Bajet punya pasal...

Saturday, November 3, 2012

Salam November~
Cepatkan masa berlalu... Dan dah lama rasanya tak berceloteh panjang dalam ruangan blog sendiri.. EHeh.. Banyak cerita.. banyak isu.. tapi tak sempat nak coretkan apatah lagi nak kisahkan di sini..Huhuhuhu... Cerita yang paling tak sabaq nak kongsi, sudah tentulah kisah percutian bajet kami ke Langkawi.. Ngeee... Bajet punya pasal beb.. Dari 3 hari jadi 2 hari.. sudahnya, pergi naik boat trip awal pukul 8.00pagi, balik keesokan harinya trip last pukul 7.00malam.. Muahahaha....

Sebelum chek melalut, jom tengok keseluruhan bajet secara perseorangan.. Kalau nak tahu jumlah keseluruhan, kali 6 kata orang tua.. =D


Seee??? Tengok??? Itu belum masuk shopping coklat, minyak gamat dengan batik lagi.. Kalau masuk bab shopping ni, chek pun tak tau nak katalah percutian bajet ke tidak.. Hehehe... Haaaaa...chek ni nama ja dok Kedah paling tepatnya Aloq Staq.. Lebih 10tahun dah kot kembali ke sini, tapi secara peribadinya... chek tak sampai-sampai pun lagi Langkawi ni untuk bercuti.. Adalah sekali tahun 2005 dulu.. wakil maktab untuk kuiz sastera minggu bahasa mrsm zon utara. Tapi tak melancong memana pun..huhuhu...

Makanya, dua tiga minggu sebelum hari kejadian..kalau bosan ja, chek buka internet google pasal Langkawi. Dari satu blog ke satu blog chek baca nak ambil info dan maklumat dari rakan-rakan blogger. Banyak juga yang bermanfaat. Thanks bloggerssss... Makanya, kali ni giliran chek pula nak kongsikan cerita pahit manis suka dan duka menahan lambungan ombak untuk sampai ke Pulau Langkawi ni.....

Bajet punya pasalkan? Jom kita baca intro dulu...

Pukul 7.15 kami gerak ke Kuala Kedah. Abah yang hantaq.. Ngeee.. Rumah chek bukannya jauh mana pun dengan Jeti Kuala Kedah tu. Dalam setengah jam macam tu ja. Kami pi berlima.. Kami empat beradik dengan seorang adik sepupu sebelah abah. Sampai jeti, terus pergi kaunter. Nak beli tiket pukul 8.15pagi. Harga tiket adalah RM23 per person sehala. Highlight besaq sikit. Jadi, tang tiket memang tak dapat nak tawaq menawaq dahlah. Memang itu regenya. Nak tak nak, RM46 kena ada dalam tangan. Kalau tak, jangan kau bermimpi nak pergi ke Langkawi dengan boat. Berenang ja lah.. FOC! Eheh...

Perjalanan laut dari Kuala Kedah ke Jeti Kuah, Langkawi adalah dalam 1 Jam 45 minit! Perghhhh... Highlight besaq-besaq lagi. Konon nak buat keballah kan. Tak mau makan ubat tahan muntah.. Awal-awal steady je lagi.. Ombak macam baik je.. Lepas 45minit, laut semakin bergelora..Bila laut bergelora, perut dan anak tekak pun ikut bergelora jugalah.. Masa ni, kalau baru nak makan ubat, memang tak jalanlah. Tak de kesan dah beb.. Nak tak nak, chek teguk 100plus lepas tu pejam mata. Habis cerita.

Lebih kurang pukul 10 jugaklah kami sampai dekat jeti Kuah tu. Check in foursquare dulu.. hahahaha.... Lega dapat jejak tanah semula..Fiuuuu..... Haaa... Lepas tu?? Ngantuklah.. nak tidoq dulu.. nanti chek sambung cerita lain naa??? Oyasumi Nasai minnnasann...

 



1 comments:

farra fajima said...

eh cerita tergantung?
laaaa pegi tido pulak dia
hahaha