Cuba teka.. (-o,^)'

Sunday, November 28, 2010


Hai..hai..hai..
hari ni nak main teka teki sikit.. 
saja nak menambahkan pengetahuan korang-korang semua..

Teka-teki hari ini...
Apakah nama tumbuhan di bawah ini?????
Kalau tuan hamba bijak bistari, jangan malu jangan segan sila tinggalkan jawapan di ruangan komen..

Haaaa....sapa dapat jawab, sila angkat kaki dan tangan anda sekarang.. hehehe...


Pertama kali saya tengok daun ni masa balik kampung tok dekat Kubang Sepat Raya Aidilfitri hari tu.. Mak insist sangat nak petik daun ni.. Katanya sedap buat sayuq ayaq.. huh, sayuq apa plak tu? Urmm...sejenis makanan..itu pasti..


Mak cakap lagi.... arwah Wan dulu suka sangat makan sayuq ni.. Rupa dia dah macam sayur bayam.. tapi dia tumbuhan menjalar.. ala-ala pokok sirih..

Jom kita zoom dekat sikit...


Itu buahnya.. dah macam blueberry je...hahaha...
Mak kata lagi, daun ni elok tuk ubat penyakit batu karang.. Mula-mula tengok, tak terasa nak makan. Tapi bila mak masak buat sayuq manis, fuhh sedap gak.. Hehehe..
Kalau kena ghupa, dok kampung tak yah kuaq duit pun bleh makan sedap2..


Buah dia ni orang tak makanlah..simpan buat benih.. 
Itulah kisahnya.. Ok..selamat meneka... 
Teka jangan tak teka..

Hadiah??
Urmmm..tak tahulah..tengoklah..nanti saya fikir nak bagi apa.. tak de tarikh tutup..saje suka-suka..



0 comments: