Marah atau Ketawa??

Thursday, June 10, 2010

Assalamualaikum...

Ohayou Gozaimasu!!! Ogenki Desuka??? Watashi wa Genki desu!..

Berterabur jer nak speaking jepun... Tapi tak pe, Orang kata "Practices make perfect". Hari ni, 10hb Jun 2010 bersamaan dengan 7 minggu berpraktikal.. Hohoho...


Dalam tempoh 7 minggu ni, macam-macamlah yang jadi.. Dapat long lecture (**Kalah my lecturer kat uni).. Dapat amarah orang...Dapat tengok ke"profesional" orang yang menyuruh kita buat kerja secara profesional....Dapat tengok gelagat doktor-doktor.. yang muda mahupun verteran.... Dapat juga tengok sister-sister yang cengey (**betul ntah ngejanya..) bagai nak rak tu.. mcm ini hospital bapak dia punya....


Cengey gak nurse nie kan?

Hehehe..mengutuk orang pulak..ok! enough of that...
Ni nak cerita..pasal kena marah..2 kali turut-turut.. Ntah pape je..huhuhu....
Meh nak ulang cerita..Mungkin tak berapa nak tepat seperti waktu kejadian.. Al-maklumlah, lupa nak record setiap percakapan..

urmm..sedih..

SITUASI 1..
Menuju ke Burn Unit bersama-sama Cik Pah dan Cik Fiq. Tujuan? Untuk buat observation bagi equipment yang dipilih Cik Fiq. PMS..Physiologic Monitoring Systems.. (Bukan Premestrual Syndrome Ok!!)

Bukan saje suka-suki nak g situ. Actually kitorang nye project kena uat CA tuk 5 barang kat hospital yang dah lebih 10tahun plus more than RM10K. Sorang 5 barang ok! Bukan 5 barang 5 orang buat!!.

Cik Fiq : Sister, ada tak PMS yang lebih dari 10 tahun kat sini? Yang bawa dari hospital lama?." 
Cik Fiq bertanya pada sister bertugas sementara  saya dan Cik Pah sekadar menunggu di luar bilik sister. 
Sister : PMS yang mana?.
Cik Fiq : Untuk no. aset yang ini..


Sambil Cik Fiq tunjukkan notebook keciknya itu pada sister tu.. maklumat lengkap dalam cmis.com.

Sister : Takkan awak nak tunjuk dekat saya macam ni? bawalah satu list yang tulis sekian barang..sekian nombor aset..kan senang saya nak cari..
Cik Fiq : Nak tengok barang ni je
Sister : Ye lah, bawalah list mai kat saya. ini tak bagi macam ni je.

..Diam..

Sister : Ni sapa ketua awak? Aisyah?
** Kak Aisyah ni TA yang incharge Burn Unit.

At the same time nurse ni nak called Kak Aisyah. Cepat2 kitorang gtau yang kak Aisyah MC.tak sihat.. 

Cik Fiq : En.Rofaif
Sister : Awak nak buat apa?
Cik Fiq : Ni, nak buat report tuk BER. Equipment tu dah lebih 10 tahun. Nak suggest kat goverment tuk tukar yang baru.
Sister : Yang tu lari pi blakang buat apa??

** Kebetulan plak saya ngan Cik Pah dok kat luaq bilik sister cam tersorok sketlah.. Dia ingat kitorang nak lari.. Ingat kat padang ke nak buat larian 100m?? aihloh..Orang kesian tengok member kena sound gitu..

Last-last sister tu buka juga stor peralatan.. Ha..kan senang kalau dari awal buka je pintu stor tu.. ini tak, nak bagi gak lecture panjang-panjang.
Cik Fiq tanyalah ada masalah tak dengan PMS tu, dok guna lagi tak. Rasanya jawapan sister yang menjawab kepada pertanyaan tu, tak sampai pun setengah muka A4 paper.. Tapi dia punya bercakap..panjang sungguh.. Siap cakap..

"Awak ni dok perabih duit rakyat. rosak sikit awak bagi rosak habis.. Pastu tukaq baru.." 
**Eh, betul ntah dialog ni sister yang cakap? ke...

pape je lah..tapi lebih kuranglah..Point dia, kitorang, engineer swasta ni dok perabih duit rakyat!!

Owhkey.. Rasanya kitorang bertiga ni blom lagi jadi engineer.. Degree pun tak hold lagi.. Kot ye pun bengang dengan barisan engineer-engineer BEMS, tak yahlah sembur kat kitorang yang baru nak bertatih ni...

Elok je keluar dari Burn Unit, Cik Fiq cakap kat kitorang,
"Sister tu bagi aku list Efems suruh cari kat mana PMS tu."



Gelak sakanlah kitorang.. Maunya tak.. barang-barang BEMS cari kat eFems, memang sampai esok subuh pun tak jumpa.. Yang Cik Fiq ni pun, buat2lah cari jugak dalam list tu walaupun hakikatnya dia tahu memang TAK ADA!


Situasi Kedua
Ni cerita berlaku kat Eye Clinic. Pagi-pagi lak tu.. Time tu pergi dengan Cik Fiq. Cik Pah ada hal lain.


Dalam bilik Optometris...
Cik Fiq : Kami nak tengok Refractometer yang dah lebih 10 tahun. Yang bawa mai dari hospital lama.
Mr.Opto : Ha, yang ini. awat?
Sambil menunjukkan kepada kitorang berdua mesin yang dimaksudkan beliau.

Cik Fiq : Elok lagi ka? Boleh pakai?
Mr.Opto : Boleh. Yang terbaik lagi. Hang pa nak buat apa?
Cik Fiq : Kami nak ambik gambaq. Nak buat report untuk BER sebab jangka hayat dia dah lebih 10 tahun. 
**Alasan sama je macam kat Burn Unit tu. dah memang itu yang sebenarnya..

Mr. Opto : Awak ni dok pikiaq nak beli baru ja. Barang rosak sket je hangpa bagi rosak habis. Pastu kata nak beli baru.

Owkey....Dua-dua diam. Nak kata apa lagi kan?

Mr.Opto : Tak pa..tak pa..kami catit apa yang hangpa buat nanti meeting kita naekkan pastu terminate je lah korang.. Bagi dekat company yang lebih tulus.

ek? Pulak dah..Takkan sampai nak terminate orang Dr.mata?? Penaya orang tu..


Adalah dekat 20 minit dia cakap sensorang. Saya dan Cik Fiq sengih tak sudah. Takkan nak lawan cakap kan? Orang tua, kita kena hormat.

Tengah mata melilau pandang barang-barang dalam bilik tu sambil telinga dok dengar lecture Mr. Opto, terpandanglah...

"KURANG CAKAP,KERJA CEKAP"

Maknanya, kalau banyak cakap, tak cekaplah?? Ini bukti yang jelas menunjukkan kitorang buat kerja cekap! sebab kurang cakap! dan dia yang sedang banyak bercakap tu, taklah cekap pun buat kerja!!

Ok! done!.

Kepada kawan-kawan yang bakal jadi Doktor, bakal jadi Optometris, Bakal jadi nurses, bakal jadi semuanyalah...
Jadikan kisah ini kisah teladan..
Janganlah dok hangin sangat kat kitorang yang bakal jadi engineer ni..
Jangan jadi macam doktor-doktor dan yang lain-lain yang dah sedia ada ni..
Sebelum nak sound ikut dan je, fikirlah dulu..
yang guna barang tu, korang-korang juga..
End User..

Bila rosak, leakage sana sini, Engineer ni juga yang dicari.. So, kepada bakal-bakal, kita create bonding yang baek punya ya in future! baru negara harmoni.. hidup pun bahagia je..

1 Malaysia...

Jangan salah sangka lak..Saya tak bermusuh dengan doktor apatah lagi nurses dan kakitangan hospital yang lainnya.. i respect them sebab diorang selamatkan people.. even, me one day akan gunakan khidmat those doc and nurses even the MA..but do respect others kalau nak orang respect kita. Tak kisahlah usia muda atau tua..Sama-samalah..Be a profesional. Jangan di mulut je cakap profesional, tapi bila nak sembur orang, tak de pikir nak profesional!

Sekian..

10 comments:

fiq said...

haha... like this so much =)

Hazirah al-Barakbah said...

saya suka entry anda. entry yang cukup pedas sinis tapi masih dalam nada yang lembut. wowww!

i said...

Lain kali cakap kat sister tu,equipment dalam hospital tu bukan beli gune duit abah die.kalo tuka tiap2 tahun pun,abah die tak muflis.sister tu mesti seorang pempuan tua yg kerek kan?ckp kat die,dah tua2 xelok marah2.nnt darah tinggi cepat plak mampos

knsyamimi said...

mereka yang dalam situasi 1 n 2 tue mmng mcm tue pon prangai depa....( sister n dr.)...ada ja yg baik giler...so maksudnya...kiter tak leh salahkan title depa...yang patut disalahkan adalah depa nya atitude...memnag kurang ajar itu....hehehe...suka nak memperlekehkan kiter sbgai student..."macam ar depa tue tak nah jadi stdnt" mnyampah tull......

Anonymous said...

Hehe, sabo je la, terime je sengih je... Dalam minda set kan kite penting gak n kite tgah blaja, tu sume pengajaran hahaha..

AreDa said...

sabaq je la ngn depa tuh...
mcm2 bnda nk komplen...padahal depa jugak yg guna bnda alah tuh....adoii...
depa sndri tak ikot
KURANG CAKAP, KERJA CEKAP

Miss Sara said...

to Fiq : Hahaha.. still remember that moment..

Pah : ('o,').. Berlari dalam burn unit ye Pah..

i : Mantap nya ayat awak..

Kak Mimi : Urmm..betul2.. attitude tu yang perlu diperbaiki.. gelaran diorang tu sangat murni..

Anynomous : siapa ni ek? Betul tu.. Kita tengah belajar (Siapa kita ek??('o,')).. actually tak lah marah pun dengan diorang ni. tapi cam lucu je semua yang berlaku..

Areda : Ya! Kurang cakap, Kerja Cekap!

FyZa said...

i like dis entry..keh3..pa pun pglman mngjar kita erti kdewasaann.cheewahh! hehe..;)

Miss Sara said...

Fyza : Betul tu. Pengalaman banyak mengajar kita menjadi dewasa.. tapi jangan menjadi lebih tua dari usia...('o,')

Anonymous said...

Wow, this paragraph is plеasant, my youngег sister is аnalyzing thеse thingѕ, thuѕ I аm going to inform her.


Also visit my web blog; short term loan