Berterus-terang, berdiam diri atau berbuat seperti tiada apa yang berlaku?

Wednesday, November 3, 2010


Panjangnya tajuk entrie kali ini.. Nak celoteh pun panjang sikitlah.. Hari ni, 3 november.. study week.. ikut kira-kira, lagi 6 hari nak balik rumah.. bertemu mak dan abah yang tersayang.. Memeluk dan meluahkan segala rasa di dakapan mak.. Mengharapkan kata-kata mak untuk memperbaiki dan memperbaharui diri.. Meminta sokongan abah untuk terus bersemangat dalam meniti semester-semester akhir di universiti... Melepaskan segala rindu yang terbuku.. ~ teremosi seketika..ok mata dah merah..sebelum air mata turun seperti hujan better stop..

Kembali ke topik asal...

Berterus terang?

Berdiam diri?

atau Berbuat seperti tiada apa yang berlaku??

Mana satu yang menjadi pilihan? Adakah dengan berterus- terang, sesuatu masalah itu akan selesai? Atau berdiam diri? Mungkinkah dengan cara ini masalah akan lenyap sendiri? Atau berbuat seperti tiada apa yang berlaku, dah masalah akan pergi tanpa disuruh??

Saya ada pengalaman, nak saya storykan disini..

CERITA 1:-

Dulu saya sangat jujur.. Sangat tulus..mulus..ikhlas.. Tak tahu nak berbohong.. Patuh je pada peraturan dan undang-undang. Tak tahu nak menipu.. Kata-kata orang saya pandang sebagai sebuah kebenaran tanpa sedar ianya sebuah pembohongan. Dan kerana sikap saya yang jujur dan terlalu berterus terang ini, saya hampir menyebabkan seluruh batch saya tidak graduasi setelah tamat tingkatan 3. (tak percaya? inilah hakikatnya) 

Sedangkan hakikatnya, bukan salah saya. Silapnya, hanya kerana saya terlalu jujur. Terlalu berterus-terang. Ketika ini berlaku, saya rasakan sangat-sangat sedih. Siapa sangka, budak jujur, baik dan berterus terang akhirnya dipulau kawan-kawan satu batch. Saya akui saya agak susah memohon maaf ketika itu kerana saya rasakan bukan salah saya. Saya hanya menyatakan kebenaran dan hakikat sebenar. Saya tak mereka-reka cerita. Sedih kan? Mujurlah setelah memujuk cikgu-cikgu, akhirnya saya dan kawan-kawan boleh graduasi. Tetapi impaknya tetap terkesan sehingga ke hari ini.

CERITA 2 :-

Selepas kejadian di  menengah rendah itu, saya mula berhati-hati dengan setiap kata-kata saya. Saya lebih suka memilih untuk tidak ambil tahu hal orang lain supaya tempiasnya tidak kena pada saya. Apa yang berlaku sewaktu di tingkatan 3 saya jadikan sebuah iktibar. Saya jadi seorang yang pendiam. Berbual bila ditegur. Menjawab bila disoal. Mengajar bila diminta. Dan bergaul mesra dengan mereka yang hendak rapat dengan saya. Pada segelintir teman, saya kelihatan seperti seorang yang sombong. Kerana ketika itu saya takut andai ada lagi perbuatan saya dari attitude saya ini mengundang musibah. Cukuplah sekali merasakan seperti dipulau. saya tak harapkan pisang berbuah dua kali. 

Saya diam.. Orang kata saya sombong. Tak nak bergaul dengan orang lain. Saya hanya fokus pada pelajaran. Saya bersuara bila melibatkan ilmu. Saya cuba dapatkan markah yang tinggi-tinggi untuk subjek yang dianggap membunuh. Saya dikenali kerana itu. Tapi saya tak kenal keseluruhan batch saya. Saya takut untuk rapat. Kisah lama menghantui saya. 

CERITA 3 :-

Masuk matrik saya tak tahu nak bersikap bagaimana. Di matrik saya kenal kawan-kawan baru yang tak pernah saya jumpa. Saya cuba mencari identiti saya ketika berdampingan dengan mereka. Saya cuba untuk memahami konsep persahabatan. Tanpa sedar, saya berjaya membentuk persahabatan dan kenangan yang sangat manis. Yang tak saya peroleh selepas kejadian di tingkatan 3 itu. Saya berkawan dan mengikut rentak mereka. Tiada apa yang diambil serius. Teguran yang diberikan tak pernah dilihat dari sudut negatif. Semuanya dilihat dari sudut yang positif dan sama-sama cuba untuk berubah demi sebuah kebaikan..

CERITA 4 :-

Ada seorang kawan mencadangkan agar sesi meluahkan perasaan dan berterus terang diadakan supaya masalah yang berlaku dapat diselesaikan. Dalam sesi ni, semua di minta berterus terang. Mana yang tidak berpuas hati diminta meluahkannya dalam sesi ini yang dibuat secara tertutup. segala teguran, luahan dan ketidak puasan hati di ambil dari sudut positif untuk memperbaiki diri - itu solusi yang seharusnya dicapai. Berakhirnya sesi itu, berakhirnya segala permasalahan..

Tetapi yang saya lihat, tak semua berani untuk meluahkan ketidak puasan hati itu. Dan tak semua bersedia untuk berterus-terang. Setelah mana yang berani meluahkan selesai meluahkan, bukan hasil positif yang saya lihat. sebaliknya keadaan menjadi lebih keruh. Mulalah bersikap tidak mempedulikan orang yang mengkritik dirinya. Timbul seolah-olah tembok besar china di antara yang dikritik dengan yang mengkritik. Keadaan ini mengingatkan saya kepada peristiwa di bangku sekolah..

Sikap yang terlalu berterus terang dan jujur tidak membawa kepada resolusi yang baik. Jadi, bagaimanakah sesebuah masalah itu hendak diselesaikan andai tidak boleh untuk duduk berbincang dan merenung kesilapan diri dan kritikan dari orang lain itu? Sejauh mana untuk memilih untuk berdiam diri. 

Sekarang saya ada masalah. wajarkah saya berterus-terang? tidakkah nanti masalah akan menjadi lebih keruh seperti mana keadaan-keadaan sebelumnya? saya bercakap bukan berdasarkan andaian sebaliknya saya pernah mengalaminya sendiri. dan kini, saya tidak tahu apakah yang wajar dilakukan.. menulis di blog yang seakan virtual diary ini supaya masalah akan selesai??


1 comments:

Anonymous said...

Salam.

Saya dalam masalah yg sama. Akibat berterus terang akhirnya memakan diri, member2 cakap better putar belit tipu sikit...dan member2 yg suruh putar belit tu la akhirnya pulaukan saya. Member sorang lagi tu baik, saya ni kasar, so pandangan mata orang yg lemah lembut etc itu sesuci bidadari..tak apa saya terima jika 100% kesalahan di pihak saya. tapi rakan2 lain? saya bukan buat salah dengan dorg pun...hurm...manusia..hilang kawan, hilang semua..rasa mcm kena rentap jiwa ni..lagi diam lagi ada pihak yg mencucuk..dibuka kitab A-Z, saya taknak burukkan pihak yang satu lagi..tak apalah..mereka tu dewa mendengar...