Isnin lepas, saya pergi ke Parit Buntar. Temankan Nisa, labmate di CAIRO. Pergi atas arahan supervisor yang sama. (-___-)"
Memandangkan hari Selasa, sama dengan lepas subuh supervisor ajak berkumpul, kami bertolak ke Parit Buntar selepas makan tengah hari di UTM IC. KL dengan Parit Buntar, adalah dalam 4 jam. Bergantung pada pemanduan dan cuaca.
Dalam perjalanan, kami singgah di RnR Rawang arah Utara untuk solat. sambil-sambil "recharge" apa yang patut.. Pergi "Outstation" 3 hari 2 malam, dengan kapasiti 3 orang ke daerah sempadan 3 negeri.. Hahaha...semuanya 3. Kalau tak salah, masa dekat Ipoh, hujan lebat mencurah-curah ke bumi. Selaku co-pilot yang tak bertauliah ni, haruslah mata ikut kuyu. Ye tak? Hujan kat luar beb!.. Tapi bertahan juga. Sampai di Hentian Rehat Sg.Perak, kami berhenti lagi. minum-minum.
Sampai di Pekan Parit Buntar dalam pukul 6.30pm. Sesat jugalah nak mencari Parit Buntar Inn. Maklumlah, banyak sangat paritnya. Di tambah pula dengan aktiviti menambah baikkan jalan di sana-sini sinun tu. Lagilah bertambah sosat! Nak refer google maps pun tak membantu sangat.
Kami check in dekat Parit Buntar Inn sekitar pukul 7malam. Rehat-rehat. Lepas mandi dan bersolat, keluar ronda Pekan Parit Buntar sekejap sambil cari makan.
Next destinasi : Ladang ayam, Kampung Kedah, Parit Buntar..
Kita story next entry ok!..
Oh ya! Bayaran untuk semalam di Parit Buntar Inn untuk Superior adalah RM98 dan kena charge RM20. Tapi RM20 ni akan dipulangkan bila nak check out nanti. Affordable. Tapi memandangkan Parit Buntar Inn ni terletak di kawasan Pekan Lama, sunyilah amat!.
0 comments:
Post a Comment