Salam 28 Ramadhan..
Dan Salam Aidilfitri. Kalau ikut takwim Hijrah, Ramadhan kali ini hanya 29 hari sahaja. Bererti esok adalah hari terakhir untuk berpuasa. Kalau anak bulan muncul esok malam, makanya lusa akan raya. Dan tulat, Malaysia akan menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke...... 54. Betul tak? Heee...
Penat sungguh.. Semalam tolong emak tukar langsir. Hari ni tukar bunga. Dan salah satu gubahan bunga itu adalah hasil kerja tangan saya.. Serius cakap, saya tak reti menggubah bunga ni.. Lomah den.. Jom tengok gambar kat bawah ni..
Bunga felt ni saya buat masa dekat UTM beberapa bulan lepas final exam. Kalau tengok dekat sidebar, ada gambar koleksi bunga-bunga ni. Di sebalik gambar-gambar tu ada link ceritera saya. Nak baca, g lah klik..
Biasanya bunga-bunga felt ni orang buat dan jadikan hair pin, skarf and etc. But for me, saya nak cuba sesuatu yang lain. Dah nama pun bunga kan? Haruslah kita gubah masuk pasu baru kena dengan konsep bunganya tu..=D Ada lebih kurang 25 kuntum bunga semuanya. Dan hasilnya seperti di bawah ni..
Keseluruhannya, semua ni adalah handmade. Cuma pasu tu abah yang buat lepas saya tunjuk ajar hujung tahun lepas. Maaflah kalau hasil tak seberapa.. Amatur lagi dalam bidang gubah menggubah ni. Nak meriahkan lagi bunga-bunga ni saya gunakan bahan-bahan dari koleksi bunga telur yang dapat dari kenduri kahwin sebelum-sebelum ni..
Janji dah ditunaikan.. Yeay! Bunga raya dah dapat!..
Ekslusif ni.. tempat lain tak bleh dapat... LOve~
p/s: Cantik juga bunga felt ni kalau buat bunga pahar kan? Hias pakai reben dengan renda. Tambah marble, butterfly sket.. Gotcha!
1 comments:
pergh! bleh tempah utk wat bunga telur ni. hee... :) selamat hari raya sara. maaf zahir batin ;)
Post a Comment