Mata. Telinga. Otak

Sunday, December 25, 2011

Assalamualaikum...
Halooooya!...

Urmm..sekarang ni kalau kita perhatikan, teliti-teliti kan banyak sangat perkara negatif yang berlaku di sekeliling kita.. Urmm..tok sah ceritalah pasal masalah sosial mahupun masalah juvana..lelah dah.. Bukannya tak ada kempen kesedaran. Bukan tak ada yang mengingatkan. Tapi nak buat macam mana kalau aktiviti "buat anak" tanpa ikatan itu lagi "best".. Ye tak? Hari ni seorang buat pengakuan insaf, esok lahirlah 3-4 orang bayi tanpa ikatan tu.. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul[?]..eh, betul ke tidak peribahasa ni?? 

Hari ni..eh..hiii..ntah..tak tahu bagaimana nak cakap..eh, nak tulis.. Sedih beb! Sedih! Kalau tanya, saya memang sukakan mereka yang melakukan dakwah.. Saya suka dengar mereka berikan tazkirah.. Saya suka mereka membuat sebuah perkongsian.. Mengajak ke arah kebaikan dengan secara berhemah, dah mengelak dari melakukan kemungkaran.. Saya suka.. Sekurang-kurangnya, termometer iman yang semakin menurun darjah keimanan ni, dapatlah naik sedikit.. Tapi....

Yang saya tak sukakan...Dalam berdakwah, sempat lagi nak kutuk orang.. sempat lagi nak hina orang... sempat lagi nak mengata orang..dalam erti kata yang senang, sempat lagi memburuk-burukkan orang lain.. Itukah figura seorang insan yang menerima pentarbiyahan dan mentarbiyah orang lain? Sonang cerita, mempolitikkan agama. Tak percaya? tengok dan nilai semula! Betulkah dia mengajak ke arah kebaikan dan berdakwah pada agama? Atau sebenarnya hanya mempergunakan agama untuk berpolitik? Anda tengok dan anda nilai sendiri..

Saya tak adalah hebat sangat pasal agama ni.. Tapi sekurang-kurangnya saya yakin dan percaya bahawa orang yang betul-betul di"tarbiyah" pada jalan ALLAH takkan sekali-kali memburukkan orang lain meskipun musuh dia sendiri. Dakwah rasulullah dah buktikan tentang itu.. So, fikir-fikirkanlah semula ye! Berdakwahlah dengan betul.. Jangan sehingga anda mempergunakan agama untuk berpolitik!.. Adios~

p/s : Setiap manusia yang sempurna dianugerahkan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir. Kalau punya mata dan telinga tapi tidak mempunyai akal [?].. Jadi, jangan mengikut membuta tuli.. Jangan absorb tanpa usul periksa.. Sebaliknya gunakan akal sebaik mungkin untuk memahami, memikir dan menilai semula.. Otak manusia berbeza..jadi menfaatkannya.. 


Saya suka kamu.. sebab kamu berdakwah tanpa berpolitik.. (^_____^)
lalalalala.....



2 comments:

ila said...

stuju n3 nie.

sebaik2 nya kite junakan la pancaindera yg ade untuk tjuan kbaikan

aimie amalina said...

huuuuu
benar2
amat sokong ckp akak air :)