ada sesuatu yang saya terlupa. biarlah saya selitkan dalam entri ini. ayat sebetulnya, tak pula saya hafal. dari fahaman saya, penulis buku ada menulis mengatakan bahawa kehidupan kita hanya sebuah ilusi. kita ada blajar dalam sains, bahawa objek yang kita lihat akan terbentuk di dalam mata sebagai satu imej. imej yang sonsang. cuba rujuk balik buku sains kalau hendakkan kepastian ye..
nak tahu lebih detail tentang realiti kehidupan dan bukti-bukti berdasarkan kajian dan penemuan santifik, sya sarankan anda untuk membaca buku "Penipuan Evolusi"..
Ok, sekarang nak masuk buku ketiga yang saya baca dalam tempoh seminggu tu. buku ni tak lah berat sangat. sesuai dengan peningkatan usia dan sebagai persediaan dan pertambahan ilmu.
tajuk Buku tu, "Soal Jawab tentang Nikah Kahwin". Pelbagai persoalan yang dibangkitkan. soalan2 yang mungkin kita malu untuk bertanya. tapi bila membacanya, kita peroleh jawapan. nak kahwin ni ingat benda mudah ke? kebetulan pula, hujung tahun time cuti sekolah camni memang ramai yang uat kenduri walimah. tapi nak sampai ke tahap akad nikah tu pun, leh timbulkan 1001 persoalan. apa yang boleh apa yang tidak.
Sebelum nak nikah, mesti ada proses merisik dulu. ye lah nak tahu, gadis yang nak disunting tu dah berpunya ke belum. tapi sayangnya, fenomena hari ni tak lagi macam tu. tak sempat nak dirisik dan disunting dah dibuntingkan dulu. Astaqfirullah...
Dah masuk merisik, kalau konfem yang disunting tu kosong or line clear, baru leh terus kepada proses pertunangan. merisik tu macam meminang jugalah. dah bertunang tu, tak bermaksud nak buat apa-apa pun tak pe. masih ada aurat yang perlu di jaga. masih ada batas yang perlu di pelihara antara kedua pasangan. Pertunangan ni sekadar isyarat pada org bahawa si dia sudah disunting. bukan bermaksud yang haram menjadi halal. tapi, fenomena hari ini, banyak yang terbaliknya. baru bertunang, tapi dah pegang sana sini. baru bertunang, tapi dah macam orang berkahwin pula.
dalam buku ni, semuanya ada dinyatakan. nak kahwin kena tahu rukun nikah yang 5 tu. kalau rukun nikah pun tak tahu, macam mana nak kawen??? time nak nikah ni, hantaran kena amik kira. Mas kahwin? daripada buku tu yang saya faham, mas kahwin ni, hadiah dari suami untuk isteri. tak macam hantaran. hantaran boleh dimiliki seluruh keluarga. tapi, mas kahwin ni milik isteri seorang...
dalam buku tu ada menceritakan tentang seorang pemuda yang nak berkahwin. tapi dia tak ada harta apatah lagi duit. macam mana nak kawen? sedangkan mas kawen wajib diberikan kepada si isteri? Pemuda ni berjumpa Rasulullah. dia ckap ngan Rasulullah yang dia cuma ada kain yang dipakainya itu sahaja sebagai hartanya. maknanya kalau dia jadikan kain itu sebagai mas kawen, tiada apalah yang tersarung di badannya. Rasulullah suruh pemuda ni balik ke rumah dan cari apa sahaja yang pemuda ni ada untuk jadikan mas kawen. tapi, cari punya cari, dia tak jumpa apa -apa harta yang dia ada. berbincanglah pemuda itu dengan Rasulullah. dan bila mana Rasulullah tahu yang pemuda ini menghafaz ayat2 dari Al-Quran, Rasulullah pun cakap dengan dia, segeralah kamu pergi menikah dengan perempuan itu bermas kawenkan ayat2 al-Quran yang dihafaz...
tapi, zaman sekarang ada ke lagi yang nak terima semua ni sebagai mas kawen? berita yang terpampang di dada akhbar tentang kenaikan mas kawen di negeri selangor tu pun dah mengundang pelbagai reaksi. dari RM80 kepada RM300.. setiap negeri dah ditetapkan kadar mas kawennya yang tersendiri. anda bagaimana pula?. sampai masanya kita pasti akan memikirkan persoalan yang sama. mas kawen.
okeylah itu bab mas kawen. macam mana dengan majlis walimah? wajib ke tak adakan? Benda baik, eloklah dihebahkan. biar jiran tetangga tahu. tak delah nanti dikatakan kita buat maksiat. ye tak? sebesar mana pun kita nak buat, buatlah ikut kemampuan sendiri. jangan sebb nak ikut cara diva, habis majlis hutang keliling pinggang. tak guna juga bang...
Tadi saya ada cakap pasal, belum sempat disunting dan dibunting. lebih kurang nak buktikan cinta, body yang tergadai. seperti yang saya petik dari cerita Semanis Kurma yang bertajuk buang anak, masalah sosial yang melanda anak remaja zaman sekarang bukan lagi suatu masalah. tapi dah menjadi parah. dah menjadi sebuah bencana sosial. Bencana, maknanya dah teruk sangatlah tu. dah terjadi baru nak menyesal. atau bak kata pepatah, dah terjatuh baru nak terngadah. saya menulis juga sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.
Itulah fungsinya kita membaca bahan-bahan ilmiah seperti ini. semoga apa yang tidak elok, dapat kita elakkan. sama-sama mengingati. dan sama-sama mencambah ilmu. bagi yang terasa diri bermasalah dalam nak handle cinta, atau baru nak berjinak dalam dunia percintaan, saya sarankan beberapa buah buku. semoga dapat membuka minda, membuka mata, dan membuka hati anda pada yang hak. apa yang mampu dielak, kita elakkan. Prevent better than cure..
Bacalah buku-buku ini sebagai persediaan dan penambah kepada pengetahuan sedia ada anda...:
1. Aku Terima Nikahnya....oleh Ust. Hasrizal dan sequencesnya,
2. Bercinta Sampai Syurga...
3. Soal Jawab Nikah Kahwin.
4. Anda Bertanya, saya menjawb tentang masalah Agama.
Buku keempat yang saya sarankan ini banyak mengupas isu selepas berkahwin. Mahligai yang dibina gagal kerana asyik bersoal tentang hak. dari buku ni, banyak soalan yang ditimbulkan. antaranya, status anak yang dikandung luar nikah. apa statusnya walaupun telah berkahwin dengan orang yang telah menyebabkan kelahiran bayi itu. kesiankan? anak-anak luar nikah, ikatan darah dengan bapanya tidak diiktiraf. maknanya antara anak luar nikah dengan lelaki yang menyumbang benih kepada kelahirannya ini adalah bukan muhrim. apa2 persentuhan boleh membatalkan air sembahyang.
fikir2kanlah sebelum melakukannya. ikatan yang terjalin selepas berlakunya persetubuhan yang mengarah kepada kelahiran anak luar nikah tidak akan menghalalkan apa-apa. sebaliknya, anak luar nikah ini kembali dalam dilema. anak-anak tidak berdosa.
Ust. Wan Akasyah dalam siaran Semanis Kurma episod akhir 2009 ada memberitahu kita yang Lelaki baik tidak akan mengajak kepada kemaksiatan. Tak perlu nak buktikan cinta sampai tergadainya body. sedarlah....masih belum terlambat untuk kita memuhasabahkan diri...
selain daripada isu rumah tangga, suami isteri, buku keempat ini ada juga menghuraikan persoalan tentang kewangan, amal ibadat, kemelut diri, halal haram serta menantu dan mentua. seperti yang disarankan seorang kawan, saya juga menyarankan anda untuk membaca.
"Bagi kawan-kawan baca juga merupakan dakwah fardiyah..dapat beri pemahaman kepada kwan-kwan..aku harap2 sangat buku tu disebarluaskan pada kawan-kawan especially yang ada masalah dengan bercinta2 ni..tolong ek..sebar2kan.."
Selamat membaca...('o,')
Selamat membaca...('o,')
1 comments:
salam...
cuba baca buku "Jangan Beralasan Anda Jahil" karya Harun Yahya, lebih banyak pembongkaran tentang diri kita di dalamnya, termasuk tentang bagaimana kita melihat sesuatu di dalam dunia ilusi kita sendiri..
Post a Comment