Gemerlapnya malam~

Sunday, February 13, 2011

Beribu bintang di langit, kini menghilang...
Meraba aku dalam kelam..
Rembulan mengambang, kini makin suram..
Ku dan ilhamku tanpa arah..


Lalalalla...Berakhir sudah jamuan kolej yang tak jemu-jemu saya hadirkan diri sejak 4 tahun tinggal di Kolej ini. Assalamualaikum..Hai alls!!.. Dah tidur ke? Atau still stay up since malam ni adalah malam minggu? Whoa! Gembira? Atau sedih? Owh..tidak punya jawapan kerna saya memang tak pernah lulus dengan perasaan. 12 Februari 2011. Malam yang tidak akan dilupakan.. Kenapa? Yang pasti bukan sebab dapat pape anugerah sebab jangankan anugerah, cabutan bertuah pun tak layak untuk dibawa pulang.. hahaha...

Firstly, nak ucap terima kasih kepada Cik Aimie sebab sudi pinjamkan Blouse dan selendang. Kepada Cik Nana sebab sudi pinjamkan Kain hitam labuh yang sangat cun itu. Membuatkan saya kelihatan langsing dan tinggi pada malam ini..=P Terima kasih juga kepada Cik Siti sebab bagi pinjam awning hitam tu. Terima kasih yang tak terhingga kepada Miss Ershadiah yang membuatkan diri saya kelihatan sangat lain malam ini. Bukanlah jadi alien. Tapi sedikit berbeza dari hari yang biasa. Dan terima kasih juga kepada Cik Akmal, sebab tumpangkan saya sampai ke Dewan Sultan Iskandar itu..

Banyakkan jutaan terima kasih. Sungguh gembira sebab dapat memiliki kawan-kawan seperti mereka. Dari ucapan terima kasih itu sudah semestinya lah anda-anda diluar sana boleh lihat dan jugde betapa malam ini saya bergaya dengan disponsor kawan-kawan.. Hahaha..Sponsor di sini membawa maksud pinjam. Bukan bagi amik terus ok. Memilih untuk menggayakan Mix & Match. Nak bergaya dengan baju baru, kasut baru, tak de duitlah bro.. Lainlah kalau ada Papa Gula atau Sugar daddy kan? Jangankan blouse dengan selendang, i minta dia sponsor aksesori mutiara ketul besar-besar macam kat Rafflesia tu lagi.. =P

Tema Dinner malam ni adalah Malam Bintang Gemerlapan dengan tema warna merah, putih dan hitam. Tema yang saya patuh cuma hitam. Sebab tema pakaian saya malam itu adalah hitam meet purple. Dah cakap tadi kan?? Semuanya disponsor. Apa orang sponsor, kenalah pakai. Kalau nak memilih, pakai kain batik dengan t-shirt jelah lanyak masuk dewan tu kan?? hahaha..

Lebih kurang cam katil ni lah..hahaha..
Jamuan makan malam kolej, mestilah diserikan lagi dengan penyampaian anugerah-anugerah. Takdelah sampai peringakat anugerah oscar tu kan.. melampau noo..Anugerah Bintang popular Berita Harian pun tak mampu nak ditewaskan. Anugerah peringkat kolej. Penghargaan yang diberikan oleh pihak kolej. Kolej di sini membawa maksud Kolej Kediaman. Kolej saya bernama Kolej Tuanku Canselor. Satu-satunya kolej yang penamanya masih hidup dan akan kekal hidup selagi posisi Canselor diisi oleh Sultanah Johor.. hehehe..

Man jada wajada, man zaroa' hasoda
siapa berusaha dia berjaya, siapa menanam dia akan dapat hasilnya

Owh..nampaknya hasil tuaian saya selama ini tak berhasil. Layu semuanya.. hahaha..Dalam erti kata lain, tak ada penghargaan yang diterima.. Owh, nampak seperti tidak ikhlas pula membuat kerja selama ini. Tidak3x.. Apa yang saya buat selama ini atas kehendak diri sendiri.. Terkilan? urmm..mungkin juga. Tapi itu tidak bermaksud untuk patah hati. Kecewa seperti ditinggalkan sang kekasih, eh merepek lagi. Yang penting, ada kesedaran diri untuk kembali mengejar ilmu yang agak ketinggalan di belakang saat diri hanyut mengejar keseronokan beraktiviti di dunia. Lupa seketika matlamat asal masuk ke universiti. Jangan3x..Maafkan anak mu ini wahai bonda dan ayahanda ku. Khilaf sungguh memilih jalan. Tapi sekarang dan on track semula.=)

Berkerlipan bintang diangkasa..
Berbalik kepada kisah Anugerah Bintang Canselor sebentar tadi. Walaupun namanya Anugerah Bintang Canselor, tapi perlu anda tahu hadiah bukan diberi oleh Canselor Universiti. Hanya nama nya sahaja di situ. Tidak perlu kagum dengan kami.. hahaha..Ok, tak maulah citer pasal ni. Nak citer pasal Miss Ershadiah. Eh, silap. Bukan pasal Miss Ershadiah, tapi apa yang Miss Ershadiah dah lakukan.. haa..macam nak menjatuhkan hukuman pulak.. Tak3x..nak memberikan flying kiss..eh, pun bukan.. Nak memberikan sejuta cinta Sara.. Sinetron terbaru di TV3 jam 2 petang..hahaha.. 

Miss Ershadiah, ketahuilah dikau.. Inilah pertama kalinya Cik Sara membenarkan orang meletakkan pelbagai warna di wajahnya. Apa itu eye liner, eye brow? er..what so eva kosmetik yang i memang tak tahu dan tak pernah nak ambil kisah walaupun usia dah nak masuk 23 tahun. Yang i tahu, bedak kompak. Haa..itu je..hehe.. Dan malam ini juga menyaksikan saya menyarung selendang untuk kedua kalinya. First time pakai selendang masa pergi Singapore. Tapi yang itu guna awning keras. And you know what?? Both time, selendangnya warna purple. Oh gosh! Saya suka purple?? But i'm still prefer baby blue meet pink.. On day, if i get a lot of money, i akan make sure my closet will full with lots of gorgeous blouse yang berwarna baby blue meet pink.. hahahah.. Tema wedding?? Lambat 
lagi beb.. Calon pun tak jumpa lagi.. Eh, salah masuk mood.

Nak bagi tahu satu dunia yang saya pakai eye liner tadi.. haahaha..poyo tak? Orang lain pakai dah selalu. Ada lagi satu yang first time saya pakai. Err..saya tak tahulah namanya apa.. Tapi yang buat atas mata warna-warni tu.. Ada purple, pink, soft purple plus ada brush sekali tu.. Apa namanya? Tak kisahlah.. benda apakah itu.Tapi... Boleh saya konklusikan that i'm look different tonite. Malam ini dalam sejarah. Lepas ni tak pakai dah sume tu. Pergi kelas sempoi je sapu bedak asas sapu lip balm cukup. Tudung straight ke bawah macam budak sekolah menengah. Kalau rajin, sempang kiri kanan. Tapi selalunya tak rajin. hahaha.. Time formal? Sama je. Cuma T-shirt tukar g Baju Kurung. Memang tak reti nak make-up segala bagai ni.. hehehe.. Saya memang fail topik Make Yourself Beauty.. =P nak kena amik degree ++ ke? err..

Excited sangat malam ni..haha..betul ke? Gambar? Err..seganlah saya nak tunjuk dekat sini. Buat koleksi sendiri je lah. Lain dari kebiasaan itu sesuatu yang unik. So, tak perlu kot nak tunjuk di sini.. Seganlah i.. Nanti ada yang superimpose jadi pelik, pelik..malulah i..Dush3x..kena tumbuk.. Ngada-ngada pula..ngee..

Lalalala..saya pakai mekap...Lalalala..Saya pakai gincu..Lalalal...Saya pakai eye liner..Lalala..Saya lilit selendang.. hahahah... Saturday nite fever.. Oh! Demam malam ini!!..

Sebelum melabuhkan tirai malam ini....
Trillion of THANKS to AIMIE, SITI, ERSHADIAH, NANA and AKMAL.. You All really-really make my day.. And Also thousand of thanks to FARA, ANISAH dan ANIS.. Really enjoy duduk satu meja bulat dengan you all.. And not to forget, all my gorgeous coursemate. Bergaya sungguh you all malam ni. Pergi kelas tak de pula nak tengok macam ni kan?? hahaha...It's all about memories.. 

0 comments: