KEMPEN : Kami TAK Sambut Hari Valentine~

Friday, February 11, 2011

Assalamualaikum...
Hai..hai..hai..Sihat tak semua? Dah BW ke? Maaflah.. Saya tak sempat nak BW ke mana-mana blog rakan-rakan blogger. Wifi macam nak mogok je sejak dua menjak ni. Kadang-kadang macam bagi harapan je. Dan dah terasa nak menggunakan DiGi Broadband semula je.. hehehe..

Makanya..entrie kali ini adalah sebagai tanda sokongan saya kepada Kak Sakura Sunah .Sebagai tanda sokongan saya kepada kakak saya yang seorang ni, makanya, haruslah saya ikut serta dalam kempen ni. Kempen : Kami TAK Sambut Hari Valentine~


Ye.. Saya memang TAK SAMBUT. Pasal Valentine pun macam dah luput dari ingatan. Kalau tak buka internet, tak tengok TV, tak baca paper (urrr..dah macam dok dalam hutan pula..ngee) konfem sampai hujung tahun ni pun saya tak ingat valentine ni bila. Hahaha..teruk tak? Tapi, itu lebih baikkan? Daripada menyemakkan kepala otak mengingati tarikh yang tak penting ni. 

Hari Valentine ni, hukum menyambutnya adalah HARAM.. Anda tahu apa itu HARAM?? Saya tak keluarkan fatwa sendiri ok.. Ini apa yang saya dengar dalam HALAQAH. Hukum meraikan Hari Valentine itu adalah HARAM.. HARAM bagi kita yang mengaku diri adalah umat nabi Muhammad S.A.W. Buat apa nak buang-buang duit beli coklat, beli bunga dozen-dozen bagi kat kekasih tu?? Membazir namanya. Kalau dah rasa harta bertimbun banyak sangat, meh sedekah kat saya sikit.. hehehe..Silap. Pergilah Infakkan sedikit harta yang ada tu ke rumah anak-anak yatim ke, rumah orang-orang tua ke dan kepada mana-mana badan yang boleh memanfaatkan manusia lain. Dapat ganjaran pahala melimpah ruah. Tak Nak ke?

Saya tak mau ceritalah pasal Asal usul Valentine tu. Kalau saya tulis kat sini pun, dah macam copy cat blog orang je. Tapi, kalau insist nak baca pasal Valentine ni, jemputlah bertandang ke Sunah Suka Sakura dot com. Panjang lebar penerangannya. Memang tak rugilah kalau jenguk.

Nak cakap pasal Valentine lagi? Bila ek tarikhnya? Saya pun dah lupa. Memang tak berminat untuk mengingat dan tak de orang nak ingatkan pun.. ngee.. Tapi yang saya ingat 15hb Februari ni bersamaan dengan 12 Rabiul Awal adalah Maulidur Rasul. Jom pakat tolak Valentine ramai-ramai, kita pakat ingat dekat Rasulullah.. Nabi junjungan kita.

Tarbiyah yang berterusan perlu supaya meter keimanan kita tak jatuh ke paras negatif. Saya dah kata saya TAK Sambut Hari Valentine.. Korang-korang di luar sana macam mana pula?? Jom join kempen ni..

3 comments:

Sunah Mohammad said...

terima kasih sara~ :)

sha said...

entah apa yg diorg suka sgt dgn valentine ntah.. dapat dosa ada la. isk2, maksiat berlambak la pd hari ni.

Bro Udi said...

same here... kalau bukan sebab kawan ajak saya kempen ni, memang tak teringat hari valentine ni bila...