Kenapa kena Boikot???

Saturday, November 24, 2012

Enough for tonight. Non-academic-research-work!.. =__="

Hidung pun macam dah gatal-gatal. Tanda-tanda nak selesemakah? OoooMMMmmmGGggg!!.. Tapi sebelum tidur, nak rungkaikan semua persoalan yang berada di minda ala-ala lagu adik Najwa Latif tu.. ^___^..

Persoalan apa? Persoalannya... Kenapa nak kena boikot? Apa hubungannya produk-produk tu dengan Israel? Macam mana pula kita membeli menyebabkan kita menyumbang kepada tumpahnya darah-darah rakyat Palestin dek dibedil Israel puak Yahudi laknatullah itu?. How come? Macam mana duit kita boleh sampai ke sana?? Owh! The hardest thing adalah untuk istiqomah dalam memboikot when you don't even know why. Memboikot tanpa ilmu. Hasilnya? Sekejap boikot, sekejap off. Sekejap beli, sekejap boikot. Bila isu dah reda,pakatlah pi beratuq beli barangan-barangan tu semula. Ye dak? Positif.

 
Sebabnya, kita tak nampak. Dan kita tak faham. Jadi, kita tak komited dengan apa yang kita lakukan. Bila orang dok bising-bising dalam facebook/twitter/blog/instagram barulah kita pun kalut nak berhenti membeli. Bila dah senyap, kita pun mula membeli semula. True? saya tak segan silu untuk mengaku. Sebab saya akui saya tak pernah faham. Selalu dapat brochure tentang boycott that thing and this thing. Tapi, no explaination. Akibatnya, hari ni saya boikot, esok saya beli, lusa saya boikot semula. Nampak tak? Betapa tak istiqomahnya. Jadi, malam ni saya spend masa about 1-2 hours to really understand why!



Produk Yahudi
Hasil pencarian saya, saya temui ini. Our Jerusalem.com. Menurut laman sesawang ini, 729 adalah angka pada BARCODE yang menunjukkan produk itu dari ISRAEL. Dan saya difahamkan, negara kita iaitu Malaysia memang tak menjalinkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Israel. Jadi, untuk menemui produk yang mempunyai angka 729 pada barcode mungkin agak susah. Tapi tak mustahil! Hehehe..kot ada yang tersesat dan terlepas masukkan? Jadi, apa kebendanya produk Israel yang kita nak boikot??? Hoho.. tak paham..tak paham..

Saya baca..dan baca lagi. Rupa-rupanya, yang bising-bising suruh BOIKOT ni adalah BOIKOT BARANGAN/PRODUK/SYARIKAT yang menyumbang DANA kepada ISRAEL atau lebih tepatnya Jewish atau Zionis. Macam yang author blog ni tulis.


Mereka dan Zionis/Jewish serta Israel
Saya jadi tak puas hati pula bila tengok dalam poster boikot tu ada Nestle dan lebih tepat adalah MILO. WHat deeee... Milo tu favaourite hambo! Biar betul. Tak buleh jadi.. Bukan tak nak boikot, tapi nak tahu asbab untuk memboikot. Macam yang saya tulis di awalnya tadi, memboikot tanpa ilmu susah nak istiqomahkan diri. Jadi, cari punya cari.. Jumpalah satu forum ni.. Lengkap bicaranya.

Dan hasilnya..saya menota-memokan ruangan komen dalam facebook sendiri.. Hahaha..

 


Dan sekarang, tanpa ada rasa ragu..saya yakin. InsyaALLAH..untuk asbab dan alasan yang sudah saya temui ini akan membuatkan diri saya lebih istiqomah untuk memboikot barang-barang ini. Mungkin lepas ni, instead of MILO and other NESTLE products saya bertukar kepada minuman lain. Yang pasti bukan CHOCOMALT. Hehehe... minuman itu buat saya dahagakan air masak yang amat. Tapi kalau minum air masak 24/7 pun apa salahnya kan? Hehehe.. Sekali-sekala pergi cari minuman buah ye dak? Kita ada pilihan, kenapa tidak mahu memilihkan? Selain tu, mungkin ramai-ramai boleh bertukar ke produk VICO, HPA dan bermacam-macam lagi yang ada di pasaran.

Dan sebagai penutup (hidung dah berair beb! So, kena tutup terus penulisan ni dan tidur!), Saya kongsikan link power point slide presentation tentang penjelasan 25 companies yang menyumbang secara langsung kepada DANA ISRAEL yang akhirnya membuatkan ekonomi Yahudi semakin stabil dan akhirnya, DANA itu dipusing dan dileburkan dengan pembelian peluru dan bom untuk mengebom saudara seagama kita di PALESTIN. Sebak! 

Saya ada terbaca (kalau salah, tolong betulkan).. Pada zaman Rasululullah, Selepas perang Uhud (kalau tak salah), Puak Yahudi yang kalah dalam peperangan tu merancang untuk membuat serangan balas dengan cara standby diatas sebuah bukit (bukit apa ek?) Rasululullah yang terlebih dahulu maklum tentang situasi itu, segera memaklumkan pada sahabat dan syuhadah untuk mengelilingi bukit itu sekaligus menyekat bekalan makanan puak Yahudi yang berkumpul di atas bukit. Akibatnya, Yahudi menyerah kalah kerana tak tahan dengan sekatan makanan dan senjata itu..

 
Dan secara realitinya, itulah yang sepatutnya kita lakukan sekarang. Nak angkat senjata dan beramai-ramai pergi berperang macam tak berapa nak rasional. Possible! Tapi kurang rasional. Nanti perang tak sudah-sudah. Darah melimpah-limpah. Jadi, kita guna perang psikologi. Sama-sama kita boikot produk-produk yang menjadi penyumbang besar pada ekonomi Yahudi/Israel/Jewish ini. Atas dasar kemanusiaan juga, ayuh kawan-kawan tak kira bangsa dan agama..Kita boikot produk-produk itu. Supaya ekonomi mereka lumpuh. Supaya mereka tidak lagi mempunyai sumber kewangan untuk membeli segala senjata pemusnah itu.

Okkkk...Oyasumi Nasai. Gud Nite! Selamat Malam..
"BismiAllah wani'malwakil...10x... Cukuplah Allah bagiku..."
"Bismikallahummaahyawaamut...Ayat Qursi..3 Qul..Al-fatihah..Sleep.." 

 



5 comments:

kiera'sakura said...

betul lah memboikot membabi buta tanpa ilmu memang mcm ntah pape jer. tahniah awak tak menjadikan diri awak dlm spesies mengkhinzir buta tue ;)

sungguh klu tak mampu nak angkat senjata, kita tlg dgn cara lain. x mati pun xmkn mekdi, x minum milo hihihihi

addin adila said...

Assalamualaikum saudari...saya mohon untuk kongsi di laman fb sy...harap saudari izinkan

Cik Sara said...

@addin adila

Silakan kalau ianya memberi manfaat. :D

muhammad izad said...

Baru nk niaga air mulo..brg2 sume dh standby nk niaga...cmne ek?bole x nk niaga jgk...?plzz

Cik Sara said...

@muhammad izad

Saya tak pasti. Cuma yang saya faham, jangan membazir. Kalau dah terlanjur membeli atas niat untuk berniaga tak ada salahnya kalau diteruskan. Tapi, bila nak restock nanti, hentikanlah pembelian barang yang berkaitan. InsyaALLAH, rezeki ni ALLAH yang bagi, kalau kita ikhlas Allah akan permudahkan . =D