Ikhlaskah kita?

Friday, October 22, 2010

"Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dengan ikhlas mentaati-Nya semata-mata kerana menjalankan agama, dan juga agar melaksanakan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar)" - Surah Al-Bayyinah, ayat 5.

Assalamualaikum..

Kali ini saya mulakan bicara petang ini dengan sebaris ayat yang saya amik dari Al-Quran. Saya peroleh lewat Halaqat yang saya hadiri tengah hari tadi. Topik yang dibincangkan kali ini adalah perkaitan "Ikhlas". Dan inginlah saya kongsikan sedikit di ruangan blog saya ini..

Ini sebuah perkongsian.. Untuk anda dan juga untuk mengingatkan diri sendiri. 

Ikhlas. Sejauh mana kita faham akan konsep dan pengertiannya? Sejauh mana kita ikhlas dalam melakukan perbuatan dan amal jariah? Ikhlas. Mudah diungkapkan dengan kata-kata. Tetapi adakah ianya benar-benar lahir dari lubuk hati yang satu?

Ikhlas. Perkataan yang diturunkan ALLAH S.w.t melalui ayat-ayat Al-Qurannya.. Penggunaannya meluas tanpa mengambil kira ugama dan fahaman mereka.
Pernah tak anda mendengar pantun ini:

Ada ubi ada batas, Ada hari boleh balas..

Naik lori naik bas, nanti-nanti aku balas..

Tak pun mendengar kengkawan, saudara mara atau jiran tetangga atau sesiapa je lah yang cakap bergini kepada anda:

"La ni hang susah..aku tolong.. Esok-esok aku susah, hang buleh tolong aku pulak.."

ataupun begini :

"Time aku senang lah aku nak tolong kau. Esok aku dah susah, aku harap kau tolonglah aku pula.."  

Pernah dengar? Bohonglah kalau tak pernah dengar. Inilah senario masyarakat kita hari ini.. Jadi sejauh mana keikhlasan kita dalam membantu orang lain? bagaimana pula dengan situasi ini:

"Aku belajar sebab nak genggam ijazah. Aku nak dapatkan kerja besar, perbaiki kehidupan keluarga aku.."

dan yang seangkatan dengannya..

Iye, saya pun pernah terdetik begini. Lupa bahawa nikmat menuntut ilmu ni, ALLAH yang berikan. ANytime dia nak ambik, dia buleh tarik balik. Tapi, belum terlambat untuk kita analisis diri. Untuk kita perbaiki kelemahan diri. Pintu Taubat sentiasa terbuka. Keinsafan sentiasa ada.

Semua senario yang saya tunjukkan di atas ni menggambarkan bahawa kita tidak ikhlas kerana ALLAH.. apa yang kita lakukan itu, kita tidak niatkan kerana ALLAH.. dan hasilnya, bila musibah yang menimpa, kita akan gundah sebab mengharapkan orang yang pernah kita bantu, membantu kita semula. Hidup jadi tak tenteram. Tak aman. Timbullah sifat mengungkit. Habis semua kebaikan kita pada orang tu kita ungkit. Dah tu, kemana amal kita itu??

Fikir-fikirkanlah.. Bila kita berbuat sesuatu itu dengan niat kerana ALLAH, yang kita persembahkan kepada ALLAH adalah keikhlasan kita. Bukannya barang yang kita sedekahkan. Bukannya duit yang kita berikan. dan bukannya perit jerih yang kita keluarkan. tetapi keikhlasan kita yang ALLAH terima. 

Dan untuk menjadi seorang yang ikhlas bukanlah mudah. Tidak semudah membaca A B C..dan tidak juga semudah menaip aksara di komputer. Tetapi ketahuilah bahawa niat ikhlas kita itu sebenarnya didorang oleh iman yang bertindak sebagai "internal force" yang kuat. Bermula dengan sebuah keterpaksaan..Tapi akhirnya, dengan sendirinya kita akan ikhlas dalam melakukan kerja.

Kata Hassan Al-Banna :
Ikhlas dalam niat, ucapan dan perbuatan.

Kata-kata dari Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali dalam sebuah kitab:
"Dengan hujjah iman yang nyata dan cahaya Al-Quran, orang-orang yang mempunyai hati mengetahui bahawa kebahagiaan tidak akan tercapai kecuali dengan ilmu dan ibadah. Semua orang pasti binasa kecuali orang-orang yang berilmu. Orang-orang berilmu pasti akan binasa kecuali orang yang aktif beramal. Semua yang aktif beramal akan binasa kecuali yang IKHLAS.."

Tiada ertinya andai anda seorang yang dermawan, tapi setiap huluran anda dipublisitikan. Tiada ertinya anda seorang yang ilmuwan, tinggi ilmunya, tapi langsung tidak melihat yang kekurangan. Urusan ikhlas adalah antara ALLAH dan hamba-Nya. bukan kita sesama manusia yang berhak menilai. Jadi, perbaiki diri..Tingkatkan iman. 

Wallahualam..

0 comments: