Ten ten ten

Sunday, October 10, 2010

Assalamualaikum...
Hai...Hai..Hai... Ten..Ten..Ten...
10.10.10

Apa yang menarik sangat ni ek? Dulu orang tunggu 09.09.09..sebelum tu 08.08.08..sebelum tu ada lagi..Apa yang menarik sangat dengan nombor sama ni?? kenapa tak pilih 20.10.2010 ke? haha...itu cerita lain..hari ni, cerita hari ni.. 

Tadi tengok Melodi.. dapat tahu yang angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar dah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Dr.Halina Yunos tepat jam 10.10 pagi tadi dengan mas kahwinnya RM80.. Wah, sumenya angka 1 dengan 0 yang membentuk 10. Tahniah buat kedua mempelai.. Percintaan selama lebih 8 tahun akhirnya membawa keduanya ke jinjang pelamin. Semoga ikatan yang dibina akan kekal selamanya. 

Istimewa Nona, pukul 2 petang..Korang tengok tak? Siaran langsung dari PICC sempena majlis repsepsi yang akan diadakan sebelah malam nanti. Majlis resepsi ni pun akan ditayangkan live dari TV3 pukul 9 malam.. So, yok duduk depan tV dan saksikan perkahwinan angkasawan ini yang bertemakan persandingan kayangan..


ihsan gambar dari blog limauais.com



Dasyat oooo kalau tengok persiapan perkahwinan mereka ni. Tak salah kalau saya katakan inilah wedding of the year untuk tahun 2010. Walaupun mereka berdua bukanlah artis, tapi ada sejarah yang mereka ciptakan. Sebelum ni, kedua-dua mempelai tu dah pun amik pre-wedding photoshoot dekat bukit broga..Cantik-cantik.. Larat sungguh mereka berdua memanjat.. Tapi untuk sesuatu yang sekali seumur hidup apa salahnya kan? Tempat lain orang dah biasa buat. 

Hehehe..Pape pun..setiap orang punyai cerita cinta sendiri..dan masing-masing punya harapan dan keinginan sendiri. Kepada Dr.Sheikh dan isteri, selamat Pengantin Baru.

0 comments: