Kalau...

Saturday, December 17, 2011

"Kalau tak belum ber"couple" jangan memandai nak nasihat kami yang tengah ber"couple" ni. Kalau belum bersuami, jangan pandai-pandai nak nasihat orang macam mana nak jaga suami..
Cakap memanglah senang. Kau pernah rasa apa yang kitorang rasa?..."

Dush..dush..sentap! Tak ada pakwe, jadi tak pernah rasa apa yang kau rasa. Tak pernah alami apa yang kau sedang alami, jadi aku bukan orang selayaknya untuk beri kau nasihat?
Ye..aku belum berkahwin.. apatah lagi memiliki bakal tunang..
Tapi, apakah itu bererti aku jahil tentang hubungan lelaki dan perempuan sehinggakan nasihat aku tidak layak untuk kau dengari?

Sentap lagi!
Memang aku tak ada pakwe sehebat kau. Tapi sekurang-kurangnya aku yakin pada ALLAH. Allah dah cakap setiap manusia dijadikan berpasangan. Jadi cepat atau lambat, aku yakin.
Kau? 
Yang tak faham-faham tu kenapa? Datang merengek bercerita.. Bila aku diam, kau katakan aku tidak endahkan cerita kau. Bila aku bersuara memberi nasihat kau katakan aku tidak memahami kau..

Aku diam, sebab aku takut untuk bersuara. Andai apa yang bakal aku katakan bukan sesuatu yang engkau hendak dengar.. Aku berikan nasihat, kerana aku sayangkan kau.
Aku nasihatkan kau, sebab kau kawan aku..
Aku akui, aku sendiri tidak sesempurna mana.. 

Heee...saja je nak coret-coret di sini.. Kisah dah bertahun pun.. Tapi kesannya, sekarang sangat berhati-hati dalam meluahkan kata-kata. Seboleh-bolehnya, tak nak ambil tahu masalah couple-couple ni.. Susah! Yelah..Kita tak ni single mingle..tak sessuai nak bagi nasihat-nasihat ni.. Nak terlentang ke, terlinkup ke, your life not mine.. Walla, macam selfish plak kan?  Tapi, kalau orang minta nasihat memang berbesar hati untuk memberi..(^___^)



3 comments:

Sharinginfoz said...

ok apa nasihat antara satu sama lain....

KaK LimAh Si SupiR said...

haihhh..same laaa..kite single, tp bile bg nasehat dibagi ny plak kt kite >>>> ko belom kapel, memg laa..bile dh kapel ko tau laa mcm mane rase ny

*kdg2 saket jgk hati

Anyyss Shuhaimi said...

ada ke orang camtu kak? aiseh. tak salah pun nak ingatkan orang. aish