Syawal 1432

Thursday, September 1, 2011


Internet slow sangat. Maaflah ye kawan-kawan.. Tak sempat nak ber"blog" jogging.. Nak pi beraya kat laman maya sahabat-sahabat blogger yang lain pun tak sempat. Nanti balik U saya beraya lagi.. Salam Aidilfitri buat semua yang sudi berkunjung.. Nak duit raya? Alamak, itu kena mai rumah dulu lah..=D

Raya tahun ni, temanya warna kuning. <--- idea kakak sebab dia yang beli kain untuk buat baju kurung tu. Memang sejak kecil, baju raya jahit sendiri. Tak beli dekat kedai. Dan kebiasaanya, baju kurung je lah. Mudah. Dan selesa untuk dipakai. Alhamdulillah..Tahun ni diberi lagi kesempatan untuk bertakbir dan solat Aidilfitri di masjid. Syukur. Kalau kena "cuti" itu yang melepas tu.

Usai solat aidilfitri, saya sekeluarga terus bertolak balik ke rumah tok sebelah emak di Alor Biak, Kubang Sepat, Kedah. Tak jauh pun dari rumah. Dalam sejam kalau ikut jalan Bandaran. Kebetulan pula, adik beradik mak dah pun berkumpul dekat rumah tok. Bila semuanya lengkap, terus snap gambar satu family. Tak lah besar sangat keluarga saya ni.


Lepas Zohor sebelum Asar, bertolak pula ke kampung Tok sebelah Abah di Bukit Pinang, Hutan Kampung. Tak sedar plak brapa lama. Sebelum sampai rumah tok, singgah rumah Tok Chik dekat Kampung Mata Ayer dulu. Kiranya sampai rumah tok abah lepas asar gak lah. Kebetulan pula Pak Ngah sekeluarga dah ada dekat situ. Cepat2x panggil Pak Lang sekeluarga dan PakCu sekeluarga yang tinggal berdekatan..

Complete. Snap gambar family lagi. Dua orang baby tu adalah sepupu yang baru lahir. Comel je. Yang atas dah 5 bulan katanya. Yang bawah pula baru 50 hari macam tu..Raya tahun ni bertambah sepupu baru.. Nak tambah menantu pakat-pakat tak dapat seru lagi..=D

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua~




3 comments:

Gen2Merah said...

sini pun internet slow sangat.. meriahnya suasana raya kat situ ye.. salam aidilfitri.. semoga ceria2 selalu

Hanis MY said...

wonderfulnya raya sara.. salam aidilfitri maaf zahir batin...

cikcloudy said...

sini (KB) punnnn..
:( anyway, salam lebarann..