Field Work! dan Hama!

Friday, March 9, 2012


Field work!
Ayam.. bermacam ayam..
Heee... sambungan dari entrie ini. Saya diarahkan pergi untuk meneman. Sambil meneman, hirup udara kampung yang jauh lebih segar berbanding udara di kota KL. Sambil meneman, sempat juga hulurkan bantuan mana yang perlu. Sebab ini bukan projek saya.

Field work a.k.a Field trip ini adalah di bawah satu geran projek berkaitan dengan Chicken Farm. Itu sebabnya kami berada di Ladang Ayam milik seorang usahawan muda bumiputera ini. Seawal jam 8.15pagi kami semua dah terpacak di hadapan ladang ayam itu. Siapa kami tu?? Yang pasti members of the project. Supervisor, RA Supervisor, two master student and an undergraduate student.  


Kedatangan kami ke Ladang Ayam ni, lebih kepada untuk mendedahkan member of the project kepada realiti sebenar ladang ayam tersebut. Di samping memberi peluang kepada mereka untuk mengumpul data-data yang diperlukan. Macam-macam data. Yang pasti, bukan projek saya so macam malas je nak ulas panjang-panjang kan? Heee...

Sesi pagi, kami cuma "bermain-main" di luar reban. Nak masuk, fikir 1000 kali. kenapa?? ahaks.. sebab dalam reban tu anak ayam yang baru berusia 13hari. muda lagi beb! Kalau salah tingkah, boleh mati anak-anak ayam tu. Aih, seriau tau!.


Selesai lunch dan solat, macam tak patut pula dah sampai tapi tak masuk reban kan? So, tepat pukul 2.30pm, masuklah kami berempat ke dalam reban ayam yang besar itu. Terkezut i dengar bunyi ribuan anak ayam yang bertempiaran lari sebab ada orang masuk! Bunyinya... Fuhhhh..bingit jugalah telinga ni.. Heee..

Kitorang pilih reban yang kosong. Senang sikit nak gerak sana sini. Kalau buat dekat reban yang berisi anak ayam ni, mahu ada yang mati kena pijak karang. Nauzubillah. Walaupun reban ni kosong, tapi tetap beralaskan jerami. Sekam. Apa-apa jelah yang kamu panggil. Kejap berdiri, kejap bertenggek. Dan macam-macam lagilah.


Reban kosong dengan reban berisi ayam ni, bersebelahan je. Dalam satu tingkat. Satu Row. Around 4.30pm, kitorang keluar dari reban tu. Perghhhhh... 2jam jugalah berkampung dengan ayam-ayam tu.. Keluar je dari reban, dapat habuan! Apakah??

Hama! Sudahlah saiznya kecil lagi tidak kelihatan. tapi setiap langkah binatang kecil itu sangat dirasai. Mulalah tergaru-garu. Aih, g mana boleh lupa yang hama itu wujud dekat sekam jerami tu??? Aigoooo... Macamlah first time main jerami. Masuk reban tu memanglah first time!.

Itulah pengalaman sehari di Ladang Ayam yang mengundang 1001 perasaan. 
Next Destinasi : Taman Tasik Taiping, Taiping.




0 comments: