Langkawi... Ending~

Thursday, November 8, 2012

Untuk hari terakhir di Langkawi. Chek akan cuba jadikan satu post ja.. Let's cut the crap. Straight to Jalan lurus ja lah noooo.. Tak payah kona-kona dah.. Hari kedua dekat Langkawi, memang cuba plan sebaik mungkinlah.. Nak gunakan masa seoptimum yang mungkin! Seawal 7.30pagi kitorang dah check out dari hotel! Hahaha... Memang masuk hotel untuk tidoq ja.. 


Dari hotel, kami cari jalan untuk ke Oriental Village. Lebih tepatnya, ke Gunung Mat Chincang. Puncak tertinggi dekat Pulau Langkawi tu. Jalannya tak lah susah sangat. Peta yang dibekalkan pun sangat-sangat membantu. Lebih kurang setengah jam nak sampai ke sana. Disebabkan kami semua sampai terlalu "awal", lepak dekat parking dulu sambil makan-makan nasi lemak Pantai Cenang.. (^o,^)

Seronok jalan dalam Oriental Village pagi-pagi ni.. Orang tak ramai. Nak ambil gambar pun lebih privacy! Hahaha.. Nak tau dak, cable car tu boleh masuk pukul 10.00am!!! Perghhhh... lambat lagi tu.. Kalau public holidays, ye buka pukul 9.30pagi. Disebabkan masih terlalu awal dan dah puas ambil gambar dekat Oriental Village tu, kami sepakat nak pi Ayaq Terjun Telaga Tujuh. Seven Walls Wells..


Sampai dekat Telaga Tujuh tu, tengok-tengok kena panjat-memanjat kalau nak tengok ayaq terjun telaga tujuh tu.. aigooooo..chek ni, bab panjat memanjat bukit apatah lagi gunung, memang fail! Tak sangguplah.. Tanya adik-adik pun, pakat-pakat tak mau dah. Tak mau panjat. Ngeee.... Konklusinya? Kita tengok SEVEN WALL WELLS tu dari atas cable car je lah. Setuju tak?? 

Pukul 9.50 pagi, pakat dah beratur depan kaunter. Nak beli tiket cable car. Oh ye! Jangan lupa sediakan kad pengenalan ye! Tak ado kad pengenalan tak dapatlah harga 1Malaysia. Beza RM10 kot! Dengan kad pengenalan, harga cable car cuma RM15 seorang. Jadi, kenapa pilih yang mahal kan? Selesai beli tiket, masa untuk naik cable car!! Yuhuuuu... I like! Cable Car ni ada 2 stesen. Stesen yang pertama tu, nak turun boleh, tak mau pun tak pa. Boleh teruskan perjalanan ke puncak..


Menuju puncak impian yang nyata~ ^^,. Sampai je dekat Puncak Gunung Mat Chincang tu... subhanallah! Indahnya!! Tak payah penat-penat nak panjat bukit/gunung tu.. Dapat juga menikmati keindahan bumi ciptaan Allah.. Gunung-ganang, pulau-pulau, pantai dan laut yang biru... Speechless! Terlalu mengkagumi ciptaan ALLAH. yang cukup sempurna. tiada cacat celanya. Tapi.... unfortunately.. Sky Bridge di tutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.. Huhuhu... Nak lalu dekat Sky Bridge tu!!! Uarggggghhhhh... Lain kali nak g lagilah.. Mana-mana yang tau Skybridge  tu dah buka, btau ek! Nak pergi lagi!..


Dari Cable Car, lanjut pergi cari Pantai Pasir Hitam pula. Nak pegi Pantai Tengkorak tapi macam tak sempat nak kejar masalah pula kan? Jadi, terus ke Pantai Pasir Hitam.. Ku sangkakan pantainya panjang macam Pantai Cenang tu, sekali yang dijadikan tumpuan tu, secoet je kata orang.. Penat mencari! Huh!.. Malaslah nak story pasal Pantai Pasir Hitam ni. Banyak sangat kisah dongengannya. Nak tahu, g baca sendiri! Eheh. Lepas tu, terus ikut signboard ke Padang matsirat. Sibuk dari semalam nak tengok Padang Beras Terbakaq kan? Ngeee...


Hasinya? bak kata adik-adik.. "Kak Ngah, bukan beras terbakaq.. Tapi duit kami yang terbakaq ni!" Hahaha... mahunya tidak.. kiri kanan orang berjual. Dari keychain, batik, t-shirt, fridge magnet sampailah ke Gamat! Semuanya ado. Tinggal nak keluaq duit, bayaq ja. Itu yang dengan duit-duit ikut terbakaq tu.. Eheh.. Saya tak syorkan anda ke sini unless anda betul-betul nak bakaq duit! Hahaha.. Maap ye!

Masa on da way nak balik, terjumpa kedai makan. Apa lagi? Singgah jalah. Jom Ikan Bakar. Masa baca-baca dalam blog, ramai yang rekomen restoran ni. Murah dan berbaloi-baloi. Jadi, alang-alang dah jumpa, kita stop makan dululah kan? Total untuk 5 orang makan baru RM39.00.. Murahlah kan? Ikan bakaq dua jenis, sambal udang semangkuk, sup daging semangkuk, kangkung goreng semangkuk, ayaq dengan nasi. Berbaloi-baloi..

Lepas tu, pergi Pekan Kuah. Cari coklat lah der.. nak buat apa lagi?? Yang lebih penting, nak pulangkan kereta pukul 3 juga. Kalau tak, nanti duit deposit burn lagi! Tak mau!! Kena jimat!!! Hahaha... Pilih punya pilih.. Borong punya borang, habis dekat RM70 juga untuk coklat! Dasat aih... Boleh pengsan macam ni! Hahaha...

Tunggu apa lagi? Buang duit beli coklat sudah, pi hantaq keretalah pula. Selesai urusan memulangkan kereta, abang sewa kereta tu hantaq kami pi Dataran Lang. Upon Request. Sebab sampai ja Langkawi pagi semalam, dah beli tiket balik K.Kedah sesiap. Ambil tiket last kot. Tiket pukul 7.15pm. Amek kau!! Betapa dekat Dataran Lang tu seawal pukul 3.30petang. Dengan matahari membahang di atas kepala!! Hahaha.. Sudahnya, dengan selamba duduk dekat mana-mana yang teduh. Nak lepas lelah sattt.. Dalam pukul 4.30petang macam tu, ke awal lagi ntah.. Kami berjalan pi Taman Lagenda. Best!



Dari Taman Lagenda tu, lanjut pi dekat Dataran Lang. Bergambarlah..sambil lepak-lepak tunggu boat terakhir tu..


Dannnnnnnnnn...berakhirlah sudah percutian bajet di Pulau Langkawi selama dua hari satu malam...

 
Yeay! Akhirnya... tamat juga kisah Langkawi ni.. Nak cerita pasal KDH pula lah.. eheh.. Nantilah bebila dah tak sibuk.. ^^, Selamat malam semua.. Nak tidoq! Mata dah berat dah ni.. Cerita setakat itu sahaja.. Nak lagi, sila tanya..dan saya akan jawab! Hahaha...

Eh, kalau buat giveaways macam best juga kan? Terlebih beli fridge magnet dengan keychain!! Hahahaha... Gara-gara beras terbakaqlah ni!

Untuk imbas semula, jom baca:



Langkawi Lagiiii... III

Wednesday, November 7, 2012

Hallloooooo..Hai.. Hai..Hai....
Terbantut lagi cerita pasal Langkawi tu.. Aigoooo.. nak buat macam mana.. Kengkangan masa.. Jadi, malam ni kita cuba. Cuba untuk habiskan cerita yang tak berapa nak panjang..dan tak berapa nak pendek tu...

Waittt... where are we?? Jom usha balik jomm... Haaaa....kita berhenti dekat Island Hoping kan? Sebelum tu, dah baca pasal dilambung ombak?? Sambungannya?....


Untuk Island Hoping ni, harganya RM25 seorang. Pakej ni boleh dapat dekat mana-mana ja dekat Pulau Langkawi tu.. Dekat Jeti ado.. dekat hotel-hotel pun ada.. Tinggal nak pilih mana yang berbaloi ja. Macam pakej yang chek ambil ni, diorang pick up dekat hotel. Jadi, tak perlulah susah payah nak bawa kereta cari jalan pergi port diorang. Katanya pukul 2.30 nak datang pick up.. Sekali pukul 2.00petang abang pick up dah telefon katanya dah tunggu dekat hotel...


OMMMMMMGGGGG... cepat-cepat patah balik hotel..dengan kaki... Hahaha.. Sebab tadi dok berjalan dekat Pantai Cenang tu.. Tak sempat dah nak tukaq-tukaq baju. Tukaq seluaq ja.. Itu pun dekat jeti untuk naik bot ke pulau-pulau. Mahai ooooo tandas dia.. Padahal nak tumpang tukaq seluaq ja.. Sabaq betol!.. Hehehe... tukaqlah dari seluar jeans kepada tracksuit! Hahaha.... Ok..cut the crap!.. Biasanya satu boat dalam 10 orang. Jadi, kami berlima campur 3 orang budak perempuan yang tengah cuti semester dan dua orang mamat foreigner. 

Destinasi pertama untuk Island Hoping ni adalah Pulau Dayang Bunting.. Have you ever heard about it? Pernah? Gooooddd... Best ooooo naik boat tu... lajuuuuu... beranginnn je.. Terbaikkkk... Subhanallah.. cantik sungguh ciptaan ALLAH.. Pulau-pulau kecil yang ada berdekatan Pulau Langkawi. Pernah baca tak yang Pulau Langkawi dikelilingi 40 ke 100++ buah pulau-pulau kecil yang menjadikan Pulau Langkawi ni yang terbaikkkkk... Muahahaha... Google lah sendiri ek.. Ngeee...

Nampak tak? Kenapa dipanggil Dayang Bunting?
Ha! Sebelum sampai ke Pulau Dayang Bunting tu, bolehlah menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH yang begitu sempurna ni. Rasa macam nak snap everything! E.V.E.R.Y.T.H.I.N.G! Abang yang bawa boat tu berhenti dekat tengah-tengah laut. Sebab nak tunjuk dekat kitorang DAYANG BUNTING tu. Subhanallah.. lain rasanya tengok dalam gambaq dengan tengok pakai retina mata sendiri! Sebab tulah nama pulau tu Pulau Dayang Bunting!..


Sampai dekat jeti, kitorang diberi masa sejam untuk keliling pulau Dayang Bunting tu. Pulau Dayang Bunting kan popular dengan Tasik Dayang Bunting. Jadi, memang tak sabaq-sabaqlah nak pi cari Tasik Dayang Bunting tu.. Sekaliiii.... perghhhhh... Kena memanjat dululah!!! Arggghhhhh!!! Stressss! Hahaha.. Menapak anak tangga sambil ditemani kera di kiri kanan tangga. Jadi, be careful! Jangan sampai kera rebut makanan sudahlah ye!. Yang pasti, nak naik memang penat. Nak turun pula, mak ai! Curamnya!!!....


Tapi, hasilnya? Terbaikkkk.. Kagum.. Subhanallah..Indahnya tasik di tengah-tengah pulau.. Orang kata air tasik ni, tak masin dan tak manis.. Errrrr... bila tengok foreigners buat high jumping masuk mandi dalam tasik tu, pikiaq dua tiga kali juga oooo nak rasa betui ka ayaq tasik tu tak masin.. Tapi, konklusinya! Tak rasa pun!! Hahaha.. Erk! Tak menyesal pun tak rasa ayaq tu..  Tak sanggup! Hahaha..

Dari Pulau Dayang Bunting, kami dibawa pula ke Pulau Singa Besar. Tapi tak turun dari boat pun. Boat berhenti tengah laut. Tengok Eagle Feeding.. tengok Burung Helang.. Tengok Helang!! Real! Depan mata oooo... H.E.L.A.N.G! Depan mata! Terbaikkkkk... Selama ni dok tengok dalam zoo ja! Hahaha..Dari Pulau Singa Besar, kami dibawa pula ke Pulau Beras Basah. Subhanallah! Pasir pantai dia!! Tak tahu nak cakap macam mana.. Tapi tekstur pasir dia sangat lain dari pantai-pantai yang chek pernah pi. Dekat Pulau Beras Basah ni boleh buat aktiviti pantai macam Banana Boat, Snorkelling dan Parasailing.. Tapi sebab tak ado bajet lebih, kita jalan-jalan tepi pantai je lah.. Ayaq dia biru. Kebetulan pula ayaq tengah surut.. memang boleh berjalan sampai ke tengahlah.. batu karang pun banyakkk..

Nampak tak helang tu?
Ha! Beware!! Sila bawa keropok-keropok dan air sendiri. Sebab air dan keropok dekat Pulau Beras Basah ni, gila mahal! Satu botol kecil pun dekat RM3.00!! Perghhhh... Ha! Dekat Pulau Beras Basah ni pun dapat sejam juga.. Tapi tak strict pun.. Nak lepak lelama pun boleh.. Abang tu steady ja.. Ha! situ memang ramailah yang buat sunbathing.. Seksa mata chek tertengok! Hahaha..
 
Itu jalah aktiviti Island Hoping. Berbaloi dengan bayaran RM25. Balik hotel pun, dihantar. Jadi, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Sampai hotel, terus check in masuk bilik.. Disebabkan adik-adik nak mandi pantai. Dan peralatan elektrik perlu dicas semula.. Handphone kehabisan bateri langsung! Huhuhu.. Makanya, terpaksalah saya lupakan aktiviti mandi pantai tu dan stay dalam bilik.. Bagi adik-adik je lah.. Ngeee...

Malam tu, lepas maghrib.. keluar jenjalan cari makan dekat pantai cenang. Jalan kaki je. Cari punya cari, kebanyakkan kedai masih tutup. sedih! Jumpa satu kedai makan ni. Not bad. Selesai makan-makan, jenjalanlah lagi tengok kedai-kedai dekat sekitar Pantai Cenang tu.. Sekaliiiiiiiiii......

Hujan!!! Lebat!!! Hahahaha... Sudah!! Stranded dalam kedai cenderamata. jauh juga dengan hotel. Tunggu punya tunggu, tak ada tanda-tanda nak berhenti pun. Barang dalam kedai tu pun dah tak larat nak dibelek. Sudahnya, redah jelah. Basah. Kuyup... Nak buat apa lagi?? Sampai bila, tukor bajulah jawabnya.. dah kuyup dek hujan..

Next?? Oriental Village dengan Cable Car!! The Most exciting activity in Langkawi..

 



Bajet Langkawi II

Saturday, November 3, 2012

Haaaa...tudia.. Bajet Langkawi II.. Part I mana? Mai tang sini mai... Boleh pula tetiba pi tidoq kan? Haru sungguh.. Ok.. Sebelum chek sambung cerita dekat Pulau Langkawi, meh chek ceghita dulu al-kisah dekat Jeti Kuala Kedah naaa...

Ha! Kan chek habaq kata abah chek yang hantaq pi Jeti kan? Disebabkan masih terlalu awal untuk abah lanjut ke pejabat, abah tunggu feri dengan kami. Lepas selesai beli tiket untuk 5 orang, adalah sorang pak cik ni mai sembang-sembang dengan kami. Tanya dah booking hotel ka belum. Chek pun habaq jalah.. Dah booking tapi tak bayaq pun lagi.. sebab booking dekat booking.com. Nak booking guna Agoda.com tapi ada internet tax lah.. jatuh mahal balik.. huhuhu.. booking.com ni sempoi. No deposit needed. Free cancellation before period days and no tax. Macam mana harga dekat hotel tu, macam tulah harga internet.

Ok.. Pak cik ni pun promotelah satu hotel dekat Pantai Cenang. Pasai hotel yang chek booking tu dekat Mukim Kedawang. AnZ Inn.. Jauh sket dari Pantai Cenang. Alang-alang pak cik tu nak promote sekali dengan kereta sewa bagai, chek ajaklah abah chek pi dengaq sekali.. takutlah kami kena tipu nanti.. Deal punya deal, dapatlah DELUXE BRICK dekat MALIBEST RESORT dengan harga RM110 semalam.. Ngeee... Lepas tu dapat Kereta Wira Auto dengan RM50 Sehari dan Pakej Island Hoping RM25 per person. Oklah tu. Ha! DELUXE BRICK ni dok seberang jalan tapi dekat jugalah dengan Pantai Cenang tu. Dalam bilik tu ada 2 katil QUEEN. Besaq kan? Harga pun dalam bajet lagi. Bilik ayaq dia pun besaq kott.. Siap ada penyidai tarik-tarik lagi dalam bilik ayaq tu.. hahaha... Tang ni hangpa kena pandai tawaq menawaq sketlah. Mula-mula pak cik tu nak letak RM30 untuk ISLAND HOPING!

OOOOOMMMMGGG!! Mahai kot! Terkejut chek. Selama ni dok baca dalam blog-blog orang around RM25 ja.. Dan boleh dapat serendah RM24 kot! So, outsiders! Be careful.. Jangan jadi Tipah tertipu ya!


Itulah al-kisahnya dekat Jeti Kuala Kedah.... Ni nak sambung cerita bila dah jejak tanah Pulau Langkawi pula.. Sampai ja dekat Jeti Kuah tu, pakat pi withdraw duitlah.. naik feri poket kosong! Hahahaha... Lepaih tu, terus talipon Person in charge untuk kereta sewa tu habaq kata dah sampai Langkawi. Dalam kurang 5min, Abang Mat tu datang dengan Avanza. Terkejut sat! Ingatkan daripada Wira dapat Avanza, rupanya abang Mat tu nak bawa kitorang g tempat kereta sewa dia dekat Pekan Kuah nun.. Aigoo.. bermulalah proses memilih kereta yang begitu banyak.. Harga lain-lain kot. Cam WIra Auto ni, dapat harga RM50 sehari. Maksudnya untuk tempoh 24jam. Lepas tempoh tu, charge RM10 sejam dikenakan. Tapi, deal punya deal dengan abang tu, dapatlah RM20 untuk extra 3 jam. Plus percuma 2jam..Hehehe...

Dapat ja kereta, pi isi minyak dulu. Abah cakap RM20 pun dah cukup nak pusing pulau tu. Ok.. untuk permulaan, kita isi RM20 sudah.. dekat Petronas dekat Pekan Kuah tu. Dan agenda pertama nak cari makam mahsuri! Muahaha.. Orang kata, dah mai Langkawi ni tak sah kalau tak masuk Makam Mahsuri kan? Ok, misi mencari jalan. Separuh baca peta sementara chek follow direction dalam Wazee tu..Muahaha...


Cari punya cari, sampailah ke Kota Mahsuri. Untuk pengetahuan kamu-kamu di luar sana, nak masuk Makam Mahsuri ni kena bayaq ok! RM5 seorang. Aigoooo...Keluaq duit lagi.. Ingatkan free! Ceit! Hahaha... Bagi yang cintakan sejarah, anda dialu-alukan untuk datang dan baca sejarah Mahsuri di Langkawi..


Dari Makam Mahsuri, kami lanjut pi Ayer Hangat Village. Sebetulnya dalam misi mencari Padang Beras Terbakaq yang famous amos sangat tu.. Tapi, lain yang dicari, lain pula yang dijumpai. Neber mind. Singgah dulu.. Ambil gambaq! Kat sini FOC! Nice! Ada kolam ayaq hangatlah! Ada juga batu-batu refleksologi. Tapi dah pi pun masa matahari dok atas kepala, takkan nak rendam kaki dalam ayaq hangat pula kan? Huhuhu..

Dari Ayer Hangat Village tu, kami teruskan misi mencari Padang Beras terbakaq. Tapi tengok jam dah pukul 1.00 petang. Jalan ke Pantai Cenang tak tau lagi apa ghupa. Plus, kitorang dah ambil pakej Island Hoping petang tu. Pukul 2.15 petang ada orang datang pick up dekat hotel. Jadi, nak tak nak kena cari jalan ke hotel dengan segera. Makanya, lupakan seketika Padang Beras Terbakaq tu, kita cari jalan ke Pantai Cenang.

Dari Padang Matsirat nak ke Pantai Cenang ni, lalu dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tau! Hehehe.. cuci mata sat.. Alhamdulillah, dalam pukul 1.30petang kitorang sampai dekat hotel. Ingat nak check inlah kan? Sekali ye kata check in pukul 3.00 petang! Ceit! Hampeh lagi! Dah nak kena g Island Hoping pukul 2.15petang.. Tak bleh nak check in jugalah ni.. Barang-barang tinggal dalam kereta..

Next? Pergi Island Hoping! Nanti chek sambung lagi naa.. Lapaqlah.. nak pi makan Ikan siakap sweet sour from my mom's kitchen.. Hehehe...

  



Bajet punya pasal...

Salam November~
Cepatkan masa berlalu... Dan dah lama rasanya tak berceloteh panjang dalam ruangan blog sendiri.. EHeh.. Banyak cerita.. banyak isu.. tapi tak sempat nak coretkan apatah lagi nak kisahkan di sini..Huhuhuhu... Cerita yang paling tak sabaq nak kongsi, sudah tentulah kisah percutian bajet kami ke Langkawi.. Ngeee... Bajet punya pasal beb.. Dari 3 hari jadi 2 hari.. sudahnya, pergi naik boat trip awal pukul 8.00pagi, balik keesokan harinya trip last pukul 7.00malam.. Muahahaha....

Sebelum chek melalut, jom tengok keseluruhan bajet secara perseorangan.. Kalau nak tahu jumlah keseluruhan, kali 6 kata orang tua.. =D


Seee??? Tengok??? Itu belum masuk shopping coklat, minyak gamat dengan batik lagi.. Kalau masuk bab shopping ni, chek pun tak tau nak katalah percutian bajet ke tidak.. Hehehe... Haaaaa...chek ni nama ja dok Kedah paling tepatnya Aloq Staq.. Lebih 10tahun dah kot kembali ke sini, tapi secara peribadinya... chek tak sampai-sampai pun lagi Langkawi ni untuk bercuti.. Adalah sekali tahun 2005 dulu.. wakil maktab untuk kuiz sastera minggu bahasa mrsm zon utara. Tapi tak melancong memana pun..huhuhu...

Makanya, dua tiga minggu sebelum hari kejadian..kalau bosan ja, chek buka internet google pasal Langkawi. Dari satu blog ke satu blog chek baca nak ambil info dan maklumat dari rakan-rakan blogger. Banyak juga yang bermanfaat. Thanks bloggerssss... Makanya, kali ni giliran chek pula nak kongsikan cerita pahit manis suka dan duka menahan lambungan ombak untuk sampai ke Pulau Langkawi ni.....

Bajet punya pasalkan? Jom kita baca intro dulu...

Pukul 7.15 kami gerak ke Kuala Kedah. Abah yang hantaq.. Ngeee.. Rumah chek bukannya jauh mana pun dengan Jeti Kuala Kedah tu. Dalam setengah jam macam tu ja. Kami pi berlima.. Kami empat beradik dengan seorang adik sepupu sebelah abah. Sampai jeti, terus pergi kaunter. Nak beli tiket pukul 8.15pagi. Harga tiket adalah RM23 per person sehala. Highlight besaq sikit. Jadi, tang tiket memang tak dapat nak tawaq menawaq dahlah. Memang itu regenya. Nak tak nak, RM46 kena ada dalam tangan. Kalau tak, jangan kau bermimpi nak pergi ke Langkawi dengan boat. Berenang ja lah.. FOC! Eheh...

Perjalanan laut dari Kuala Kedah ke Jeti Kuah, Langkawi adalah dalam 1 Jam 45 minit! Perghhhh... Highlight besaq-besaq lagi. Konon nak buat keballah kan. Tak mau makan ubat tahan muntah.. Awal-awal steady je lagi.. Ombak macam baik je.. Lepas 45minit, laut semakin bergelora..Bila laut bergelora, perut dan anak tekak pun ikut bergelora jugalah.. Masa ni, kalau baru nak makan ubat, memang tak jalanlah. Tak de kesan dah beb.. Nak tak nak, chek teguk 100plus lepas tu pejam mata. Habis cerita.

Lebih kurang pukul 10 jugaklah kami sampai dekat jeti Kuah tu. Check in foursquare dulu.. hahahaha.... Lega dapat jejak tanah semula..Fiuuuu..... Haaa... Lepas tu?? Ngantuklah.. nak tidoq dulu.. nanti chek sambung cerita lain naa??? Oyasumi Nasai minnnasann...