday Mak semalam. 1 Februari 2012..

Coollll Februari... Februari sudah. Maknanya, semester 1 bakal berakhir.. Lap dup lap dup.. Apakah perkembangan semasa yang kelihatan tidak berkembang ini?? Huhuhu...


keep motivated!
Note:
Hati manusia sebenarnya lebih kompleks dari otak manusia...

Bersiaran langsung dari @CAIRO. 
Center of Artificial Intelligence And Robotics..

>>>>> Petang ni nak g derma darah dekat Pusat Darah Negara??.. Gulp! Berani?? Wait and see...>>>>>>