Sepucuk surat..

Friday, March 2, 2012

Assalamualaikum w.b.t..

"Kehadapan sahabatku yang jauh di mata tapi sentiasa dekaaaat di hati. Apa khabar? Dah lama kan kita tak berutus surat.. Dari jauh, ku doakan agar kau sentiasa sihat di samping keluarga yang tersayang..."

Ahaha... kalau 8-9 tahun yang dolu, ayat ni sentiasa mendahului isi surat yang lain. Cantik dan indah bertulis tangan. Hari ni hantar, seminggu dua ternanti-nantikan balasan dari rakan yang jauh di mata tu. Duduk di asrama, surat akan sampai ke pejabat maktab. Pagi-pagi, masa morning assembly BWP akan announce nama yang dapat surat. Telinga sentiasa alert. Kalau-kalau nama sendiri di panggil..=D..

Dengar je nama disebut, senyum sampai ke telinga. Surat dari teman yang dinanti. Indahkan perasaan itu? Walaupun posmen jadi pengantara, tapi sentiasa rasa dekat je dengan teman yang jauh di mata tu. Sampai sekarang pun masih tersimpan rapi surat-surat bertulis tangan. Tak kiralah yang dihantar melalui posmen atau yang bertukar tangan. Sebab, sekarang ni kalau posmen yang muncul depan rumah kalau tak surat AEON, mesti dari Courts Mamoth tu... Yang best sikit, surat dari Universiti. Bukan surat gantung pengajian, tapi keputusan peperiksaan lah..=D

Rindu pula nak tulis surat. Rindu nak cerita macam-macam dalam surat. Dan yang paling penting, rindu nak membaca macam-macam cerita tentang teman yang jauh di mata.. Zaman sekarang mana nak ada dah semua ni. Orang semua dah guna Facebook, Twitter, BBM, Yahoo Messenger, Gtalk, skype dan apa-apa ntah lagi. Advance kan? Tak payah nak tunggu 2-3 minggu untuk dapat balasan. Taip, enter kalau orang di sana tengah online, terus dia reply. 

Nak yang cepat? Hantor SMS baru 1 sen. Komunikasi secara real data. AHaks.. Hantar. terima. Send. Reply. Kalau hilang phone yang secara langsungnya hilang nombor-nombor telefon? Berserah je lah pada takdir, muga dipertemukan semula.. Dalam masa yang sama, simpan cerita banyak-banyak. Nanti bila dah jumpa balik nombor telefon tu, bolehlah sambung bercerita..

Aih, pendek cerita, semuanya mudahlah! Tapi kenapa saya tetap rindukan kaedah yang konvensional atau konservatif itu??? Hohoho.. tak kisahlah.. yang penting saling berhubung dan mengekalkan persahabatan yang pernah terjalin.. Tak baik putuskan silaturahim. Koleksi surat-surat lama boleh simpan masuk muzium untuk kenangan di hari tua.. ahaks...

Sepucuk surat, se_____ email, se______ sms, se________ chat. Ok. tak tahu imbuhan apa yang sesuai untuk di isi untuk penghantaran maklumat di zaman moden ini..




1 comments:

shark said...

nasib baik ler shark dh lepas UPSR..
tdak susah nk jawab imbuhan tu..
hehee..