Assalamualaikum..
Salam dari bumi Malaysia.
Punyalah lama perap cerita. Hari ni baru tergerak nak berkongsi cerita dan mungkin sedikit perbelanjaan sepanjang 7 hari 5 malam di Kyoto dan Osaka.
Sebelum tu, jom tengok tempat-tempat yang saya sempat pergi sepanjang di sana.
Nak mudah, klik je pada gambar di atas.
Cerita dan bajet saya ni adalah tidak termasuk Tiket Kapal Terbang dari Malaysia sebab saya memang sudah di Jepun. Saya ambil tiket kapal terbang dari Sendai Airport ke Osaka je. 12000Yen return ticket (Lebih kurang RM385). Kebetulan Peach buat sale sempena end of winter. Gitu..
Ok. Saya mudahkan itinerary percutian saya. Mungkin boleh bagi Idea dekat kamu-kamu semua.
8th March 2014
Flight petang dari Sendai ke Kansai Airport. Untuk jimatkan kos penginapan, tidur di airport. =D
9th March 2014
Gerak ke JHoppers Kyoto (Hostel) untuk tinggal bagasi. Dari Kansai Airport ke Kyoto Station boleh naik bas. 2500Yen per trip (Lebih kurang RM80). Perjalanan dari Kansai Airport ke Kyoto Eki lebih kurang 85minit. Bolehlah sambung tidur lagi. Kenapa ke Kyoto dulu? Sebab flight return ticket. Jadi, better berjalan di Kyoto dulu.
Untuk maklumat lanjut tentang jadual bas dari Kansai Airport ke Kyoto Eki boleh refer sini:
www.kate.co.jp/pc/e_time_table/e_kyoto_tt.html#from
Nak naik train pun boleh. Tapi mahal beberatus yen lah. Eh, tadi kata nak yang bajet kan?
Ok. sampai je Kyoto Eki, saya ambil subway untuk ke JHoppers. Sepatutnya jalan kaki pun boleh sampai. Dalam 9 minit gitu. Tapi masa tu macam blurr je tak tahu bas berhenti dekat timur-barat-utara atau selatan. Jadi, yang terbaik naik subway ajelah. Dalam 220Yen (RM7).
Sampai dekat JHoppers, isi form dan tinggal bagasi sambil tunggu kawan saya dari Nagoya. Meet up dekat Hostel. Mudah sket. Oh ya! Satu malam dekat JHoppers kyoto ni dalam 3000Yen (RM100) untuk twin room share bathroom. Sengaja ambil twin room sebab mudah nak solat tak ganggu orang. =D Kalau datang bertiga boleh ambil triple room.
Tips : Elak waktu peak holiday. Sebab macam dekat malaysia jugalah. Masa peak time, rate jadi tinggi. Sila rujuk website.
Sumber: Google
Out of 10, 6 je aktiviti yang saya buat.
Dari JHoppers, saya dan kawan terus ambil 1-Day City Bus Pass (Only 500Yen). Dekat Kyoto lagi best dan lagi mudah naik bas berbanding subway. Jadi, 1-Day City Bus Pass adalah pilihan yang terbaik. Peta laluan bas turut diberikan. Jadi, bolehlah rancang perjalanan anda nak naik bas dari mana dan nak turun di mana.
First day ni singgah Toji Temple, which is beberapa stop dari JHoppers. Maksudnya, sangat dekat dengan tempat penginapan kami. Dah kata guna 1-Day City Bus Pass kan? Makanya, naik turun bas berapa kali untuk sehari tu pun tak ada masalah.
Nak masuk Toji Temple kena bayar ye adik-adik tuan-puan sekalian. Sebetulnya, area ni sangat luas. Ada kawasan yang tak perlu pun bayar. Masuk dan ambillah seberapa banyak gambar pun. Tapi, kalau nak menghampiri pagoda tinggi ni, kenalah bayar sikit.
Klik gambar untuk ke website berkenaan.
Sewa Kimono dengan harga 2,500 Yen (RM80) dan boleh pakai sampai pukul 7:30 malam. Maksudnya, pakai dan pergilah ke mana-mana jua yang anda ingin pergi.
Kami berdua memilih untuk berjalan di Kiyomizudera. Terkedek-kedeklah pakai geta tu.
Nak masuk Toji Temple kena bayar ye adik-adik tuan-puan sekalian. Sebetulnya, area ni sangat luas. Ada kawasan yang tak perlu pun bayar. Masuk dan ambillah seberapa banyak gambar pun. Tapi, kalau nak menghampiri pagoda tinggi ni, kenalah bayar sikit.
Oh ya! Toji Temple ni merupakan salah satu kawasan di Kyoto yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak bersejarah. Kau rasa nak datang tak? Ngeeee.. Ticket masuk adalah 500Yen (RM16)
Dari Toji Temple, kami berdua laju-laju ke tempat sewa kimono. Dua minggu sebelum turun kyoto, saya dah buat pre-book online sesiap. Bukannya apa, ramai sangat umat yang nak pergi pakai kimono ni. Dan kebiasaannya untuk satu-satu sesi, jumlah pelanggannya sangatlah terhad. Yang bestnya, pakai kimono sambil berjalan-jalan ke Kiyomizudera. Yo!
Dekat mana kami menyewa kimono ni?
Here we are:
Yumeyakata
Klik gambar untuk ke website berkenaan.
Sewa Kimono dengan harga 2,500 Yen (RM80) dan boleh pakai sampai pukul 7:30 malam. Maksudnya, pakai dan pergilah ke mana-mana jua yang anda ingin pergi.
Kami berdua memilih untuk berjalan di Kiyomizudera. Terkedek-kedeklah pakai geta tu.
Hiu~Pengalaman tu memang sangat berharga.
Siap ditegur oleh sekumpulan pelancong dari Malaysia dan Indonesia. Katanya
"Inilah ikon kimono muslimah. Berhijab tapi masih boleh menggayakan kimono"
Senyum. Hehehe.. Kalau korang rajin dan kreatif, bolehlah lilit cantik-cantik dan letak bunga-bunga sket. Tapi, saya ni suka yang simple. Malas nak melilit bagai. Ngeee...
Sepetang juga kitorang dekat Kiyomizudera tu sambil menikmati matahari terbenam. Weee.. Sempat juga ditegur beberapa pelancong asing. Mungkin tertarik dengan penampilan kami yang bertudung dan berkimono. Yo lah. Ini Jepun. Bukan Malaysia. Nak nampak yang bertudung pun 1 dalam 100. Ini kan pula berkimono. ye tak?
Oh! Saya ambil pakej photography juga. 1,500 Yen (RM48). Hiu~Kalau dekat Malaysia ni, memang tak ambil dah! Hahahaha...
Balik dari Kiyomizudera, kitorang jalan-jalan cari makan. Sambil memikirkan untuk aktiviti keesokkan harinya.
Eh, lupa! Dari Yumeyakata nak ke Kiyomizudera, kitorang naik teksi. Ate, puas tunggu bas tapi bas tak muncul. Heran! Another thing, nak ke kiyomizudera ni laluan bas adalah di luar 1Day-Buss Pass tu. Next time saya cerita.
Cuma nak bagitahu, dari Yumeyakata nak ke Kiyomizudera, naik teksi sekitar 800Yen per trip. Pergi balik dalam 1600 Yen (RM51)
Jadi, perbelanjaan sehari kami di Kyoto adalah:
1. Bas (Kansai Airport ke Kyoto Eki) = 2,500Yen
2. Subway = 220Yen
3. JHoppers = 3000Yen (semalam)
4. 1-Day Bus Pass = 500Yen
5. Toji Temple = 500Yen
6. Kimono Rental = 2,500Yen
7. Photography = 1,500Yen
8. Teksi = 800 yen (share half each)
Total = 11,520Yen! RM368.70
Gulp!
Sekian dulu. Lain-lain, next entry pula. Bye!
10 comments:
Hi sara..dh blk mesia eh..
N pn ade plan nk ke jpun next year..kyoto 1 of yg xsbr nk g sbb byr tmpt cntikkan..
Xsbr tnggu sara cerita lg ni
Hi Cik Sara,
My name is Sisca from Yumeyakata, Kyoto.
I saw your blog earlier and you wrote about us. We are really happy for it! Thank you very much!
We wanna ask you if it`s possible to mention your blog on Yumeyakata`s Bahasa Indonesia and Melayu Facebook and homepage both?
We are waiting for your reply!
Thank you
@cik sara
Hi Miss Sisca,
Glad to hear that.
Yes, feel free to share or mention my blog in your website. If possible, i can also write more about your services and my experience using your services in one special post. =D
Dear Cik Sara,
we really thank you and appreciate it!
If you don`t mind to write another one we will be very happy!!
Hope to hear some good news from you.
Best regards,
Sisca
Yumeyakata
@cik sara Hi, Saya Siti. nak tahu website untuk pre book kimono tu. try to click tapi tak dapat pun. harap boleh bantu. saya akan ke kyoto in Nov 2015. Thanks
@siti zurina
Hai Siti,
Do click the image again. Saya dah update link di situ. Tapi, kalau tak boleh juga, try search Yumeyakata. Itu website rasmi mereka. =D
Hi sara, nak tnya mmg jauh ke jarak yumeyakata (tempat kimono rental) dan kiyomizudera? Means yumeyakata tu bkn area nearby to kiyomizudera? Sbb saya search shop yg buat kimono rental, mostly area2 dekat kiyomizudera?
@NURUL AMIZA SALLEH
Hai Miza!
Not that far. Antara yumeyakata tu nak ke kiyomizudera dalam 10min. atau 2km jaraknya. maybe ada kedai lain lagi, tapi sebab masa google tu come across to this shop, itu yang rental. harga pun not bad.
Oh really, sy confius sbb sara mention naik teksi dari yumeyakata ke kiyomizudera, so ingatkan jauh, :P susah x nak jln2 pakai kimono? Hehe
@NURUL AMIZA SALLEH
Hihihi.. naik teksi sebab ingatkan jauh.. plus dah tak larat nak berjalan kaki. Sebab sebelum tu kitorang g Toji. Kononnya naik teksi dapat jimatkan masa. Tak susah pun nak jalan dengan geta dan kimono tu. Macam kita pakai kain yang belah depan tu. ramai j yang g kiyomizudera pakai kimono rental dari situ.
Post a Comment