GA Contest

Tuesday, August 31, 2010


Assalamualaikum..

Uih..tengah berblogwalking sekali terjumpa giveaways ni.. Bulan-bulan Pose tengok coklat dan macam -macam jenis kek, tergugah sekejap iman ni.. hahaha... Alang-alang dah usha, nak joinlah contest ni..(^____^)


Tu diaa...nilah hadiah yang menanti pemenang-pemenang GA Contest ni..
Coklat wei..Homemake lak tu.. aduh, kecuq ayaq liuq sekejap..hehehe..


Contest ni dianjurkan oleh owner coklatchoc4u.blogspot .. Comel-comel kuih yang dia buat.. mungkin pas ni leh tempah ngan dia je.. hehee..

Ok..korang nak join tak? mehler lawat di sini :

Tarikh tutup peraduan adalah pada 11September 2010.. 3 hari lepas burfday saya.. huhuhu..hopefully ada rezeki di situ.. amiinn..

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Assalamualaikum..

Entrie tanpa gambar..boleh tak? Lagipun tak de gambar nak upload.. Malas pula nak search kat google.. Neway, nak wish Salam Merdeka to all my frens and bloggers.. Sedar tak sedar dah 53 tahun negara kita bebas dari gengaman penjajah.. Tapi..betul ke kita dah merdeka? Macam dah tak larat je nak bangkitkan isu ini.. Mungkin secara zahir dan fizikalnya, kita tak lagi dijajah oleh bangsa asing.. No jepun army.. No british Army.. yang ada hanyalah Angkatan Tentera Malaysia..Dari Laut, darat sampailah ke udara..

Tapi, macam mana secara rohaninya? eh, betul ntah? Rasanya ramai lagi yang sedang dijajah.. Terutamanya anak remaja yang lebih kurang baya saya.. 20-an.. kenapa? tak percaya? Cubalah tengok persekitaran kita ni.. berapa ramai je yang masih memegang pada adab susila sebagai orang timur? Sebagai orang melayu? dan ultimatenya sebagai seorang islam?

Mana-mana kita pergi pun, mesti nampak golongan muda-mudi yang pakai baju macam tak cukup kain..sedangkan dah brape banyak kedai kain yang dibuka kat Malaysia ni.. Jakel je dah berapa cawangan.. Lom kira Kamdar lagi.. Tak pun kira je Gulatis ada brape? paling-paling lekeh pun, kedai kain nama-tak-popular banyak kat tempat kita tu..

Tapi..baju-baju ketat, sekali tunduk nampak aurat juga yang nak dipilih pakai.. ahaks, apa saya merepek ni? nak cakap pasal merdeka, g merepek ntah mana-mana..

Ok..make it short..Salam Kemerdekaan buat semua.. Dan Salam Ramadhan di hari-hari terakhirnya..

Impian atau angan-angan?

Saturday, August 28, 2010

Assalamualaikum...

Hye all...Impian.. apa jer yang terlintas kat minda korang semua bila orang bertanyakan tentang impian? pasti pelbagai bukan? Ada yang kata pada saya..biar impian kita setinggi langit.. Sekalipun jatuh masih mampu diangkat naik.. Setiap impian bermula dengan angan-angan.. tapi jangan sekadar menyimpan angan-angan mat jenin..

  VS 


Ok..tetiba nak bercerita tentang impian.. actually no point.. it just.. bercerita.. Saya pun ada impian juga.. tapi tak tahulah nak kata impian setinggi langit atau sekadar angan-angan mat jenin. Tapi harapan terhadap impian saya, biarlah ianya menjadi suatu realiti.. meskipun tidak kesemuanya..

Impian waktu kecik-kecik dulu :
Nak jadi seorang cikgu.. 




Tapi...bila umur dah bertambah sikit...
Nak jadi seorang jururawat pula..



Masuk jer sekolah menengah...
Nak jadi Inspektor Polis.. hasilnya saya masuk Kadet Polis Maktab dari form 1 sampai form 5..

inspector police ke ni?? urmm..

Tapi bila masuk matrik, rasa sangat penat berkawad.. tukarlah cita-cita..in other word, tukar impian tu.. nak jadi seorang Pegawai Bank.. Tapi..


Since, masa form 5 dulu tak dapat nak ambik subjek akaun, makanya impian itu berkubur macam tu je.. belajar fizik macam best.. nak jadi engineer pulak lah.. Time walk in interview form 5 dulu, siap attend interview as mecatronic engineer walaupun tak tahu mende pun.. buat research background pun tak habis.. kena tanya dengan cikgu, ikut sedap mulut je goreng.. ahaks...


Bila masuk U, teringin sangat nak jadi doc.. Tapi tak suka dengan ubat.. tak suka tengok darah banyak-banyak.. dan yang pasti, tak sampai hati nak kerat-kerat orang (surgery lah).. walaupun pointer masa tu sangat membolehkan saya amik medic dalam malaysia, tapi impian tu pun saya tolak tepi..



Dan akhirnya....inilah saya..Pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Perubatan.. Yang praktikalnya dibuat di Hospital SUltanah Bahiyah Alor setar.. Sangat tidak seiring dengan kata-kata..

Ok..itu impian saya dalam erti kata cita-cita saya.. Impian lain? Of courselah banyak..
antaranya... Nak bina nursery.. sebabnya??



Bila buka nursery, orang datang anta baby diorang untuk dijaga dan dirawat.. Baby ni comel.. Sejuk mata memandang.. Hati yang gundah pun rasa bahagia je tengok wajah baby.. Meskipun risikonya sangatlah tinggi.. 


Urmm...mungkin macam ni..

Kalau tak dapat buka nursery, mungkin nak buka tadika atau Taska kot.. ala macam GENIUS-AULAD tu.. 



Walaupun bakal lulusan engineering, tapi rasanya tak salah kan? Kalau idak pun, buka restoran makan seafood kat mana-mana laut atau pantai yang cantik dan indah..




Selen dari tu, berangan juga nak upgrade rumah parents saya dari satu tingkat jadi dua tingkat..ahaks..ok tak?? orang dok sibuk nak beli tanah, beli rumah, saya nak ubahsuai je rumah yang sedia ada tu.. duit pusing kat situ je.. susah-susah sangat, nanti cari j kerja dekat-dekat ngan umah parents..senang..


Nak juga beli kereta..urmm..sama ada saga 1.5



Tak pun, beli kereta Toyata Vios...


Kalau tak pun..
Kereta MyVi




Dengan syarat...warna putih metalic.. Kalau tak de warna putih, tak mau beli.. ahaks..


And..
ULTIMATE kepada semua impian saya ini pastinyalah...



MARRIED

Siapa tak mau kahwin wei?? ahaks.. lepas dah kahwin, mestilah nak anak banyak-banyak.. anak ni kan anugerah ALLAH.. dan sebagai perempuan semestinyalah teringin untuk mengandung dan melahirkan zuriat sendiri hasil perkongsian hidup dengan suami tersayang.. Oooppss..

jangan salah faham.. masih single and available.. tak de calon suami lagi.. so, impian ni hanya didatangi dengan wajah calon yang samar-samar.. sebabnya..saya tak tahu apa yang ALLAH aturkan untuk saya..



G pun, tak salah memikirkannya.. tak lama je lagi umur dah nak cukup 22 tahun.. Masa mak baya saya dulu, tengah mengandungkan saya kot.. hasilnya sekarang, bila jalan dengan mak orang ingat adik beradik.. hahaha..


Dan...impian saya nak kahwin dengan seorang doctor.. since cita-cita nak jadi doctor dah tak kesampaian, dapat kahwin dengan doktor pun ok apa?? At least senang bila nak bersalin nanti.. suami sendiri yang sambut.. kan lagi afdhal.. 


huiyo..Scary toll..ok lambat lagi..


Ok..jauhnyalah saya berangan malam ni.. Oklah..nak siapkan literature review untuk PSM.. melayan angan-angan ni, satu keje pun tak siap..Adios~<3