Di sebalik awan

Wednesday, February 8, 2012

Assalamualaikum... dan salam pagi Rabu...
Pagi yang fresh! Setelah bercuti hampir 5 hari..ahaks..

Ni kisah beberapa hari selepas bermastautin di UTM International Campus atau lebih tepat, bermastautin di Kediaman Siswa Jaya, Setapak. Satu malam tu, dari aras 7 blok kolej tu sahajalah kan nak melepaskan pandangan melihat panorama malam. Dan tiba-tiba...
"Eh, cahaya apa tu?" Persoalan yang menarik. Dan lebih menarik bila cahaya kerlipan lampu itu muncul seakan-akan terapung di langit.. Dalam hati, "Ada bukit ke kat situ? kenapa tak pernah perasan pun?"

Tak pelah.. Tak payah fikir benda pelik-pelik. Kita tunggu je siang. Bila siang je. Terus tengok ke arah yang sama. Tapi awan tebal melindungi semuanya. Tak kelihatan apa-apa melainkan awan. "Ah, sudah! Apa yang aku nampak semalam?." Dan bermula dari itu, setiap pagi dan malam even di waktu petang, mesti pandang ke arah yang sama. Nak tahu apa yang ada di sebalik awan itu. Takkanlah kerajaan langit pula kan? Super the tak boleh dipercayai..

Sehinggalah suatu hari tu, atau pun lebih tepatnya hari ini.. Awan di sana sangat nipis. Sehingga boleh ternampak bangunan yang betul di atas puncak. Memang betul-betul atas puncaklah. Ala! Lupa nak ambil kamera zoom pemandangan tu.. Tapi lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni..


Owh!... rupa-rupanya itulah Genting Highlands ek? Awesome! Nampak macam dekat je..Ahaks.. Di sebalik awan itu bukan Kerajaan langit. Tapi Genting Highlands! kota keriangan! Terjawab sudah persoalan cahaya yang kelihatan tempoh hari.. ahaks...

Nampak je dekat, nak sampainya entah biler!



4 comments:

cintailmu89 said...

genting tak berapa best dah..
panas.. x sejuk.... =(

KaK LimAh Si SupiR said...

xpenah p0n p sane..ahaha..nt kalo cik sara nk p, ajak kaklimah skali tau :P

Gary Asip said...

kerajaan langit?? hahahahaha~..

aDisH.sHidA said...

akak 2x pegi sana...serik tak mau dah pegi....

sara kat setapak ye skrg nie..