Kota Bercahaya

Monday, February 21, 2011

Assalamualaikum..
Walla.. Kota bercahaya.. Bandar bercahaya.. Bermandikan lampu yang berwarna-warni. Cerita ni terjadi ketika cuti mid sem baru-baru ni.. Err..tak baru sangatlah kan.. But this is my family. 1st and for all saya tempek gambar adik-adik saya. Akak tak de.. Ye keje shift sampai malam.. SO, sayalah kakak mereka pada malam itu.. Mak ngan Abah? Dating tang mana ntah..dilepaskan anak-anak yang macam 1st time tengok lampu color-color tu.. hahaha..

Berlatar belakangkan Masjid Zahir..
Mana-mana orang kedah terutamanya orang Alor Staq, mesti tahu tempat ni kat mana.. Orang panggil mini I-City.. yelah, dah nama pun mini kan? kalau nak yang besau, g lah Shah Alam nun.. Mini I-City ni diwujudkan sempena dengan Keputeraan Sultan Kedah.. Bergemerlapan Bandar Alor Setar. Seperti baru disuntik dari lena yang lama..Bercahaya gitu.. Nak sampai sini? Tak susah pun.. Ikut je signboard ke Pusat Bandar, konfem korang akan lalu kawasan ni.. Senang kan??


Hari pertama sampai kedah, malam tu terus mak n abah ajak mai sini.. Hahaha..seperti orang ngantuk disorongkan bantal, laju je saya masuk kereta. Bukan seat depan ek, masuk seat belakang daa.. Abah drive. Bagi saya, tempat ni best. Rasa macam alor setar ni hidup lah sket waktu malam kan?? Usai maghrib je, kawasan ni mulai dipenuhi manusia-manusiawi yang tak tahulah dari pelosok alam mana datangnya..Tapi mereka datang untuk menikmati malam. 

Dekat sini, banyak juga bangunan-bangunan menarik yang mengelilinginya.. Antaranya, menara jam, Masjid Zahir, Balai Nobat, balairung and etc.. Err..sebenarnya saya fail sikit pasal bangunan-bangunan yang ada ni.. Tak cukup jati lagi menjadi orang kedah. Kalau saya silap, anda betulkan ye..




Menara Aloq Staq pun bleh nampak dari sini..


Kecik-kecik dulu, bila balik kedah je mesti mai tang ni. Tapi time tu mana ada lampu-lampu ni lagi.. So, dok bergambar dekat "Dataran Biru" tu lah. saya tak tau apa namanya. Saya panggil Dataran biru sebab arca kat situ warna biru + putih. Dulu ada air pancut sekarang air tu dah tak pancut. Pancit agaknya..dah lama..(^o,-)



Bagi saya, selaku rakyat negeri Kedah, perubahan yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat ni memang betul-betul Hong Liao lah.. Heheh.. Tindakan mencantikkan dan mencahayakan bandar ni sangat bagus. Di harapkan lepas ni akan dibanyakkan lagi tempat-tempat sebegini supaya Bandar ni terus hidup walaupun dimalam hari.

Selain dataran depan Masjid Zahir ni, Ok juga apa kalau dibuat mende ni dekat Jalan Suka Menanti. Ala..dataran Di Raja yang baru siap tu. Luas giler. Lapang pula tu.. Siap ada tasik besau lagi..Owh lupa pula, selain tu, pokok bercahaya ni bleh tengok dekat depan Istana Anak Bukit. Dun Worry, bleh bergambar di situ.. Abah ada ajak g situ, tapi selalunya dah kemalaman, so, tak singgahlah..Len kali mungkin g bergambar depan istana pula..=)

7 comments:

nisyA said...

cantiknye....

Cik Sara said...

Sangat3x cantik..~

Mutiara Bernilai said...

santek2..

mcm kat i-city..shah alam :)

Cik Sara said...

@K.Ena..
Hehehe..tak pernah jejak i-city Shah Alam lagi... =(

Sunah Mohammad said...

wow~ kalo macam bunga sakura mesti best!

Faizal Syukri @ Peja said...

huhuhuhu, kat dungun pun ade mini i-city gak.. cume 2 batang pokok jela.. tupun 1 xmenyala.. kah kah kah

fiqkbe said...

dh lama x balik kedah. hehe..