Engineer to be??

Sunday, June 20, 2010

Assalamualaikum..

Ohayou Gozaimasu..Ogenki desuka..Yoroshiku Onegaishimasu..

Engineer to be.. tajuk pun mcm menarik je.. iye ke? By the way, this time saya nak bercerita sedikit. Hikayat seribu satu malam. Dalam entrie-entrie sebelum ni pun, saya ada menceritakan serba sedikit. Urmm..Hikayat seribu satu yang nak dibuka hari ini adalah hikayat saya..

Sedar tak sedar, dah pun masuk minggu ke-9 saya berpraktikal di BEMS, HSB. Ada pahit.. dan ada manisnya. Ada kala riang adakala sedih. Biasalah..asam garam hidup.. mana ada yang heppy je sentiasa kan?

Back to the story..

Amacam? Ada bakat tak kitorang bertiga ni jadi engineer? Me, Cik Pah and Cik Fiq. Kat UTM tak berapa nak teguq, masuk je kat sini, kamcheng habes..hahaha.. I’m happy with both of you dear..(‘o,’)

Paling best, saya rasalah kan.. orang lain saya tak tahu.. Paling best dapat follow En.Syaiful. Or, mungkin title abang kot. Beliau pun bukanlah tua sangat. Anak-anak pun baru umur 3-4 tahun. I guess..

Dengan En. Syaiful ni banyak g site yang ada alat-alat radiologi. 1st time masuk OT pun sebab follow En. Syaiful buat breakdown tuk alat radiologi. Radiologi equipment ni macam C-arm, fluoroscopic, mobile x-ray, fixed x-ray, CT scan, MRI, adik-beradik scanning system. Ntah dah berapa banyaklah radiation yang terkena kat kitorang ni.. hahaha.. Janji happy ja..
Dalam OT. credit to Cik Pah atas gambarnya


Pernah sekali follow beliau untuk repair mobile X-ray model AMX 4 dari GE Medical. Habis dirongkahnya equipment tu.. sampailah tercerai segala kulit tinggal isi je.
Ada 1 word dari En.Syaiful yang memang saya tertarik.

“Cuba tengok vendor yang mai sini, ada tak orang melayu?.”

(Urmm..dari pemerhatian saya, mostly vendor-vendor yang dijumpai hanyalah cina semata-mata. Tak Nampak pula orang melayu mahupun india.. lalu saya gelengkan kepala.)

“At least bila ada orang-orang mcm kita dan company macam Healthronic and etc ni, peluang pekerjaan kat kita anak melayu ni luas. Bila breakdown segala, kita leh belajar banyak benda. Cuba bayangkan kalau semua ni kita bagi kat vendor. Rosak sikit je panggil vendor. Sampai bila pun kita tak boleh nak explore alat tu lebih menyeluruh.”

Ayat yang telah diubah sedikit mengikut fahaman saya.. Urmm..betul juga tu. Inilah peluangnya untuk kita explore lebih mendalam alat teknologi yang didatangkan dari pelosok dunia ni. 

Siapa tahu, kalau kepakaran-kepakaran yang ada pada anak-anak melayu seluruh Malaysia ni kita gabungkan, tak mustahil one day nanti kita sendiri yang hasilkan medical equipment ni. Dari kita dok melaburkan duit beribu-ribu, berjuta-juta kat Negara asing especially kepada ISRAEL tu, kan bagus kalau kita pula yang buat diorang melabur juta-juta ke Negara kita sebab beli barangan kita. Tak mustahil kan satu hari nanti..

Panjang pula celotehnya..k sambung lain kali..kalau rajin..daa..

11 comments:

fiq said...

rasa cm nk masuk R&D je nnt. serabut je keje cmni. dh la x fhm.

Cik Sara said...

betui3x.. jom keje kat RnD..

fiq said...

jom. khatam psl medical equipment lu.

Cik Sara said...

hahaha..
serabut juga nak khatamkan medical equipment ni..Bukan 1 banyak tu.. specialised one thing je ok tak? hahaha

FyZa said...

fuyoo..nmpk mcm bes..hehe

Cik Sara said...

fyza - hehehe...memang best kalau dapat explore mende baru..

Hazirah al-Barakbah said...

fiq aku sarankan ang sambung master. mcm aku ni dh lebih belajaq, sampai la otak lembab jugak. haha.

sama2 kita usaha keja rnd nnt. cari encik ezam tu lah tlg rekemen mana2 haha :)

fiq said...

xmo sambung belajar dh. teeetttt...

Cik Sara said...

Hazirah Barakbah- Rasa macam bukan ang sorang je yang dah lembab otak..otak kami pun dah rasa lembab bangat. Slow je nak kutip info..hahaha...

Walaweh, kalau dapat keje sambil sambung blajar pun ok..

Anonymous said...

assalamualaikum.. akak..saya ida.. xsengaja terjumpa n terbaca blog akak..nak tanya..ok x praktikal kat HSB? sy student unikl bmi dlm biomedical engnrg...dok cari tmpat prktikal ni..

Cik Sara said...

@Anonymous

Ida... akak dah respon awak punya soalan dekat sini...
Scroll bawah sikit ek... .(^___^).

http://cintakuntumansyurga.blogspot.com/2013/01/anda-tanya-saya-jawab-i.html