Bencana Alam Dan Kempen "Earth Hour" 2010

Monday, March 29, 2010

27 Mac 2010. Sebanyak 88 negara menyertai usaha sejagat iaitu Kempen Earth Hour. Kempen ini menjadikan simbol menutup lampu sejam bagi mengatasi masalah perubahan iklim. Seperti yang dilaporkan di akhbar Berita Harian Online, sebanyak enam juta rakyat Malaysia menyertai kempen ini. Dan hal ini turut dibuktikan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bahawa dalam tempoh berkenaan, penggunaan tenaga elektrik akan berkurangan 550 megawatt bersamaan 14 juta lampu fluorescent yang menggunakan 40 watt.




Kempen "Earth Hour" ini diadakan bukanlah semata-mata sebagai simbolik kepada penutupan lampu dan barangan elektrik yang lain. Sebaliknya sebagai satu kesedaran kepada masalah dunia yang semakin parah. Pemanasan Global yang semakin meningkat. Perubahan Iklim yang melampau. Segala kemusnahan ini bukanlah bersifat natural. sebaliknya, kemusnahan-kemusnahan ini disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Kemusnahan ekoran sikap tamak dan tidak ambil peduli dengan ekosistem dunia.

"Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41) "

"Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.
(al-Anbiya’: 31)."

Ayat dari surah Al-Anbiya' ini membawa maksud, "Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi "

Bukit ditarah tanpa mempedulikan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang terganggu. Semakin banyak "Skytower" di bina. Penggunaan cermin yang banyak di bangunan-bangunan tinggi yang secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada peningkatan suhu bumi.

Sabda Rasulullah : Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

Namun, apa yang telah kita lakukan pada bumi kita? Sejauh mana kita menjaga dan bertanggungjawab dengan keseimbangan dunia?

"Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr: 19)."

Menurut satu sumber yang diperoleh, pada Oktober 2009, Kerajaan Maldives telah mengadakan mesyuarat Kabinet di dalam laut bagi menunjukkan keprihatinan terhadap kesan pemanasan global di negara mereka. Tahap air laut yang kian meningkat akan menyebabkan negara berkenaan tidak sesuai untuk didiami.

Satu lagi laporan menyatakan ais di Kutub Utara akan cair antara 10 hingga 20 tahun. Apabila ini berlaku, ia mengakibatkan banjir yang memberi kesan kepada satu perempat penduduk dunia. Keadaan ini adalah petanda pemanasan global dan perubahan iklim semakin membawa kesan yang besar terhadap manusia dan bumi. Pemanasan global bukan sesuatu yang mustahil untuk ditangani. Cara untuk mengatasinya sudah ada dalam pasaran. Ia bukan sesuatu yang baru atau susah untuk dilaksanakan.





"Dialah Tuhan yang memperlihatkan kilat kepadamu untuk menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia mengadakan awan mendung. Dan guruh itu bertasbih dengan memuji ALLAH, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan ALLAH melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dialah Tuhan Yang Maha Keras siksa-Nya"
[Surah Ar-Ra'd,13: ayat 12-13]



Beberapa minggu sebelum Kempen Earth Hour dijalankan, saya mendapat sehelai artikel yang menekankan tajuk BENCANA ALAM susulan daripada Kejadian Gempa Bumi di Haiti yang memusnahkan hampir keseluruhan bandar tersebut. Berpuluh-puluh ribu manusia terkorban. Tidak lama selepas itu, Gempa bumi di Chile pula menyusul. Sudah lama terniat di hati untuk berkongsi rasa. Berkongsi bicara berkenaan Bencana Alam yang seakan-akan seperti Amukan Bumi ini. Namun, kengkangan masa membatasi segalanya.

Kempen earth Hour yang dianjurkan oleh WWF membuka minda dan peluang untuk saya berkongsi penyampaian penulis artikel tersebut.




Sebelumnya, masyarakat dunia dikejutkan dengan Kejadian Gempa Bumi di Acheh yang mengakibatkan Tsunami yang mengorbankan kira-kira 200,000 nyawa dan melibatkan 15 buah negara. Bencana alam yang paling dasyat dalam tempoh seabad. 26hb Disember 2004 menjadi tarikh yang mungkin tidak akan dilupakan oleh masyarakat dunia amnya dan masyarakat Acheh khususnya.

Dalam mencari bahan untuk memuatkan entri saya pada kali ini, saya bertemu dengan suatu berita yang agak mengejutkan saya.

Chile Earthquake May Have Shortened Days on Earth

Tajuk artikel yang saya peroleh di ruangan Yahoo News!. Berita yang dikeluarkan oleh pihak Nasa. berita lanjut boleh diperoleh di link berkenaan:
http://news.yahoo.com/s/space/20100302/sc_space/chileearthquakemayhaveshorteneddaysonearth

The figure axis is the axis around which the Earth's mass is balanced. It is offset from the Earth's north-south axis by about 33 feet (10 meters).

Strong earthquakes have altered Earth's days and its axis in the past. The 9.1 Sumatran earthquake in 2004, which set off a deadly tsunami, should have shortened Earth's days by 6.8 microseconds and shifted its axis by about 2.76 inches (7 cm, or 2.32 milliarcseconds).

One Earth day is about 24 hours long. Over the course of a year, the length of a day normally changes gradually by one millisecond. It increases in the winter, when the Earth rotates more slowly, and decreases in the summer, Gross has said in the past.

The Chile earthquake was much smaller than the Sumatran temblor, but its effects on the Earth are larger because of its location. Its epicenter was located in the Earth's mid-latitudes rather than near the equator like the Sumatran event.

Tragedi demi tragedi melakar sejarah kehidupan manusia menjelang alaf baru ini. Baik bencana alam mahupun bencana angkara manusia kerap terjadi. Tapi perkara bukan perkara baru dalam kehidupan manusia. Ia sudah tercatat dalam lipatan sejarah sejak berkurun lalu dari tragedi banjir besar pada zaman Nabi Nuh, letusan Gunung Berapi Vesuvius ke atas Pompeli, azab Allah ke atas kaum Luth, Ad dan Thamud hingga tsunami Krakatoa di Selat Sunda, Indonesia dan Taufan Katrina yang melanda New Orleans, Amerika Syarikat.

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)"

"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. ( al-Hijr: 28-29)."


Apa yang tertulis sekadar apa yang saya baca. Wallahualam..

Yang kurang sama diperbaiki. Moga keseimbangan ekosistem bumi mampu dikembalikan. Setiap yang terjadi telah tertulis dalam kalam Allah..Tinggal sahaja kita untuk mengkajinya.




0 comments: