Life is about a journey..
And i start my journey with :-
1) 8hb Januari 2010_Ladies nite
Dinner beramai-ramai dekat Danga Bay. Konvoi 2 buah kereta..siswi satu kos semuanya...
makan seafood...dan yang penting dapat makan kerang bakar yang agak femes dekat Danga
tu...Dah kenyang makan-makan, me and my frends jalan-jalan sekitar kawasan Danga Bay.
Dan aktiviti wajib yang tak pernah kami semua tinggalkan adalah bergambar. Click..click..
inilah menu kami semua pada malam itu....
wajah-wajah yang datang....
2) 16hb Januari 2010_Trip to SIngapore
Akhirnya, jejak juga kaki ke Singapore. Pulau yang kalau tengok dari Danga macam bersebelahan je..tapi nak sampai ke sana, amik masa 3 tahun belajar dekat Johor ni... kui kui kui.. Ongkos untuk trip ini adalah dalam RM89 termasuk bayaran untuk menonton Song of the sea... tak termasuk belanja hidup dekat sana. Saya dan teman-teman sekadar membawa $30 dolar Sing. dan duit itu saya gunakan untuk bermain Skyride and Luge yang berharga $11 dolar Sing and membeli cenderahati Singapore..Seharian di Singapore bersama-sama teman sekuliah, sangat menggembirakan...Masa yang dihabiskan bersama sungguh menyeronokan. Dari Merlion Square, Chinatown, Arab Street dan destinasi yang terakhir di Pulau Sentosa. Walaupun keletihan, tapi jelas terpancar riak kegembiraan dan kepuasan di wajah setiap yang mengikuti lawatan ini...
Berlatar belakangkan Esplanade...
Di Merlion Square
Wajah-wajah gembira selepas bermain luge & Skyride...
3) 17hb Januari 2010_Forum Isu-Isu Mutakhir[Penggunaan Kalimah Allah]_MSI
Atas ajakan seorang sahabat, saya menghadiri sebuah forum yang dibawakan oleh 3 orang ahli panel yang salah seorangnya merupakan peguam syariah yang sedang mengendalikan kes perbicaraan isu penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar dan artikel masyarakat kristian.
Solusi yang saya dapat lewat perbincangan dalam forum ini bukanlah persoalan wajar atau tidak wajar sebaliknya apakah motif di sebalik semua yang terjadi ini. Sejauh mana kekuatan iman kita untuk berhadapan dengan cabaran dunia ini. inilah yang dinamakan perang psikologi. melalui cara ini, jiwa anak muda yang kering dengan ilmu agama pasti akan terbabas....
4) 18hb Januari 2010_Jogging_Hutan Bandar Mutiara Rini
Study, study juga..tapi rehlah jangan ditinggalkan. memandangkan hari isnin tidak ada kelas, makanya, saya dan beberapa orang teman mengambil keputusan untuk jogging di Hutan Bandar Mutaiara Rini. Tempat ni, menurut pandangan retina mata saya yang melihat, saya namakan sebagai Mini Malaysia@ Johor..nak tahu kenapa? sebab dekat Hutan bandar ni, ada pelbagai seni reka bentuk rumah-rumah tradisi masyarakat Johor. Malahan, terdapat juga reka bentuk rumah-rumah negeri lain seperti rumah panjang di Sarawak, Rumah tangga Batu di Melaka dan pelbagai lagi.
...dah nak balik....
..sonoknya...
5) 22hb -24hb Januari 2010_Mini Gathering_MidValley & Mines
Ini part yang paling seronok.. kenapa? Sebab dapat jumpa kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. Jumpa Izati, Fadhlina, Umai, Anah and Hafsah... Berbaloi-baloi turun ke KL. Yang jauh didekatkan..yang dekat dirapat-rapatkan lagi....kisah saya di Kuala Lumpur ni dah pun saya story kan pada entri sebelumnya...so, kat sini nak post gambar je lah...
izati, fahdlina, umai & wazirah
fadhlina, zati and sara
sara, anah, umai & hafsah
6) 31hb Januari 2010_Kenduri and Trip to Tanjung Piai
Niat asalnya untuk menghadiri undangan walimah kakak Saudara Wani...tapi bak kata orang, dah alang-alang berjalan jauh, kita teruskan berjalan. Memandangkan dah sampai ke Simpang Renggam, kami lanjutkan perjalanan ini ke Tanjung Piai, Pontian pula. Sangat menyeronokkan kerana trip kali ini melibatkan hampir kesemua sahabat-sahabat satu kuliah. ceritanya juga pernah saya kongsikan dalam entri sebelumnya, so, kali ni nak post gambar-gambar yang pelbagai tu...
meredah hutan paya bakau dengan berbaju kurung???...nice...
...:::....here we are...:::..
7) 6hb Februari 2010_Mai Sembang Kerjaya Dengan Kami_Alumni KLM
Sebuah program yang melibatkan ahli kelab Lambaian dan Alumni Lambaian yang dah berkerjaya dan berkeluarga. program yang lebih kepada perkongsian. Macam-macam yang saya tahu.
"It doesn't matter what courses you take. it's still an electrical engineering and the degree only a ticket for you to go outside. if you get place in medical maintenance (my major in u right now), then it's ur gold price. TAHNIAH. But if not, just try any work to gain an experience. And you are lucky as you get SHELL scholarship and it doesn't mean you can't work there only because the "SEP". and SHELL is the best and good company i ever work. try to get there Sara!"
Ya..itulah kata-kata seorang super senior kepada saya tika saya mengajukan pertanyaan tentang perkaitan antara kos yang saya ambil dan kelayakan saya dipilih sebagai penerima biasiswa SHELL yang secara kasarnya saya tak nampak sebarang perkaitan. Thanks ABang Azwar for that nice advice... See..walaupun datang tak dirancang, tapi input yang saya peroleh sangat-sangat bermanfaat. Thanks Q sebab ajak...
8) 15hb Februari 2010_Walimah Muhsin @ Taman Nuri
Selamat Pengantin Baru Muhsin!!! Dah jadi suami orang pun member kita yang sorang ni. Bertemankan Nazihah, saya menghadiri walimah di pihak perempuan.. bukan tak nak pergi ke walimah pihak lelaki, tapi tak ada ongkos dan bajet untuk itu. jadi, dah alang-alang tgh bercuti di ALor Setar, kesempatan yang ada, kami gunakan untuk meraikan seorang sahabat yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
Buat Muhsin dan isteri, Seinfiniti doa saya panjatkan. muge bahtera yang dibina berkekalan sehingga ke akhirnya dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang banyak. Selamat Pengantin Baru. mohon restu untuk kami semua pula...('o,')
9) 26hb - 28hb Februari 2010_Khidmat Mahasiswa bersama Masyarakat_Pontian
Program anak angkat selama 3 hari 2 malam ini telah berlangsung dengan jayanya di Kg Parit Haji Abdul Rahman, Mukim Kayu Ara Pasong. Selesai sudah program. dapat Mak dan Ayah Angkat. Penatnya tidak terucap di bibir. hanya terpamer dek tindakan. Keseronokan jelas terpancar di wajah-wajah setiap yang menyertai. Suasana hiba menyelubungi kawasan Kg.Parit Haji Abdul Rahman saat perpisahan datang. Tetapi, pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan di akhirnya. tapi itu tidak bermakna ikatan dan ukhuwah yang terjalin dan terbina terputus di pertengahan. Program anjuran Pusat Kaunseling dan Kerjaya memberi banyak input buat saya. Seronok..seronok sangat..
0 comments:
Post a Comment