Sampah masyarakat

Monday, February 13, 2012

Assalamualaikum...

Dan salam tengah hari Isnin buat anda-anda dan anda-anda di luar sana.. heee.. Bukan nak cerita pasal sampah masyarakat yang itu.. Tapi nak story pasal sampah dan masyarakat. Ya ALLAH, dah berapa bulan saya duduk KL ni.. Tiap-tiap hari tengok sekeliling. Rupa-rupanya, kotor sungguh kawasan kita ni. Bukan salah orang DBKL tak buat kerja! Tapi salah kita-kita yang tak ada kesedaran nak masukkan sampah ke dalam tong sampah.

Mesti ada yang cakap, kalau sampah tak bersepah, nanti mak cik-pak cik DBKL tak ada kerja pula nak buat. Aigoo! What the heck ha your mentality? Ke ada masalah mental? Tak berbau pun beg tangan atau beg galas kau tu kalau simpan dulu "sampah ringan" tu sampailah kau jumpa tong sampah. Samalah juga halnya dengan yang bawa kereta. Agak-agaklah kalau nak buat kulit kacang, plastik keropok twisties keluar tingkap. Ate, simpan dulu molek2x dalam kereta tu, dah sampai destinasi nanti, cari tong sampah dan buang. Tak susah pun kan?

Janganlah asal kebersihan je nak serah pada Dewan BandarayaBandaran. Asal sampah je kena tunggu pak cik-mak cik sapu sampah yang kerjakan. Rosak pandangan dan pemandangan tahu tak?! Kebersihan itu kerjasama seluruh masyarakat. Jadilah masyarakat - Sampah = Harmoni. Bukannya Masyarakat + Sampah = Huru Hara.


Malaslah nak cakap kawasan lain, sama je rasanya. Saya ambil contoh pemandangan yang setiap pagi dan petang saya lihat bila nak pergi ke kampus. Dekat kiri kanan jalan, penuh dengan plastik minuman, botol minuman rebena, kotak minuman, plastik makanan yang secara tak langsung merosakkan pandangan dan pemandangan. Ni semua hasil pembuangan sampah dari tingkaplah ni. Konon kereta dia bersih sangatlah. Sampai sisa plastik dan bungkusan makanan dicampak keluar sesuka hati.

Nasihat yang:
1. Bagi korang yang suka sangat buang sampah keluar tingkap. Tak kiralah tingkap kereta ke, tingkap lori ke. Hatta tingkap rumah sekali pun. Korang tak sedar ke? Sebenarnya koranglah sampah masyarakat. Masyarakat yang membuat sampah!. Bukan membuang sampah! Kalau betul korang masyarakat yang membuang sampah, mestilah ada satu kesedaran sivik untuk masukkan sampah ke dalam tong yang disediakan. Kalau kawasan pembuangan sampah tu yang menghasilkan pencemaran kepada pemandangan, ha! itu barulah salah DBKL, DBKK dan semua DB-DB yang ada sebab tak menjalankan tugas.

2. Ini pula bagi mereka yang berkepuk duit dalam bank tu. Ewah, lepas keluar je duit sekoyan, terus buang slip tu kat situ. Kot ye pun nak buang, masukkanlah dalam tong yang disediakan. Kertas slip tu kan ringan? Ate, masukkanlah betul-betul. Ini tak, bersepah kertas tu dekat mesin ATM tu. Buruk tahu tak? Tak pun, apa kata korang masukkan je sekali dalam dompet dengan duit yang korang keluarkan dari ATM tadi. Nanti dah sampai rumah, tak pun ofis, ha! buang dalam tong sampah. Tak renyah pun kan? Kebersihan pun boleh terjaga.


3. Yang jenis lempar sampah masuk longkang, parit, sungai dan seadik-beradik dengannya. Adui! ini pun satu lagi jenis penyakit sampah masyarakat ni. Elok-elok dah orang yang bina bandar ni design parit, longkang segala bagai sebab nak elak banjir dan supaya laluan air adalah tenang. Dek kerana orang berpenyakit sampah masyarakat yang tak reti nak buang sampah ni, terus dibuatnya sampah dalam kawasan tu. Lepas tu, bila banjir mulalah bising. Pengairan tak sempurnalah. Itulah inilah. Yang sebelum ni dok buat sampah sampai nak jadi tembok china kat parit, sungai, longkang tu tak sedar pula

Wahai masyarakat sekalian!
Tahukah anda, plastik adalah bahan yang paling lama tempoh biodegrasinya?. Pampers anak kecik kesayangan anda tu, bukannya hari ni buat sampah esok hilang dimamah bumi. Tidak! Tolonglah, sama-sama kita jaga kebersihan kawasan tempat kita ni. Jangan sampai kita duduk berjirankan sampah! Jangan juga letakkan tanggungjawab menjaga kebersihan  bandar, pekan mahupun kampung di pundak orang-orang DB mahupun JKKK.. Sama-samalah.


Tahukah anda, penyakit yang banyak menimpa kita seperti kencing tikus dan aedes pembawa maut itu adalah berpunca dari sampah-sarap yang kita buat?! Bertepuk tangan golongan tikus dan aedes bila tengok manusia buat sampah. Sebab apa? Sebab kita tolong buat komuniti baru untuk mereka sekaligus menyumbang kepada kemusnahan komuniti manusia! 

So, jomlah pakat duduk dan fikir. Agak-agakkan, kalau suka sangat buat sampah daripada buang sampah ni, mungkin satu hari nanti nisbah tikus, aedes dan adik beradik dia tu lebih ramai dari manusia. (T______T)

Heee...maaf ye kalau ada terkasar bahasa.. Ini semua terkesan dari pemandangan pagi tadi dan hari-hari sebelumnya..=D



1 comments:

Gary Asip said...

'dilarang membuang sampah', tapi banyak giler sampah kat situ.. huhu~>.