Assalamualaikum..Hai Readers!! Hai Followers!! Hai Sahabat-sahabat di dunia maya!! Apa khabar semua? Sihat-sihat?? Ceria? Gumbira dan seadik beradik dengannya? Baguslah.. Hidup memang kena sentiasa enjoy! ~hahaha.. Ok. saya hanya separuh gembira. Kalau dari 10, 5 je gembira. Lagi 5 ada macam-macam rasa. Macam deria rasa kita yang ada 5 tu. =P
Memang sangat tak gembira. Hari ni hari Isnin. Ye, semua orang sudah sedia maklum. Kalau ikut kalendar akademik UTM, hari ni dah masuk minggu kedua selepas cuti mid sem yang lepas. Ye adik-adik, dah minggu ke-2. Dalam erti kata lain dah minggu ke-8 daripada 16 minggu sebelum final exam bermula.. Dah separuh sem pun berlalu. Saya bukan nak main kira-kira di sini. Tapi nak menyatakan betapa saya stress kerana duit masih tak masuk3x. Stress dengan sistem yang digunakan pihak pemberi scholar. Bermula dari 2 sem lepas lagi saya stress. Tapi sebab masa tu internet macam bengong je, tak delah nak story kat blog. Tapi memandangkan sem ni internet sangat berjaya, makanya nak lepaskan stress kat sini pula..
Arghhhhhh... stress kot. Sem lepas dia cakap duit akan masuk setiap hujung bulan 8 dan hujung bulan 2. Gilak apa. Dah tak sanggup nak menunggu lagi ni. Memang kuruslah macam ni. Semua nak catu. Dah macam dapat duit Ma&Pa Corporation je. Tapi kalau ma&Pa Corporation ada duit banyak, tak pe juga. Ini Abah je yang cari duit. Mak mana kerja. Duit abah nak buat bayar bil, beli barang dapur, belanja sekolah adik, support k.lang yang tengah buat part time sementara nak menunggu dapat gaji yang pertama hujung bulan ni.. Pastu...saya pun nak minta duit?? Fuhh..tak sampai hati weh..
Lepas cuti CNY ri tu pun rasa sebak je bila nak minta duit ngan mak. Dengar dapat scholars ribu-ribu tapi end up minta duit ngan mak ngan abah juga.. Huhuhu...Elok-elok dulu bagi scholars setahun sekali(total up tuk both sem) tetiba je tukaq buat by sem. Kalau bagi on time tak pe juga. Ni selalu delay. Tak ikut kalendar akademik langsung. So, guys! Korang kat luar sana apa cer? Ada yang masih menanti scholars macam saya yang tak tahu bila nak kunjung tiba? Atau duit scholars yang korang dapat dah semakin susut sesuai dengan masa?? Ce story morry sket.. =P
2 comments:
Salam kenal....biler bc en3 adik nie kesian plak akak..ermm teringat masa zaman akak kt maktab dulu..tp kami dapat elaun..sabar yer.. ;)
Saya follow yer..jom sama2 klik hb yok..!
Itu lah pahit manis jadi student. Tiap-tiap sem mesti nak kene mintak duit mak ayah jugak. hee~ nanti abes belajar dah tak boleh mintak da :)
Post a Comment