Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Episode 72 : Tokyo Disney Sea

Friday, October 2, 2015

 

This! Would be the view you can enjoy during your trip to Tokyo Disneysea. Yeah! To be true, this photo was snap from inside the train. What can I say? The architecture was superb! Amazing and beautiful! The moment you step into the Disney train, you'll be feel like enter into another world. 

The world of fantasy. 


Awal Mei adalah Golden Week di Jepun. Which mean, it's public holiday! And if you take another 2-3 days off, then you get the whole week of holiday. Yatta!
Dan dikesempatan ini, saya turun ke Tokyo laju-laju. Tak berapa rajin nak update story ikut day by day. So, kita update mana yang saya rasa berminat untuk bercerita je lah ye.

Tokyo Disneyland dan Tokyo DisneySea. As recommended by others, we choose to go to Tokyo DisneySea. Pass satu hari harganya sekitar 6400Yen. Sila guna en.google kalau nak tahu harganya dalam Ringgit Malaysia. =D Dan kalau nak ambil Pass Dua hari pula, harganya 11000Yen. But, we decide to go to Tokyo DIsneySea only. 


Compared to Disneyland, DIsneySea ni waktu pagi tak ramai orang lagi. Mungkin sebab mostly pergi DisneyLand dulu. Wallahualam. Sebab banyak juga game yang kitorang boleh main tanpa perlu menggunakan Fast Pass hatta waiting time hanyalah 5-15min sahaja. =D

Nak cerita banyak, macam tak perlu je kan? Sebab I know, people are looking for some tips. Sebab itu juga yang saya cari. huhuhu...
Here are the best rides you should go and try by yourself.

Oh ya! before that, 



For certain ride, make sure to get your FastPass first. My suggestion, go and get your FastPass for this Tower of Terror ride first. Because, this extreme ride have a huge fans. The lane could be long and packed with people. But, honestly i don't go for that ride. No buddy. Excited. but yet, afraid to go by myself. So, at the end, i've decided not to use the fastpass and not to go for the ride. (T____T)


 

Journey to the center of the earth ni best juga! Superb! Ini antara ride yang nak saya nak repeat. Wpun ride ni tak thrilling macam roller coaster, tapi the whole journey was amazing!
 
Honestly, tak tahu nak bercerita macam mana. Sebabnya?
Sebabnya cerita ni dah lama. Ala-ala throwack sebab nak list up dalam Journal : Exciting Japan!. Ahaks 

 

So, jomlah layan gambar yang ada. And for your information, ini antara ride yang best! Dan rasa nak repeat. Kecuali Sinbad yang dekat bawah ni. Kenapa? Sebab Sinbad ni sesuai untuk mereka yang bawa anak kecil dan nak leisure dan relaks.


 

Pintu masuk ke SinBad. Ingatkan extreme game. Rupa-rupanya. Ahaks.. But still, enjoying the relaxing moments. huhuhuu

 

Dan di sebelah petang, ada live show gini. Nama pun DisneySea kan? Of courselah show dia ada kaitan dengan air. atau orang utara kata ayaq. (>_____<)
Bagi saya, tak rugi pun kalau stay dan tengok performance ni. Happening sangat. Dengan muzik yang rancak tu, rasa macam nak ikut menari juga! EHehehe.. 

 

Dan climate kepada persembahan itu adalah kemunculan Prince Mickey and Princess Minnie. Tak ingatlah pula apa tema live show ni. Tapi yang pasti, habis je show ni, kitorang sambung pergi ride lain pula. Sebab nak stay dalam Disneysea sampai malam. Katanya ada persembahan penutup lagi hebat! Oh yea!
 


 

Dan tak saya nafikan. Persembahan penutup memang yang terbaik.. Beyond expectation. So, tak rugi pun kalau stay sampai malam. 

 

And I think, we need another day at Disney. Sebabnya... kami tak sempat nak ke Disneyland! Oh Mmmm Gggg!!
But, daijyoubu desuyooooo
Keep it for the next time..

Direction?
Masa tu kitorang tumpang bermalam dekat rumah kohai. Kalau tak salah dekat area Toyosu. I'm not really sure the exact location. Lupa deh. dah lamo. Tapi, dengan bantuan google map, we use Yurakucho Line (Line Y) until Shin-Kiba eki. Then, dekat Shin-Kiba eki ni, tukar route. Ambil Keiyo Line towards Soga. Then, we opt at Maihama Eki.
Tak jauh dari Maihama Eki, jalan sikit ikut direction board and korang akan jumpa Disney Getaway. Dekat situ, bolehlah boarded Disney densha yang comel dan kiut miut tu. Densha ni memang khas untuk Disney route. So, bolehlah decide sama ada nak turun dekat Tokyo Disneysea atau Disneyland. And enjoy your excitement day!  








Episode 71: Kimono - Tips and tricks

Thursday, October 1, 2015


Wahhhh...
Title tak menahan kan?

Rasa macam terpanggil-panggil untuk bercerita dan berkongsi dengan lebih lanjut tentang kimono. Maklumlah. Pengalaman tak selalu nak dapat. Jadi, sementara masih segar di ingatan moleklah kalau saya coretkan dalam virtual diary ni. Ye tak?
Semoga, sedikit sebanyak dapat bantu awok-awok di luar sana yang berhajat nak menyewa kimono dan berjalan sekitar Jepun.



1. Sewa kimono

Biasanya, kalau nak bercuti ke luar negara mesti kita dah ada detail plan kan? Selain daripada pengangkutan (Kyoto City Bus) dan penginapan, jangan lupa sertakan sekali sewa kimono. Al-maklumlah, kalau datang jepun macam tak lengkap pula kalau tak gayakan kimono. Tapi, kalau datang Jepun masa musim panas akan disarankan pakai yukata. Berdasarkan pengalaman saya, saya tak galakkan anda bercuti ke Jepun pada musim panas. Hahahaha.. kenapa?

Sebab musim panas dekat Jepun tak sama macam dekat Malaysia. Sekurang-kurangnya, dekat Malaysia ni panas dan lembab. Tapi dekat Jepun, panas dan kering. I guess, its applicable to all countries yang mengalami perubahan empat musim. Dan lagi? Siangnya sangat panjang dan malam yang pendek. Tak puas nak tidur dan rehat. Heh!

Ok. Back to the main story.
Sewa kimono.
Dekat mana?
Kalau orang tanya saya, of courselah saya akan suggest dekat Yumeyakata. Boleh klik dekat situ untuk link website.


http://www.yumeyakata.com/english/


Berdasarkan pengalaman saya yang setahun lepas (eh, dah setahun?), sangat puas hati. Dengan hanya 2,500 yen, boleh pakai almost a day. Dengan syarat, booking awal dan datang awal. Sebab kena pulangkan kimono ni sebelum kedai tutup. 

2. Inner 

Ha! To all muslimah, pakailah inner! Sebabnya, nanti ada ahjumma (eh, korean pula) yang akan tolong pakaikan yukata atau kimono tu dekat kita. Maksud saya, inner seluar atau most people call it as tight ek? Ala, senang kata, legging.
Al-kisahnya, macam saya hari tu, saya tak pakai any legging atau tight sebab dah pakai seluar jeans. Lagi pula, masa tu dah spring (eh, even winter dekat yonezawa pun, saya tak pernah pakai inner untuk bottom part. Tak sejuk pun since winter coat saya labuh sampai ke lutut. Ngeee!)

So, bila tak pakai Inner dekat bottom part, macam speechless lah kejap bila ahjumma tu suruh buka seluar jeans. Puas jugalah berbahasa ayam dan itik dengan ahjumma tu kata tak buleh! Hahaha.. Sudahnya, ahjumma tu blah. Ambik kau. Langgar arahan lagi. Then, datang another ahjumma yang baik sket. Dia pakaikan juga kimono dekat saya. Siap tolong lipatkan kaki seluar jeans saya supaya tak nampak di sebalik kimono. Thanks ahjumma!



3.Aksesori

Done! Siap je pakai kimono tu, bolehlah pilih-pilih aksesori untuk rambut. Eh? Bertudung. Tak de masalah. Kalau korang jenis yang fashionista, bolehlah manfaatkan pin berbunga-bunga yang ada tu. Dan memandangkan saya bukan seorang yang fashionista, makanya, saya skip this part. Cukuplah tudung bawal saya sahaja. Ahaks.



But, saya tak sure pula kena tambah bayaran ataupun tidak.
Oh ya! Dalam gambar tu nampak tak saya pakai "jaket"?

Actually kena add-up sket. Since kitorang pergi masa early spring, cuaca agak sejuk jugalah. Dan kitorang tengok ramai tourist dan nihonjin yang sewa kimono ni, pakai Winter Haori ni. Makanya, kitorang pun add up jugalah. Ahaks. Makanya, kena tambah lagi 500Yen untuk Haori ni.




Then, saya add up lagi satu item which is Studio Photoghraphy. Ahaks. Buat simpanan di hari tua. Dang!

 4. Zouri
Ataupun known as Japanese Slippers. Eh! Bukan selipar jepun yang kita dok pakai dekat Malaysia ni. Hehehe.. Harulah kau!


 Makanya,
Kimono Rental = 2,500 Yen / per day
Haori = 500 Yen
Studio Photography = 1,500 Yen

Total untuk kimono Rental = 4,500Yen.

Dengan 4,500Yen, boleh pakai round satu kiyomizudera. Tak pun, boleh j pergi tempat lain dalam kyoto ni. Janji pulangkan kimono sebelum kedai tutup. Atau before 8pm. Otherwise, akan kena additional fee.

Untuk maklumat lebihhhh lanjut, saya sarankan anda semua buatlah site visit ke website rasmi diorang.
YUMEYAKATA

Oh! Nak tahu aktiviti saya sepanjang di Kyoto Dan Osaka?
Do visit here:

Episode 30: Haru Yasumi Trip 2014
Episode 67: Percutian Bajet ke Kyoto dan Osaka
Episode 68: Kyoto City Bus
Episode 69: Bamboo Grooves & Romantic Train   


  



Episode 70: Himawari, bukan adik Sinchan

Monday, August 24, 2015

Tu dia..
classic habis..
Ahaks..

 

Last trip before going back to Malaysia..
And now, i missed them all..
The place, the people.. and also the weather. 

 
father-daughter bonding time while, mummy snap the moment. And i snap their family bonding time.
 



 
And this is my family angkat selama saya di Yonezawa. Sekarang diorang dah bertambah ahli. Ada baby boy.

 

With the smile icon.
Smile Himawari. Smile~ 

 

Unfortunately, masa ni himawari banyak yang dah menunduk. huhuhu..
Tak polah..
Dapat tengok selautan himawari dengan mata kasar dan mata hati pun dah cukup bersyukur.

Wei, apsal himawari lagi tinggi dari chek?
Petite juga chek ni ghupanya nooooo.. 





 




New Year Trip to Malacca

Monday, February 2, 2015


Our first trip on 2015!

2 hours from Kuala Lumpur. Our short escape. A nice one!
It has been a while, and now i'm going to Malacca by myself and of course my roomate, Izyan. 

Our first destination was Muzium Kapal Selam which located near to Pantai Klebang. This is a new tourist attraction at Malacca. So, what are you waiting for? Let's enjoy the view!

This Muzium Kapal Selam is one of the submarine muzium in the world! Yes! In the world. That's would be the best reason, why we should come here despite the uneven road. Sigh



To enter this submarine muzium, you need to pay some fees. And once you step into the submarine, please take off your shoes and bring it with you through your journey inside it!

Sugoi yo! That's small space but all in. Room, kitchen, meeting room and of course the control station! Come and enjoy it by yourselves.

Our next destination would be Bustel, Pantai Klebang.

 

Err.. Ok. Let's tune back the language. Bustel atau gabungan BUS dan HOTEL merupakan satu tarikan baru kerajaan negeri dalam usaha untuk mempopularkan lagi kawasan Pantai Klebang. Kalau sebut aja Pantai Klebang, mestilah coconut shake yang jadi tumpuan! Betul tak?

Ditemani pula dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, Walla. What a beautiful scenery!
Rasa nyaman ja! Sesuai untuk bawa ahli keluarga bersantai di waktu petang. Selain daripada Bustel ni, ada juga deretan kedai-kedai bas yang juga memanipulasikan bas-bas lama. Tahniah kerajaan negeri! Rasa nak usul dekat Menteri Besar Kedah jugalah buat sesuatu begini. =D

Dari Pantai Klebang, kami menuju ke pusat bandar melaka yang penuh dengan tarikan seni bina bangunan tu.

 

Oh ya! Sebelum sampai ke pusat bandar ni, kami sempat singgah di Perkampungan Morten yang terletak di persisiran sungai melaka atau popular dengan Malacca Cruise yang juga merupakan satu lagi tarikan baru di Melaka.

Memandangkan kami pergi pada hari cuti umum, memang tersangat ramailah umat manusia di sini. Fiu

 

Dan satu lagi tarikan Bumi Melaka adalah Menara Taming Sari!. Yeay!
Misi #shortescape kami kali ini adalah untuk menikmati daya tarikan baru di bumi Melaka. Ada bayaran yang dikenakan untuk naik ke Menara Taming Sari. Dan waiting time pun boleh tahan jugalah lamanya. Maklumlah, ramai sangat pengunjung dalam dan juga dari luar negara.

 

Antara pemandangan yang boleh dilihat dari atas menara Taming Sari tu. Tak tinggi pun. Dalam 80meter aja dari tanah. Menara berputar di atas membolehkan kita melihat 360 degree scenery bumi melaka. Harga tiket? Tak ingat. Sebab ambil couple ticket, rate murah sikit daripada single ticket. Kalau tak salahlah. 

 

Venice Malaysia.

Selebihnya, jalan-jalan cuci mata dan juga cuci duit. Eh? Ahaks.. Sambil tu isi perut juga. Kota Melaka yang semakin menarik. Sugoi! Malam tu kitorang bermalam dekat Hotel Melaka Riverview. Sempat juga pergi makan malam dekat Parameswara ikan bakar. Tapiiii...

Urmmmm.. no more next time there. =D

Menyelit entrie fresh sambil-sambil update cerita lama dan yang paling penting, siapkan thesis!  
 
 
 

 
  




Episode 69: Bamboo Grooves & Romantic Train

Tuesday, January 27, 2015

End of January 2015.
Untuk entrie ke-2 bagi tahun 2015 ni, meh ler nak celoteh pasal trip ke Kyoto awal tahun lepas. Eh?

Take it as sambungan kepada entrie sebelum ni:

Percutian Bajet ke Kyoto dan Osaka

Kyoto City Bus

Hari kedua!
Or should I say hari ketiga?

Hari kedua di Kyoto.
10th March 2014
Kami sepakat untuk ke kawasan Higasyiyama sebab nak tengok Bamboo Grooves.
Rimbunan buluh yang buat kita rasa macam tengah masuk ke satu dimensi baru. Wahhh.. gitu bahasanya.

  
 

Wahhhhh... SUgoi yo!

Arashiyama Bamboo Grooves antara a MUST place to go if you come to Kyoto. Dan kebetulan pula masa kitorang sampai je dekat Bamboo Grooves ni, salji turun! Walla.. Fefeling Winter Sonata sangat walaupun hakikatnya begitu banyak salji dah tengok dekat Yonezawa nun. =D. 

Tapi, tak pelah. Cuma nak bagitahu yang dekat Kyoto pun salji turun! Hikhikhik..
Ok! Dan seperti entrie-entrie sebelum ni, pengangkutan utama kami sepanjang bercuti di Kyoto adalah Bas! Yes! Dengan menggunakan Kyoto City Bus Pass yang berharga 500 Yen sehari tu dan berbekalkan map yang diberikan, here we come! Nak sampai sini mudah ja! Follow the flow. Ahaks..

Sebab ini kawasan pelancongan, makanya walaupun rasa hilang arah korang ikut je langkah orang-orang dihadapan. InsyaALLAH, they will lead you here. Sebab diorang pun memang nak ke sini.



Eh, sebelum tu. Meh nak cerita ikut itenerary. Uish, melompat-lompat pula kan? Ngeeee..

Dari guest house, kitorang ambil bas menuju ke Sagano Torokko Station. Dari sini, boleh beli ticket Romantic Train dengan harga 600Yen untuk sehala. Oh ya! Ambil sehala je. Niat hatinya nak menikmati pemandangan di sekitar arashiyama ni.

 

Subhanallah!!!
Cantik giler sungai dia yang warna emerald green tu. Eh, ke turquoise? Tapi macam warna batu emerald je. Cantik sangat-sangat! Speechless. Masa kitorang pergi ni, bulan 3 sakura tak berkembang lagi. Itu yang pokok ni togel je. Nak tengok view yang cantik, pergilah masa sakura blooming atau autumn. 

 

Subhanallah!! Indahnya ciptaan langit dan bumi-MU. Kagum sangat-sangat. How i wish to be there again and again. One fine day! Honeymoon sini nak? Kata pun Romantic Train! Ahaks.

Kebiasaannya memang tourist akan ambil one way je romantic train ni. Then, nak balik g tengok bamboo grooves tu boleh pilih option lain. Supposely dekat penghujung tu, nak jenjalan dulu tengok sungai yang emerald ni secara dekat. Tapi, apakan daya. Hujan lah pulop. Ame! Salji + hujan end up hujan. Hahaha..

So, kitorang ambil train dari Umahori Station back to Arashiyama. Kena berjalan sketlah nak ke train station tu. But, not a big deal.

 
Lengang!

 

Dari Umahori Station, kitorang turun dekat Arashiyama Saga sebab nak pergi Path of Bamboo tu. Nampak tak signboard tu? Kenalah menapak sedikit.

Masa on da way nak ke Path of Bamboo ni lah Salji turun. Mewujudkan suasana yang sangat romantic you all~

 

Masa tu rasa amazing sangat! Yuki turun dekat Kyoto? Hahaha.. Ingat dekat Yonezawa je ke ada Yuki? Dan sepatutnya this trip, i called it as Winter Escape! Tapi, sampai kyoto pun jumpa Yuki! Rezeki Allah nak bagi. And now, i miss it!

 

Haaaa... tudia.. All the photos are not being edited. Cabaran masa nak ambil gambar dekat sini adalah, orang yang terlalu ramai. Oh mmmm GGGG!! I nak gambar sensorang. Tak naklah ada background orang lain. Tapi, memang menguji kesabaran untuk itu!

Oh ya! Tak ada entrance fee. Unless korang nak masuk temple-temple yang ada sebelum sampai bamboo grooves ni kan? Tapi, i olls tak masuk temple dah. Nak menikmati deretan pokok buluh ni je. 

 

And that's the end of our journey inside the bamboo grooves. Cantik sangat. Semua sudut cantik. Sampai tak tahu nak tala kamera pi kot mana. Dang!

 

Ada kawasan Rehat dan shopping! Eh, tak! Tapi bolehlah singgah pekena goguma bakaq seround. Goguma? Oh lupa! Ubi keledek.

Goguma bakaq ditemani yuki yang turun ke bumi! Dekat sini ada jual cenderahati yang berkonsepkan romantic train dan arashiyama bamboo grooves. Rasanyalah! Nak dekat setahun dah peram cerita. Jadi jeruk dah. Eh?

And i think, that's the end of our journey to Arashiyama and bamboo Grooves. Disebabkan sudah tengah hari dan zohor pun dah masuk, we decided to take the bus and continue our journey to Kinkakuji temple atau dikenali sebagai Golden Pavilion yang terletak di utara kyoto!



Sambung next entrie lah pula kan? walaupun tak tahu bila nak taip. ngeeee

Sayonara~
Ja ne~


 


 



Episode 68: Kyoto City Bus

Sunday, November 2, 2014

Assalamualaikum!!

Salam hujung minggu. Bersiaran dari Aloq Staq Kedah. Tetiba mood nak update blog mencanak-canak naik. Mungkin sebab dalam mood short escape, jauh dari data analysis dan buat-buat pejam mata tulis thesis. (Oh! Bila nak habis penulisan thesis ekau Sara?!)

Ini entry sambungan untuk episode sebelumnya.

Episode 67 : Percutian Bajet ke Kyoto dan Osaka

Klik pada link untuk baca kisah episode sebelumnya. =D

Dan sebelum saya pergi jauhhhhhh ke tempat-tempat menarik yang saya lawati di Kyoto, saya nak kongsikan dulu Nadi Pengangkutan utama di Kyoto. Kyoto City Bus!




Dalam entry sebelum ni puas saya dok membebel pasal 1-Day City Bus Pass kan? Macam mana berbaloinya untuk beli bus pass ni untuk menikmati keindahan bandar Kyoto. Harga untuk 1-Day City Bus Pass ni adalah 500Yen. Dan boleh digunakan sepanjang hari. Unlimited bus ride.

Dekat mana nak beli?
Bus Pass ni boleh didapati di stesen subway, convenient malah di hostel yang ada diami! Macam saya hari tu, saya beli dekat subway stesen terus. Dan dia bagi map laluan bas untuk kita. Nasihat saya kalau pergi melancong ramai-ramai, at least adalah seorang yang tahu baca peta! Kalau tidak, sosat ajelah tak tahu nak turun dan naik di mana. Sungguh!

Tak pun, boleh je klik dekat link atas tu untuk tengok map laluan Kyoto City Bus ni. Macam yang saya bagitahu sebelum ni, tak semua tempat dalam laluan 1-Day City Bus Pass ni. Dalam erti kata lain, bila keluar je dari laluan yang sah kenalah tambah coin sket sebelum turun tu. Contohnya kalau nak ke Higashiyama Bamboo Grooves. Next time saya cerita ok!


Macam mana nak naik bas dekat Jepun?
Urmmm.. kalau dekat Malaysia, biasanya kita naik dari depan. Ye tak? Ke macam mana? Dah lama tak naik bas. Ngeee...

Dekat Jepun, naik bas dari belakang. Dan ada dua jenis bas. Non-flat rate dengan flat rate route. Untuk flat rate route, biasanya 220Yen sekali naik tak kisahlah berhenti dekat mana pun. Dan untuk flat rate route nilah 1-Day City Bus Pass sah untuk digunakan.

Seriously, map kitorang hancur lebur masa hari last dekat kyoto. Bersungguhnya kami berdua bergantung pada Map laluan bas ni. Bas dekat Jepun sangat punctual. Tak tahu waktu bas? Jangan risau, Kyoto City Bus ni kekerapan dia sangat tinggi kalau nak dibandingkan dengan bas dekat Yonezawa tempat saya tinggal tu. (^_^)

So, just terjah dan tunggu je bas dekat hentian bas yang sepatutnya. Hah? Apa? Tak tahu kanji Jepun? Tak ada hal beb. Bas dekat Jepun ni dah tulis romanji untuk maklumkan penumpang destinasi berikutnya.

Oklah.. cukup setakat tu. 
Enjoy your weekend beb!

Selamat merancang percutian anda!