Inovasi Pelupusan Sampah

Friday, June 25, 2010

Assalamualaikum…

Ohayou Gozaimasu…Yoroshiku Onegaishimasu….

Entrie kali ini boleh saya katakana agak panjang dari biasa. Kalau sebelum-sebelum ni entrie saya sememangnya panjang,kali ini lebih panjang. Nasihat saya, kalau berminat untuk mengetahui, teruskan bacaan, jika tidak, lakukan yang sebaliknya.

Cerita yang berbentuk fakta ini saya peroleh daripada Akhbar Utusan Malaysia lewat sisipan yang dikeluarkan iaitu MEGA pada keluaran bertarikh 27Mei 2010 hasil tulisan Marhaini Kamaruddin. Sudah agak lama saya simpan keratan akhbar ini tetapi belum berkesempatan untuk dikongsikan di blog ini.


INCHEON, sebuah Bandar di Korea Selatan dikhabarkan akan menjadi hos Sukan Asia pada tahun 2014. Oleh itu, dalam tempoh beberapa tahun ini, Korea Selatan dilihat sibuk membuat persiapan termasuklah membina insfrastruktur untuk temasya sukan terbesar benua Asia itu. 3 daripada 20 kemudahan baru yang dijangka akan dibina itu termasuklah Kompleks Sukan Air, Lapangan Acara Berkuda dan Padang Golf 36 lubang. Apa yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan di sini adalah lokasinya iaitu di Dream Park.


Dream Park, bukanlah kawasan berbukit yang ditarah untuk pembangunan. Bukan juga tapak bangunan lama yang dirobohkan untuk pembangunan. Sebaliknya, Dream Park ini merupakan antara tapak pelupusan sampah terbesar di dunia dengan keluasan 20 juta meter persegi yakni kira-kira 2800 kali saiz padang bola. Dream Park turut dikenali sebagai Sudokwon Landfill dan menerima kira-kira 18 000 tan sisa pepejal setiap hari. 

Kira-kira 500 lori penuh dengan muatan sisa buangan dari kawasan perumahan dan tapak pembinaan sekitar kota metropolitan Seoul, Incheon dan Wilayah Gyeongi ditimbunkan di situ setiap hari.Sesuatu yang kita tak pernah tahu. Dan di Malaysia, di mana agaknya sisa buangan ini dikumpulkan? Sememangnya saya tak tahu. Bagaimana pula pemandangan tapak pelupusan sampah di Negara kita jika hendak dibandingkan dengan kawasan Sudokwon Landfill ini?


Di Sudokwon Landfill ini, walaupun timbunan sampah telah membentuk bukit di tapak berkenaan, namun tidak ada baying lalat atau langau yang menghurung. Bahkan bau tengik yang menusuk hidung juga tiada. Berbeza dengan situasi tapak pelupusan sampah di Negara kita.

Mr.Google

Berpegang pada prinsip “Bukan Semua sisa buangan adalah sampah”, Sudokwon Landfill Site Management Corp atau SLC yang bertanggungjawab menguruskan sisa buangan secara sistematik dan mesra alam itu kian merealisasikan impian untuk menukar tapak pelupusan itu menjadi lokasi ekopelancongan terbaik dunia.

Dream Park dibangunkan selaras dengan impian Korea Selatan untuk “mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan meningkatkan pertumbuhan hijau”. Ini diakui sendiri oleh Marhaini Kamarudin, salah seorang daripada 28 wartawan ASEAN yang di bawa meninjau Sudokwon Landfill baru-baru ini.

“Menjadi matlamat kita untuk mengubah tanggapan bahawa setiap tapak pelupusan sampah adalah kawasan yang menjijikkan. Di bawah teknologi Hijau, sisa buangan boleh menjadi sumber tenaga yang berharga.” – Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) SLC, Cho Chun Koo

Buktinya, SLC kini menggerakkan laji tenaga 50MW terbesar di dunia dengan mengoptimumkan sepenuhnya gas yang dikitar semula dari tapak pelupusan itu. Loji itu menjana elektrik bernilai AS$30juta setahun dan Berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (CER) bersamaan 850 000tan karbon dioksida.

Walaupun sisa buangan kawasan perumahan , tapak pembinaan dan industry dari 58 daerah dilonggokkan di situ, SLC komited melindungi alam sekitar dengan mengguna pakai sistem pelupusan sisa, prosedur nyah kuman dan penyahbauan yang canggih.

Ini saya Quote dari penulis dan saya menyokong kata-katanya;

Selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk meneroka sumber tenaga baru, teknologi yang dibangunkan SLC mungkin pilihan terbaik setidak-tidaknya untuk Lembah Klang. Sebagaimana Kota Metropolitan Seoul, Kuala Lumpur juga menghadapi cabaran untuk melupuskan sampah yang mencecah ribuan tan setiap hari.
Dengan menukarkan sampah menjadi sumber tenaga, masalah pelupusan sisa buangan dapat diatasi, Negara menemui sumber tenaga elektrik baharu dan lebih penting, Malaysia akan berada di landasan betul dalam mewujudkan persekitaran lebih bersih dan hijau!

1 comments:

nabilah_2908 said...

malaysia patut contohi korea.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH