Kacau bubur jommmm...

Monday, December 5, 2011

10 Muharam.. bersamaan dengan 6 Disember 2012. 10 Muharam atau cukup mesra dengan Hari Asyuraa.. Dan kebiasaannya seluruh umat islam akan mula bergotong-royong untuk mengacau bubur asyuraa.. Sesuatu yang kamu-kamu perlu tahu adalah, definisi bubur asyura bagi masyarakat di Utara dan Selatan adalah berbeza. Kenapa saya katakan utara dan selatan? Sebab saya pernah berada di 2 tempat ini. Nak persoalkan tentang timur, tidak pula saya tahu apakah definisi mereka..

Dan selama 4 tahun berhijrah ke Johor Bahru, pastinya pelbagai pengalaman berbeza yang dapat saya rasai.

Mula-mula dengar jawatankuasa kolej nak buat rewang untuk masak bubur asyuraa, terujanya tak payah cakaplah beb. Sangat-sangat teruja. Dah terbayang-bayang bubur asyuraa yang dikacau di kampung halaman. Tapi kegembiraan itu hanya seketika. Sebab apa? sebab pelik dengan bahan-bahan untuk rewang. Kenapa ada daging? Ada ayam? Asyuraa berlauk kot. Think positif kata orang. Tapi bila masuk je part nak masak, baru perasan.. Eh, ada beraslah..

Nak masak apa sebenarnya ni? Bubur lambuk ke? Oh! Baru sedar. Itu periuk besar bukan kawah seperti di kampung!.. Setelah puas memerhati barulah tahu bubur asyura masyarakat di selatan adalah seakan-akan bubur lambuk.. Porridge kata saya.. Heee.. perasaan teruja jadi terbantut sebab saya kurang sikit nak makan bubur nasi ni..(^___^)

Dan pada tahun seterusnya, sewaktu saya menjadi sebahagian dari pimpinan tinggi (kalau tak salahlah), sekali lagi jawatankuasa kolej nak buat aktiviti kacau bubur asyuraa.. Dan entah macam mana, ada seorang insan "approach" saya untuk kacau bubur asyuraa versi utara.. Hee.. Bagai pucuk dicipta, ulam mendatang? Terus call mak di kampung dapatkan resepi. Tepung beras, tepung pulut, keladi, keledek, ubi kentang, pisang, kacang merah, kacang hijau, kacang tanah, kacang kuda...Perghhh..ini baru terbaik.. Inilah bubur asyuraa yang dinanti-nanti..

Pengakuan : Sebenarnya, selama hayat hidup ni, itulah pertama kali terlibat secara langsung membuat bubur asyuraa.. Selama ni tengok dari tepi je. Nak tolong, golongan mak bapak lagi ramai yang membuat..=D

Dengan bantuan telefon, berlakulah komunikasi jarak jauh dengan mak cara-cara untuk membuat bubur asyuraa.. Tak boleh salah sukat, nanti bubur tak jadi. Masa nak buat, berdebor-debor juga. Tapi mujurlah ada sorang abang senior yang origin dari utara. Hilanglah sket gemuruh tu. " Abang tolong tengok je. Sara lah yang bagi arahan.." Ok.. Dup dap dup dap.. Nak kata i ni terer, tak delah terer pun.. Takut lagi ada.. Takut tak jadi beb! haru dibuatnya nanti..

Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan palapes (ke suksis ek?) yang datang ke khemah dan tolong kacaukan bubur asyuraa. Bubur asyuraa ni, masa awal memang ramai nak tolong kacau, tapi bila dah likat, sume aci nak duduk tepi je.. Mujurlah ada orang-orang kuat datang mengacau.. Kalau tak, jenuh bersilat juga saya bawah khemah tu..

Dan alhamdulillah..setelah hampir seharian mengacau bubur asyuraa sebanyak dua kawah tu, usai solat maghrib bubur asyuraa dijamu buat tetamu yang membanjiri kawasan S01. Walla ayatnya.. skema sekali.. Tapi.. itulah antara memori terindah saya sewaktu berada di UTM JB. A lot of thank you kepada semua rakan-rakan yang turun membantu dan yang menjadi tulang belakang program. Tulang belakang saya? dah ada. Orang panggil spinal cord..Hahaha.. Terima kasih juga kepada senior dan junior di Kolej. Sedap ke tidak, belakang kira yang pasti berpuas hati sebab 2 kawah habis tak sempat saya nak pusing belakang!!!!... Hohoho...

Hujung minggu ni balik rumah, agak-agak orang dekat kawasan kejiranan nak kacau lagi tak bubur asyura ni?? heee...





3 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

jommmmmm ^_^

Hanis MY said...

ureshii ne!

Cik Pulau said...

masa kat ukm aritu pun ada buat semua ni..
pantai timur punya versi.. utagha punya versi.
cuma x sure yg versi selatan ada x..heheh